kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat

Disebalik kehebatan teknologi dan tahap jati diri orang Jepun yang sangat dihormati dunia, Jepun juga mempunyai reputasi buruk dari segi jenayah yang dilakukan oleh segelintir rakyatnya.  

Jepun merupakan antara sebuah negara yang berlakunya kes-kes jenayah bunuh yang boleh dikatakan paling dahsyat. Malah, hukuman yang dikenakan terhadap pesalah juga dikatakan agak ringan, dan kerajaan seboleh-bolehnya tidak mahu mendedahkan identiti pelaku jenayah bawah umur.

1. Satomi Mitarai

satomi mitarai kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat

Satomi Mitarai berusia 12 tahun merupakan murid di Sekolah Rendah Okubo di Sasebo, yang telah dikelar dan dibunuh oleh rakan sekelasnya yang berusia 11 tahun. Nama pembunuh Satomi tidak didedahkan oleh kepada pihak akhbar dan pihak polis menggelarkannya sebagai "Gadis A".

Menurut laporan, Satori telah memuat naik satu mesej online mengenai berat dan rupa paras Gadis A dan menggelarkannya sebagai hodoh. Satori juga berkata Gadis A sebagai berlagak bagus.

satomi mitarai kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat 3

Pada 1 Jun 2004, kedua-dua pelajar ini bertengkar pada waktu rehat di sebuah kelas kosong, yang telah membuatkan Gadis A mengelar leher dan lengan Satomi menggunakan pisau. Satomi dibiarkan dalam bilik tersebut berlumuran darah manakala Gadis A kembali ke kelas dengan darah penuh pada bajunya.

Melihat kejadian itu, gurunya menelefon pihak polis. Gadis A dibawa ke balai polis dan mengulangi ayat, "Saya minta maaf. Saya minta maaf,". Gadis A memberitahu dia tiada motif untuk membunuh dan mengaku bertengkar dengan Satomi kerana difitnah.

Pada 15 September 2004, Mahkamah Keluarga Jepun memutuskan untuk memasukkan Gadis A ke institusi permulihan walaupun di bawah umur kerana jenayah yang dahsyat.

2. Mamoru Takuma

mamoru takuma kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat 2

Mamoru Takuma menunjukkan tanda-tanda MacDonald Triad sejak kecil lagi, iaitu pada usia 12 tahun apabila dia membungkus seekor anak kucing dengan surat khabar dan membakarnya.

MacDonald Triad adalah 3 ciri-ciri tingkahlaku yang di mana jika ketiga-tiga atau kombinasi dua ciri-ciri ini berlaku pada yang sama, akan menyebabkan kecenderungan melakukan kekejaman terutamanya berkaitan dengan kesalahan bersiri.

Mamoru menjadi semakin teruk dengan menyembelih dan membakar kucing ketika usia remajanya. Bermula dari situ, dia mula menjalani kehidupan jenayah. Dia sering dibuang kerja dan telah ditahan polis 11 kali sebelum melakukan apa yang dikatakan pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat di Jepun.

mamoru takuma kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat

mamoru takuma kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat 1

Pada tahun 2001, Mamoru menggunakan jawatannya sebagai seorang tukang cuci di Sekolah Rendah Ikeda untuk melakukan jenayah terakhirnya. Pada hari kejadian, Mamoru masuk ke sekolah ini dengan membawa pisau dan telah membunuh 8 orang pelajar berusia di antara 7 hingga 8 tahun, dan mencederakan 13 pelajar lain serta 2 orang guru.

Mamoru ditahan dan disabitkan kesalahan membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati 2 tahun kemudiaan pada Ogos 2003.

3. Aiwa Matsuo

aiwa matsuo kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat 3

Aiwa Matsuo adalah seorang lagi mangsa bunuh yang berlaku di Sasebo, 10 tahun selepas pembunuhan Sasebo Slashing. Pada hari kejadian, Aiwa pergi ke sebuah apartment untuk melawat rakannya.

Ketika sampai di apartment tersebut, Aiwa diserang di bahagian kepala oleh rakannya yang berusia 16 tahun itu dan kemudian lehernya dijerut menyebabkan Aiwa mati lemas. Mayat Aiwa dijumpai dalam apartment tersebut dengan kepalanya dipenggal dan tangan kirinya putus.

aiwa matsuo kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat 1

Selepas diberkas polis, pembunuh Aiwa mengaku bahawa dia tidak berdendam dengan rakannya itu, tetapi hanya ingin membunuh dan membedah seseorang. Perut Aiwa juga didapati dihiris hingga terburai dan polis menemui pelbagai alatan tukang termasuklah tukul dan gergaji.

Seperti kes Sasebo Slashing, nama pembunuh tidak didedahkan kepada orang awam kerana bawah umur. Mereka yang mengenali saspek berkata dia seorang yang sangat pintar dan mempunyai emosi yang tak stabil.

4. Junko Furuta

junko furuta kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat 1

Dan kes ini boleh dikatakan pembunuhan paling ngeri dalam sejarah Jepun. Pada 25 November 1988, Junko Furuta yang berusia 17 tahun sedang berbasikal pulang dari kerja sambilan apabila dia diculik oleh 4 orang remaja lelaki.

Seperti pembunuh Aiwa Matsuo, 4 orang lelaki ini tidak mempunyai dendam terhadap Junko tetapi melakukannya untuk merompak dan merogol gadis tempatan. Bermula dari hari itu, Junko tidak mengetahui dia akan melalui 44 hari yang paling dahsyat dalam hidupnya

junko furuta kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat 2

Penculik-penculik Junko telah menyeksanya dengan cara yang paling kejam dan tak dapat untuk difikirkan dengan otak waras. Sebuah laman sesawang yang dikenali sebagai "44 hari dalam neraka" telah menyenaraikan cara Junko diseksa:

Hari pertama - 22 November 1988 - Diculik

  • Dikurung di sebuah rumah, menyamar sebagai teman wanita salah seorang penculik.
  • Dirogol lebih daripada 400 kali
  • Dipaksa menelefon ibu bapanya dan memberitahu mereka dia telah melarikan diri
  • Dibiarkan kelaparan. Kemudian diberikan lipas untuk dimakan dan air kencing untuk diminum
  • Dipaksa beronani dan menari bogel
  • Dibakar dengan pemetik api dan bunga api dinyalakan dalam telinga, mulut dan farajnya
  • Objek asing dimasukkan ke dalam faraj dan duburnya termasuk mentol lampu yang sedang menyala

Hari ke-11 - 1 Disember 1988

  • Muka diletakkan di atas lantai kongkrit dan dilompat ke atasnya.
  • Tangan diikat pada siling dan dijadikan punching bag sehinggakan organ dalamannya rosak menyebabkan darah keluar dari mulut
  • Hidung dipenuhi darah sehingga terpaksa bernafas melalui mulut
  • Dumbbell dilepaskan ke atas perutnya
  • Muntah ketika ingin minum disebabkan perutnya tak mampu menerima air lagi
  • Cuba untuk melarikan diri tetapi ditangkap dan dihukum dicucuh dengan rokok pada tangannya
  • Cecair mudah terbakar dicurahkan pada kaki dan betisnya, kemudian dibakar
  • Botol dimasukkan ke dalam duburnya yang menyebabkan kecederaan

Hari ke-20 - 10 Disember 1988

  • Tak mampu berjalan dengan betul disebabkan luka terbakar yang teruk
  • Dipukul menggunakan buluh, batang besi dan kayu golf
  • Bunga api dimasukkan ke dalam dubur dan dinyalakan
  • Tangan dihempap benda berat sehingga kuku retak
  • Rokok dimasukkaan ke dalam faraj dan dipaksa minum air kencing sendiri sambil diketawakan
  • Dipaksa tidur di balkoni yang ketika itu adalah musim sejuk
  • Lidi ayam panggang dimasukkan ke dalam faraj dan dubur menyebabkan pendarahan
  • Sekali lagi Junko hampir melarikan diri ketika cuba mendapatkan telefon, tetapi disedari salah seorang lelaki. Mereka menghukumnya dengan membakar kakinya sekali lagi kerana cuba untuk melarikaan diri.
  • Junko mengalami kekejangan yang mana dijelaskan oleh penculiknya mereka menyangka dia berpura-pura. Mereka kemudiannya membakar Junko sekali lagi, dan kemudian api dipadamkan. Junko masih bernafas.

Hari ke-30 - 20 Disember 1988

  • Lilin panas diteteskan ke muka
  • Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
  • Payudara ditusuk dengan jarum
  • Puting kiri dipotong dan dihancurkan menggunakan playar
  • Mentol lampu panas dimasukkan ke dalam faraj
  • Faraj mengalami pendarahan teruk akibat dimasukkan gunting
  • Tak boleh kencing dengan betul
  • Kecederaan sangat teruk membuatkan Junko mengambil masa lebih daripada 1 jam merangkak ke tingkat bawah untuk menggunakan tandas
  • Gegendang telinga rosak dengan teruk dan saiz otak mengecil

Hari ke-40 hingga 42 - 30 Disember

  • Junko merayu supaya dibunuh kerana sudah tidak mampu bertahan
  • Anggota badan dipotong membuatkan Junko tak mampu bergerak

Hari terakhir penyeksaan Junko

4 orang lelaki tersebut memukul Junko menggunakan barbell besi, atas alasan kekalahan bermain bermain Mah-jongg. Mukanya kemudiannya dicucuh menggunakan api lilin

Mereka memaksa Junko berdiri dan memukul kaki menggunakan kayu menyebabkan dia terjatuh dan mengalami kekejangan. Darah keluar dengan banyak dan nanah meleleh daripada jangkitan akibat dibakar, membuatkan mereka membalut tangan mereka menggunakan plastik, dan terus memukul Junko.

Sekali lagi cecair pemetik api dituang ke kaki, tangan, perut dan mukanya, dan dibakar. Junko dikatakan cuba untuk memadam api tersebut tetapi menjadi semakin tidak bermaya. Penyeksaan terakhir ini berlangsung selama 2 jam. Setelah diseksa dengan begitu dahsyat selama 44 hari, akhirnya Junko menghembuskan nafas terakhir.

junko furuta kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat

Junko akhirnya ditanam di dalam sebuaah tong drum dan disimenkan. Kira-kira 100 orang tahu mengenai penculikan Junko Furuta, tetapi mereka sama ada membiarkan Junko diseksa atau mereka sendiri mengambil bahagian dalam penyeksaan dan pembunuhan.

Kebanyakan di antara mereka adalah rakan-rakan 4 lelaki tersebut, yang merupakan ahli kelas rendah Yakuza.

Kesemua empat lelaki mengaku bersalah kerana "melakukan kecederaan pada tubuh yang mengakibatkan kematian", dan bukan membunuh.

junko furuta kes pembunuhan jepun yang sangat dahsyat 3 823

Hukuman yang dikenakan terhadap keempat-empat penjenayah ini adalah berbeza-beza:

  1. Miyano Hiroshi, 17, yang dikatakan ketua kumpulan ini dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara
  2. Minato Nobuharu, 16, dijatuhkan hukuman 5 hingga 9 tahun penjara
  3. Watanabe Yasushi, 17, dihukum 5 hingga 7 tahun penjara
  4. Jō Kamisaku, 17, dihukum 8 tahun penjara juvana

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)