Facebook menjadi wadah kita berkongsi banyak perkara dalam hidup kita. Kisah hidup, pandangan, perkongsian pautan, video, kritikan dan bermacam lagi mampu kita kongsikan melalui Facebook. Bagaimana pula jika Facebook digunakan sebagai ruang pengakuan terhadap jenayah yang telah dilakukan? Adakah perkara seperti ini berlaku?

Memang benar perkara kurang enak seperti ini telah pun berlaku, yang melibatkan kehilangan nyawa. Berikut adalah 4 kes jenayah yang telah berlaku di mana Facebook telah digunakan untuk memuatnaik pengakuan mangsa, yang terbuka untuk dibaca kenalan alam maya.

1. Mengaku secara terbuka membunuh keluarga sendiri di Facebook

pengakuan bunuh keluarga sendiri melalui facebook

Randy Janzen dari British Columbia, Kanada mengaku dalam satu tulisan panjang di Facebook menjelaskan tindakannya membunuh anaknya, Emily melalui satu tembakan ke kepala, kerana tidak tahan melihat anaknya menghidap migrain.

Selepas membunuh Emily, Randy membunuh isterinya pula, Laurel kerana tidak mahu isterinya hidup dengan tindakannya yang terpaksa membunuh anak mereka.

Randy memuat naik status Facebook 10 hari selepas kejadian tersebut yang membuatkan pihak penguasa mengepung rumah Randy sebelum rumah itu terbakar disyaki dibakar oleh Randy. Mayat Laurel dan Emily ditemui rentung sementara Randy pula telah pun membunuh diri dengan senapang yang dijumpai di kelangkangnya, sebelum dirinya juga dibakar api yang marak. (rujukan)

2. "Selamat tinggal Facebook! Aku baru saja bunuh isteri aku!"

muatnaik gambar mayat isteri sendiri melalui facebook

Derek Medina memuat naik status tersebut selepas membunuh isterinya, Jennifer Alonso.

Apa yang menyeramkan, Derek bukan sekadar memuatnaik status tersebut, malahan dia juga memuatnaik gambar badan isterinya yang terkulai selepas ditembak.

Semuanya berpunca daripada pertengkaran mereka berdua sehinggakan Jennifer terpaksa mengambil pisau bagi menyelamatkan diri, selepas Derek mengugut untuk mengambil pistolnya keluar. Percintaan mereka memang bermasalah dengan Jennifer sudahpun mengambil keputusan untuk berpisah dengan Derek, satu idea yang dibenci Derek.

derek medina facebook status selepas bunuh isteri

Laporan bedah siasat mendapati Jennifer ditembak ketika sedang menyorok di salah satu bucu dapur rumah mereka dengan 8 das tembakan mengenai beliau. Tidak lama selepas itu, Derek memuatnaik gambar badan Jennifer yang sudah tidak bernyawa dan membuat pengakuan bertulis dalam Facebook. (rujukan)

3. Gadis kurang upaya bunuh ibu sendiri dengan teman lelaki

anak bunuh ibu sendiri dengan teman lelaki

Dee Dee Blancharde adalah ibu kepada seorang wanita bernama Gypsy Rose. Dia ditemui mati melalui kesan tikaman yang sudah berlaku beberapa hari sebelum itu. Gypsy yang dikatakan mempunyai masalah mental serta keupayaan berfikir seperti budak berumur 7 tahun.

Dee Dee dikatakan sengaja mendera anaknya itu untuk mendapatkan bantuan kewangan kerajaan dan Gypsy sepanjang hidupnya didera untuk memastikan anaknya kelihatan seperti seorang kurang upaya.

Mungkin kerana sudah bosan dengan kerenah ibunya, Gypsy meminta bantuan teman lelakinya, Nicolas Godejohn untuk membunuh ibunya. Nicholas hadir ke rumah Dee Dee lalu membunuh Dee Dee sambil Gypsy mendengar apa yang berlaku dari bilik sebelah.

status facebook mangsa seolah dirompak

Untuk membuatkan kejadian itu nampak seperti kejadian rompakan, mereka mencuri beberapa ribu dollar duit dalam peti besi milik Dee Dee.

Mereka juga memuatnaik status Facebook seolah-olah perompak telah menggunakan akaun Facebook Dee Dee untuk berbangga dengan jenayah yang telah mereka lakukan, termasuklah pengakuan palsu kononnya perompak itu bukan saja merompak, malahan sempat merogol Gypsy. (rujukan)

4. Pergaduhan suami isteri menyebabkan bapa membunuh anak kandung sendiri

kes pembunuhan anak sendiri facebook

Mark Alvin Manliclic merupakan seorang penganggur yang mempunyai keluarga di Quezon City, Filipina. Isterinya pula bertugas di Kanada.

Tekanan hidup yang melanda beliau banyak membuatkan Mark cuba membunuh diri tetapi dia berhenti selepas dipujuk anaknya, Angel Mancliclic. Tindakan isterinya yang ke Kanada tanpa pengetahuan suami sendiri, membuatkan kesabaran Mark hilang.

Mark mengugut untuk membunuh anaknya selagi isterinya berdegil tidak mahu kembali ke Filipina, namun ugutannya tidak diendahkan. Bagi membuktikan dirinya benar-benar serius, Mark akhirnya bertindak menikam anaknya berkali-kali, kemudian memuatnaik gambar mayat anaknya untuk disaksikan sendiri oleh isterinya.

bapa bunuh anak sendiri dan muat naik facebook

Yang menyedihkan, bukan setakat gambar yang dimuat naik, malahan Mark turut memuatnaik video badan anaknya yang sudah tidak bernyawa.

Ketika ditanya adakah dia sedar semasa dia menikam anaknya itu, Mark mengakui dirinya tidak ingat apa-apa. Apa yang dia ingat hanyalah darah yang tiba-tiba mengalir dari leher anaknya yang baru berumur 7 tahun itu. Tidak dapat dipastikan sama ada Mark khayal dengan dadah atau mabuk arak ketika kejadian itu berlaku. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)