Oleh pada 23 Feb 2018 kategori

Yakuza merupakan golongan samseng jahat dengan tatu rumit penuh di badan dan jari kelingking terpotong yang amat terkenal serta sering dipaparkan dalam filem, animasi dan buku komik Jepun. Namun, apakah realiti dan sejarah sebenar di sebalik ikon manga ini?

yakuza tekiya bakuto mafia gengster kongsi gelap jepun 2

Sejarah awal

Yakuza berasal dari era Tokugawa Shogunate (1603 - 1868) dengan dua kumpulan orang terbuang yang berlainan. Kumpulan pertama adalah tekiya, iaitu pengembara yang berhijrah dari satu kampung ke kampung yang lain sambil menjual barang dagangan berkualiti rendah di pasar.

Kebanyakan tekiya tergolong dalam kelas sosial burakumin, iaitu golongan orang terbuang atau "bukan manusia" yang berada di bawah keempat-empat tingkat dalam struktur sosial feudal Jepun.

yakuza tekiya bakuto mafia gengster kongsi gelap jepun

Pada awal 1700, tekiya mula menyusun dan merapatkan ukhuwah sesama sendiri dan berada di bawah pimpinan bos besar dan bos kecil. Hubungan itu diperkuatkan lagi dengan kemasukan pelarian daripada kelas yang lebih tinggi. Sejak itu, tekiya mula terlibat dalam kegiatan jenayah seperti merebut kawasan dan memeras ugut wang perlindungan. Dalam tradisi yang berterusan sehingga ke hari ini, tekiya sering berkhidmat sebagai pasukan keselamatan ketika perayaan Shinto dan menyediakan gerai di tapak pesta sebagai balasan kepada wang perlindungan yang diterima.

Antara 1735 hingga 1749, kerajaan shogun telah berusaha untuk mendamaikan pergaduhan antara kumpulan-kumpulan tekiya dan mengurangkan aktiviti fraud mereka dengan melantik ketua yang rasmi iaitu oyabun. Oyabun bermakna "bapa angkat" yang melambangkan kedudukan ketua-ketua ini sebagai pemimpin keluarga tekiya. Kesemua oyabun diberikan penghormatan yang hanya pernah diberikan kepada samurai iaitu dibenarkan menggunakan nama keluarga dan membawa sebilah pedang.

yakuza bakuto gengsterisme jepun kongsi gelap

Kumpulan kedua yang menaikkan yakuza adalah bakuto iaitu kumpulan penjudi. Ketika zaman Tokugawa, judi telahpun diharamkan dan undang-undang itu masih kekal sehingga ke hari ini. Namun, bakuto telah menipu ramai mangsa dengan permainan dadu atau permainan kad hanafuda.

Golongan bakuto ketika itu sering mencacah tatu berwarna-warni di serata badan yang kini dijadikan tradisi utama yakuza moden. Daripada perniagaan utama mereka sebagai kaki judi, bakuto kemudian berkembang menjadi lintah darat dan pelbagai lagi aktiviti perniagaan haram yang lain.

Pada hari ini, kumpulan yakuza moden masih lagi memperkenalkan diri mereka sebagai tekiya ataupun bakuto, bergantung kepada cara mereka menjana pendapatan secara majoriti. Mereka juga masih mengamalkan ritual lama sebagai sebahagian daripada upacara inisiasi.

yakuza bakuto gengsterisme jepun kongsi gelap 2

Yakuza Moden

Sejak tamat Perang Dunia Kedua, populariti kumpulan yakuza semakin melonjak naik selepas perang reda. Pada tahun 2007, kerajaan Jepun menganggarkan terdapat lebih 102,000 orang ahli yakuza bekerja di Jepun dan luar negara dalam 2,500 keluarga berbeza. Walaupun diskriminasi kasta dalam burakumin telah berakhir pada 1861, ramai ahli yakuza merupakan cucu-cicit daripada keturunan asal selepas 150 tahun lamanya. Selain itu, etnik Korea yang sering didiskriminasi dalam masyarakat Jepun juga menyertai sebagai ahli yakuza.

yakuza tekiya bakuto mafia gengster kongsi gelap jepun 4

Jejak asal usul kumpulan dapat dilihat dalam aspek tanda pengenalan budaya yakuza pada hari ini. Misalnya, ramai yakuza yang mencacah badan dengan tatu penuh menggunakan buluh tradisional atau jarum keluli berbanding pistol pencacah moden. Bahagian yang ditatu termasuklah kawasan alat sulit. Ia merupakan satu tradisi yang amat memeritkan.

Ahli yakuza kebiasaannya akan duduk bermain kad beramai-ramai sambil tidak memakai baju untuk mempamerkan seni tatu di badan masing-masing. Jika berada di tempat awam, mereka seringkali dilihat memakai baju berlengan panjang.

Yubitsume

Satu lagi budaya yakuza adalah tradisi mencacatkan jari kelingking yang lebih dikenali sebagai yubitsume. Yubitsume sering dijalankan sebagai tanda memohon maaf apabila seorang ahli yakuza membantah arahan atau membuatkan ketua tersinggung. Anggota yakuza yang bersalah itu akan memotong sendiri hujung jari kelingking kiri sehingga ke sendi bahagian atas dan menghadiahkan potongan itu kepada ketua. Jika berlaku sebarang pelanggaran lanjut, mereka akan memotong sendi hujung jari-jemari berikutnya.

yakuza tekiya bakuto mafia gengster kongsi gelap jepun yubitsume potong jari

Adat ini berasal dari zaman Tokugawa lagi. Ketika itu, kehilangan sendi akan menyebabkan pegangan pedang menjadi semakin lemah. Secara teorinya, ahli yakuza yang lemah ini akan bergantung harap kepada ahli kumpulan yang lain untuk keselamatan diri.

Hari ini, ramai ahli yakuza memilih untuk memakai jari palsu bagi mengelakkan diri daripada terdedah kepada pihak umum.

Yakuza dan masyarakat

Sindiket yakuza terbesar yang beroperasi hari ini ialah Yamaguchi-gumi yang berpangkalan di Kobe. Di situ sahaja terdapat lebih dari separuh jumlah ahli yakuza yang aktif di seluruh Jepun. Selain itu, kumpulan Sumiyoshi-kai yang berasal dari Osaka pula mempunyai lebih kurang 20,000 orang ahli dan Inagawa-kai di Tokyo dengan 15,000 ahli. Kumpulan-kumpulan ini terlibat dengan aktiviti jenayah seperti penyeludupan dadah antarabangsa, pemerdagangan manusia dan penyeludupan senjata api. Walau bagaimanapun, ramai antara mereka mempunyai pegangan saham yang besar dalam syarikat-syarikat gergasi dan ada juga yang mempunyai pertalian erat dalam bidang perniagaan, perbankan dan hartanah di Jepun.

Apa yang menarik, selepas bencana gempa bumi dahsyat yang melanda Kobe pada 17 Januari 1995, kumpulan Yamaguchi-gumilah yang pertama sekali datang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa. Begitu juga selepas kejadian gempa bumi dan tsunami pada 2011, pelbagai kumpulan berbeza telah menghantar lori yang penuh dengan bekalan bantuan ke kawasan-kawasan terlibat.

yakuza tekiya bakuto mafia gengster kongsi gelap jepun bantuan gempa bumi

Satu lagi 'kelebihan' yakuza adalah pengurangan kadar penjenayah kecil. Kobe dan Osaka merupakan antara bandar paling selamat di Jepun kerana penjenayah-penjenayah lain tidak berani menceroboh ke wilayah yakuza ini.

Walaupun masyarakat menerima kebaikan dari segi sosial dengan kewujudan yakuza, kerajaan Jepun masih berusaha untuk membanteras kumpulan ini sejak beberapa dekad yang lalu. Pada bulan Mac 1995 misalnya, pihak kerajaan telah meluluskan satu undang-undang baru yang dipanggil Akta Pencegahan Kegiatan Terlarang oleh Ahli Geng Jenayah.

yakuza tekiya bakuto mafia gengster kongsi gelap jepun ketua ditangkap

Pada tahun 2008, Bursa Saham Osaka telah membersihkan senarai saham dengan membuang kesemua syarikat yang mempunyai pertalian dengan yakuza. Sejak 2009 pula, pihak polis di seluruh negara telah memberkas ramai ketua yakuza dan menutup perniagaan yang bekerjasama dengan kumpulan ini.

Walaupun pihak polis dan kerajaan berusaha gigih untuk menyekat aktiviti yakuza di Jepun, kebarangkalian untuk menghapuskan sindiket ini 100% adalah sangat tipis. Mereka telah berjaya bertahan selama lebih 300 tahun sehingga budaya kongsi gelap itu sudah sebati dan sinonim dengan masyarakat di sana.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)