Biasanya jika terdengar perkataan sindrom, pasti anda akan terfikir mengenai masalah kesihatan. Namun, terdapat sindrom-sindrom yang tidak ada kena mengena langsung dengan kesihatan, tetapi berkaitan dengan insiden dan tempat.
iluminasi.com ingin berkongsi 4 sindrom yang pelik dan tiada kena mengena dengan kesihatan
1. India Syndrome
BESARKAN TEKS A- A+
Sindrom ini biasanya berlaku kepada orang dari barat yang berduyun-duyun ke India dengan matlamat mencari ketenangan rohani. Namun, ramai di antara mereka yang tidak pulang ke negara asal. Matlamat mereka yang ingin mendapatkan ketenangan sebaliknya mengalami kejutan budaya, pengambilan dadah serta meditasi yang terlalu tegar membuatkan mereka hilang arah. Dan psikosis atau masalah mental ini diberi nama "India Syndrome"
Sebuah buku telah ditulis oleh pakar sakit jiwa dari Perancis, Regis Airault, yang bertajuk "Fous de l'Inde", yang bermaksud kegilaan tentang India. Dalam buku tersebut menceritakan pengalaman beliau sebagai pakar sakit jiwa di India yang mana beliau merawat ramai orang dari barat yang mana perjalanan spiritual mereka tersimpang jauh.
"Sindrom India berlaku di kalangan mereka dari negara barat yang maju yang ingin mencari budaya yang tulen dan eksotik," jelas Regis Airault.
Menurut Regis lagi, individu tanpa sejarah sakit mental mula mendakwa mereka mencapai kesedaran yang tinggi, atau berasakan bahawa kiamat sudah hampir. Ramai di antara mereka pulih selepas pulang ke tanah air namun ramai juga yang menjadi delusi secara kekal. Dan yang paling tragis, menjadi gila dan mati.
2. Stockholm Syndrome
Mungkin ramai yang mengetahui nama sindrom ini melalui lagu Muse atau One Direction yang bertajuk "Stockholm Syndrome". Namun ia merupakan satu sindrom berlaku kepada seseorang yang diculik di mana individu tersebut menjadi sangat takut akan kecederaan fizikal, atau tidak berdaya mengawal nasib sendiri. Perasaan ini kemudiaannya akan melahirkan rasa simpati dan sokongan dalam diri terhadap penculik.
Respon yang diberikan oleh individu diculik kepada penculik termasuklah kesetiaan, kasih sayang dan berkemungkinan, tarikan seksual. Terma ini berasal daripada insiden di mana 4 individu telah dijadikan tebusan oleh seorang penjenayah, Jan-Erik Olsson yang merompak bank di Stockholm, Sweden pada tahun 1973.
Setelah menahan tebusan selama 6 hari, akhirnya Jan-Erik berjaya diberkas oleh pihak berkuasa. Namun, mangsa-mangsa tebusan tersebut telah menjalinkan hubungan yang positif dengan perompak bank ini yang mana tiada seorang pun daripada mereka mahu memberikan keterangan berkaitan rompakan tersebut. Malah, mereka mengumpul wang bagi mempertahankan Jan-Erik Olsson.
3. London Syndrome
Jika Stockholm Syndrom melahirkan rasa simpatai dan sokongan kepada penculik, London Sydrome adalah bertentangan di mana tebusan memberikan respon dengan bertengkar, tidak beri kerjasama dan bertindak gila terhadap penculik.
Ia berasal daripada insiden di mana kedutaan Iran di South Kensington, London telah dikepung dan diserang oleh 6 individu bersenjata. Beberapa orang staf di kedutaan tersebut menjadi tebusan penyerang. Namun seorang tebusan, Abbas Lavasani, tidak mahu memberi kerjasama dan berbalah dengan penjenayah tersebut. Berniat untuk mati syahid, akhirnya Abbas telah dibunuh dan dibaling ke luar bangunan kedutaan. Pembunuhan Abbas menjadi pencetus lebih banyak serangan terhadap tebusan.
4. Paris Syndrome
Bagi Paris Syndrome pula, sebahagian besarnya adalah tertakluk kepada mereka daripada negara matahari terbit, Jepun. Dianggarkan sebanyak 6 juta pelancong daripada Jepun melawati bandar bercahaya Paris ini setiap tahun dengan hasrat untuk merasakan pengalaman cinta fantasi, kehidupan glamor dan juga berfesyen.
Namun, sebahagian daripada mereka mengalami delusi yang teruk dengan halusinasi, kebimbangan, pening dan juga berpeluh kerana realitinya yang mereka alami di Paris tidaklah seperti fantasi mereka selama ini. Sindrom ini adalah salah satu kejutan budaya yang paling teruk, dan cara untuk menyembuhkannya adalah dengan meninggalkan Paris dan jangan pergi lagi.
Rujukan :