Empangan telah menjadi perintis dalam industri kejuruteraan sejak zaman purba lagi. Dari segi sejarah, pembinaan empangan telah berlaku sekitar 3000 SM.

Pembinaan empangan awal berlaku di Mesopotamia dan Timur Tengah di mana empangan pertama dan paling awal di dunia adalah Empangan Jawa di Jordan.

Kemudian, beberapa tamadun di seluruh dunia mula membina pelbagai jenis empangan. Kebanyakan empangan purba kini sudah tidak lagi wujud namun beberapa empangan masih lagi digunakan sehingga hari ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 empangan purba tertua yang masih beroperasi sehingga hari ini.

10. Empangan Almansa, Sepanyol - Abad ke-16

empangan almansa

Empangan Almansa adalah empangan jenis batu graviti di bandar Almansa di wilayah Albacete, Sepanyol dan yang tertua di dunia dari jenisnya.

Kerja-kerja pembinaan empangan yang terletak di Sungai Vega de Belén ini mungkin bermula pada tahun 1578 dan tamat 6 tahun kemudian pada tahun 1584.

Struktur empangan yang langsing ini adalah 25 meter tinggi dan 90 meter panjang. Tujuan utama pembinaan Empangan Almansa adalah untuk mengawal banjir dan menyediakan pengairan.

9. Empangan Moti Talab, India - Abad ke-12

empangan moti talab

Empangan Moti Talab atau Tonnur Kere adalah salah satu empangan tertua di dunia yang masih beroperasi. Makna Moti Talab adalah "Danau Mutiara".

Ia bermula pada abad ke-12 AD di mana Tonnur Kere dibina oleh Sri Asuri Ramanujacharya, seorang Paderi Sri Vaishnava. Empangan berusia 1,000 tahun ini menjangkaui kawasan seluas 2,150 ekar.

Sri Asuri Ramanujacharya menamakan empangan yang terletak di negeri Karnataka di daerah Mandya ini sebagai "Thirumalasagara".

Empangan itu dibina di antara bukit-bukit yang berbatu. Kawasan ini kemudiannya diserang oleh Adilshahis dari Bijapur dan Nasir Jung, Subedar Mughal dari Deccan yang kemudiannya menamakannya semula sebagai "Moti Talab" merujuk kepada air empangan ini yang jernih.

8. Empangan Sadd-e Kobār, Iran - Abad ke-10

empangan sadd e kob r

Empangan Sadd-e Kobār terletak di Sungai Kowar, 28 km dari tenggara timur bandar Qom, Iran. Empangan ini dibina pada abad ke-10 AD yang merupakan jenis empangan gerbang graviti.

Empangan kuno ini berdekatan dengan Darreh-ye Laq Gazī, Zanbūrak dan Kūh-e Zanbūrak dan dibina menggunakan batu kapur dan tanah liat.

Tujuan pembinaan empangan berukuran 25 meter tinggi dan 82 meter panjang ini adalah bertujuan untuk pengairan dan bekalan air ke bandar berdekatan. 

7. Empangan Manoike, Jepun - Tahun 701 hingga 704

empangan manoike

Empangan Manoike adalah empangan kuno di wilayah Kagawa di Jepun dan masih digunakan hingga ke hari ini. Fungsi utama empangan ini adalah untuk tujuan pengairan.

Sejarah terawal Empangan Manoike yang mempunyai panjang 329 meter ini bermula pada sekitar 701-704 AD iaitu dari zaman Taiho dan dibina oleh Michimori Ason, tuan Wilayah Sanuki.

Dalam banjir yang berlaku pada tahun 881 AD, empangan asal telah musnahdi dan sejak itu, empangan ini telah dibina beberapa kali.

Ketika ini, Empangan Manoike boleh menyimpan air pada kapasiti melebihi 14 juta m³. 

6. Empangan Sayamaike, Jepun - Sekitar abad ke-7

empangan sayamaike

Empangan Sayamaike adalah salah satu empangan berharga yang menggunakan teknik kejuruteraan air Jepun yang luar biasa dan merupakan antara yang tertua yang masih berfungsi.

Empangan ini terletak di Kota Osakasayama di Wilayah Osaka, Jepun. Ia dibina sekitar abad ke-7. Empangan berusia 1400 tahun itu mempunyai muzium bertujuan memberi kredit dan penghormatan.

Empangan berkapasiti 2.8 juta m³ ini mengalirkan airnya ke Sungai Nishiyoke. Kerja-kerja pembaikan bagi empangan ini telah disumbangkan oleh beberapa tokoh sejarah Jepun.

Beberapa tokoh bersejarah ini termasuklah Gyoki, seorang pendeta Buddha di zaman Nara, Chogen, seorang pendeta Buddha di zaman Kamakura dan Katagiri Katsumoto, seorang samurai di zaman Edo.

Pada mulanya, empangan ini adalah hasil daripada langkah untuk mengawal banjir semasa proses pertanian. Kemudian, empangan itu telah diubahsuai sepenuhnya kepada empangan kawalan banjir.

Penambahbaikan empangan dilakukan pada tahun 1996.

5. Empangan Kaerumataike, Jepun - Tahun 162

empangan kaerumataike

Empangan Kaerumataike adalah empangan tambak Jepun di Sungai Yodo. Empangan kuno ini dibina pada tahun 162 Masihi dan terletak berhampiran dengan bandar Nara, wilayah Kansai.

Empangan ini terletak pada ketinggian 17 meter dan dengan ukuran panjang mencecah 260 meter.

Sungai Yodo mendapat saliran air dari Tasik Biwa yang terletak di wilayah Shiga. Ia merupakan sumber air minuman dan pengairan kepada penduduk Wilayah Kansai serta menjadi sumber penjana hidroelektrik.

4. Empangan Kallanai, India - Sekitar abad ke-2

empangan kallanai

Empangan Kallanai atau Grand Anicut adalah empangan keempat tertua di dunia yang masih digunakan hingga ke hari ini.

Empangan kuno ini dibina oleh Raja dinasti Chola iaitu Raja Karikala di sungai Kaveri sekitar abad ke-2 yang terletak di negeri Tamil Nadu.

Ia juga merupakan empangan tertua di India yang masih digunakan. Idea di sebalik empangan berusia 2,000 tahun ini adalah untuk mengairi daerah delta bagi tujuan penanaman padi.

Empangan tersebut mengairi kawasan seluas 69,000 ekar pada masa itu dan pada abad ke-19, empangan Kallanai berada dalam fasa pembentukan semula oleh pihak British.

Menjelang abad ke-20, empangan ini telah mengairi kawasan dengan keluasan sekitar 1 juta ekar. Terdapat perdebatan yang berterusan bahawa empangan ini berusia lebih tua daripada anggaran yang dibuat sebelumnya.

3. Cornalvo Dam, Sepanyol - Abad ke-1 atau ke-2

empangan cornalvo

Empangan Cornalvo adalah empangan graviti yang dibina oleh orang Rom di antara abad ke ke-1 atau ke-2 abad dan masih digunakan sejak itu.

Empangan Cornalvo adalah sebahagian daripada Ensiklopedia Arkeologi Mérida yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1993.

Empangan ini meliputi Albarregas (lembah Guadiana) dan terletak pada ketinggian 24 meter dan dengan panjang 194 meter.

Ketika siap dibina, ia menjadi empangan tertinggi di dunia yang terletak luar Itali. Empangan yang terus berfungsi ini adalah sumber utama bekalan air ke Bandar Merida.

2. Empangan Proserpina, Sepanyol - Abad ke-1 atau ke-2

empangan proserpina

Empangan Proserpina adalah empangan graviti Rom yang dibina pada abad ke-1 atau ke-2, di Extremadura, Sepanyol sama seperti empangan Cornalvo.

Sejak dibina lebih daripada 18 abad yang lalu, empangan ini terus digunakan sehingga kini.

Empangan ini dibina sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan infrastruktur untuk membekalkan air ke bandar Emerita Augusta.

Saluran air yang mengalir ke bandar telah rosak selepas kejatuhan Empayar Rom, namun empangan ini masih kekal utuh sehingga hari ini. 

Ia terletak di Las Pardillas (lembah Guadiana) yang mempunyai panjang 427.8 meter. Sejak tahun 1993, empangan ini adalah sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO.

1. Empangan Tasik Homs, Syria - 1319 - 1305 Sebelum Masihi

empangan tasik homs

Dan berada di kedudukan pertama senarai empangan yang paling tua yang masih berfungsi adalah Empangan Tasik Homs di Syria.

Terdapat hipotesis bahawa empangan ini berasal sejak dari zaman penguasa Mesir Sethi sekitar 1319 hingga 1304 SM. Menurut hipotesis tersebut, empangan itu diperluas oleh Empayar Rom sekitar tahun 284 hingga 305.

Maharaja Rom Diocletian membina struktur ini untuk tujuan pengairan dan ia mempunyai kapasiti air mencapai 90 juta m³.

Empangan Tasik Homs atau Quatinah Barrage ini mungkin merupakan takungan air terbesar di Near East. Apa yang agak luar biasa adalah sejak dari dibina, empangan itu hanya mempunyai sedikit sahaja keladak.

Empangan sepanjang dua kilometer panjang ini adalah empangan graviti yang dibuat daripada teras konkrit Rom dan blok basalt. Pada hari ini, empangan Tasik Homs mempunyai kapasiti sekitar 200 juta m³.




Hakcipta iluminasi.com (2017)