Di atas muka bumi ini, dianggarkan sebanyak 30,000 jenis penyakit yang wujud yang diketahui dalam bidang perubatan. Ada di antara penyakit-penyakit ini tidak serius seperti selesema dan ada yang boleh membawa maut seperti sakit jantung, strok dan lain-lain lagi.

Namun apa yang lebih menyedihkan adalah penyakit yang sangat jarang berlaku dan tidak dapat dielakkan seperti penyakit yang diwarisi dan juga yang masih belum mempunyai penawar sehingga kini. Lebih parah jika penyakit itu boleh menarik nikmat anda sebagai seorang manusia untuk hidup seperti manusia normal.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 komplikasi kesihatan yang paling pelik di dunia yang masih belum mempunyai penawar sehingga kini.

6. Hutchinson-Gilford Progeria (Sindrom cepat tua)

hutchinson gilford progeria 2

Sindrom Hutchinson-Gilford Progeria (HGPS) atau dikenali sebagai Progeria merupakan satu kondisi genetik yang boleh membawa maut dan sangat jarang ditemui, yang menyebabkan penuaan pramatang. Mereka yang mengalami komplikasi progeria ini akan mula menua bermula dari umur 2 tahun. Disebabkan penuaan yang cepat, pesakit biasanya akan mati disebabkan oleh sakit jantung ketika berumur 14 tahun.

Walaupun pesakit kelihatan normal ketika dilahirkan namun tanda-tanda seperti kepala besar dan mata yang besar, keguguran rambut, pertumbuhan gigi yang perlahan dan tak normal serta kehilangan lemak badan. Dan semakin mereka membesar, mereka akan mengalami penyakit yang biasa dihidapi oleh orang berumur seperti sakit jantung dan sebagainya.

Sehingga kini, masih tiada penawar bagi progeria namun usaha mengkaji masih terus dijalankan.

5. Alien Hand Syndrome (Sindrom tangan makhluk asing)

alien hand syndrome

Pesakit yang mengalami sindrom ini, tangan mereka akan bergerak secara sukarela ataupun bukan disebabkan kehendak pesakit, yang memberikan nama kepada penyakit ini sindrom tangan makhluk asing.

Anda tak tahu apa tangan anda akan lakukan, mungkin mencekik diri sendiri semasa tidur. Ia merupakan gangguan neurologikal yang sangat jarang berlaku dan biasanya menjejaskan tangan kiri.

Walaupun pesakit tidak dapat mengawal tangan sendiri, namun pesakit dapat merasakan apa yang dilakukan oleh tangan, malah boleh berasa sakit. Antara penyebab berlakunya penyakit ini adalah disebabkan trauma pada otak selepas permbedahan, strok atau jangkitan pada otak.

Penawar bagi penyakit ini juga belum ditemui dan pesakit biasanya membuatkan tangan mereka sibuk dengan memberikan sesuatu untuk dipegang atau mengikat di belakang badan.

4. Hypertrichosis (Sindrom serigala jadian)

hypertrichosis 3

Pesakit yang mengalami sindrom ini biasanya sangat berbulu termasuk di bahagian muka. Sindrom ini adalah ketidaknormalan pada kepadatan dan panjang rambut di satu tempat (localized hypertrichosis) atau lebih daripada satu tempat (generalized hypertrichosis).

Bagi generalized hypertrichosis, biasanya bulu yang tumbuh adalah di bahagian muka, telinga atau bahu dan berbeza atau semakin panjang mengikut umur. Ia merupakan satu penyakit yang diwarisi.

Sehingga kini, masih belum ada penawar bagi hypertrichosis. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mencukur bulu dan rambut yang tumbuh di tempat bukan kebiasaan dan ia mengambil masa yang sangat lama sehingga beberapa jam ke beberapa minggu. Namun, terdapat cara untuk mematikan pertumbuhan semula rambut-rambut itu dengan menggunakan bahan kimia atau tenaga pelbagai jenis.

Salah satu cara paling efektif adalah dengan menggunakan laser namun ia hanya efektif terhadap rambut yang berwarna hitam sahaja. Bagi kedua-dua warna rambut hitam dan putih, kaedah elektrolisis, elektrologi, atau elektrolisis boleh digunakan.

3. Exploding Head Syndrome (Sindrom kepala meletup)

exploding head syndrome

Sindrom ini bukanlah menyebabkan kepala pesakit meletup dan hancur yang menyebabkan kematian, ia adalah gangguan tidur. Pesakit yang mengalami sindrom ini biasanya akan terdengar bunyi yang sangat kuat dan dasyat seperti letupan, guruh, tembakan dan sebagainya. Ia boleh berlaku ketika baru hendak tidur atau bangun dari tidur.

Tiada sakit fizikal akan dialami namun ketika bunyi kuat itu datang kemungkinan ia hadir bersama cahaya yang sangat cerah. Mereka yang cenderung mengalami sindrom ini adalah wanita yang berumur 50 ke atas dan berkait dengan tahap tekanan yang tinggi, sawan temporal lobus kecil dan masalah neuronal yang lain. Pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan berlakunya sindrom ini.

Tiada penawar juga bagi sindrom ini, namun ia boleh datang dan pergi. Jika ia berkaitan dengan tekanan, apa yang boleh pesakit lakukan adalah bermeditasi atau senaman yoga sebelum tidur bagi menenangkan minda.

2. Aquagenic urticaria (Alahan kepada air)

aquagenic urticaria 2

Tak dapat dinafikan, ini merupakan komplikasi yang paling perit dan menyeksakan. Mana taknya, air adalah asas kehidupan, dan jika anda alah terhadap air, memang sangat sukar untuk hidup. Aquagenic urticaria ialah satu sindrom yang sangat-sangat jarang berlaku, walaupun ia bukan benar-benar tindakbalas alahan seperti alahan lain, namun kulit akan bertindakbalas selepas bersentuhan dengan air.

Tanda-tanda boleh dilihat selepas beberapa minit bersentuhan dengan air dan ia boleh menyebabkan kegatalan. Ia mengambil masa 30 hingga 60 minit untuk ruam untuk hilang selepas air tersebut dilap. Apa yang lebih memeritkan adalah sesetengah pesakit tidak boleh minum air langsung kerana ia boleh membuatkan tekak melecur.

Mereka yang mengalami ini kurang dapat menikmati hidup kerana banyak langkah berjaga-jaga perlu diambil seperti memakai minyak larutan air atau krim emulsi untuk menghalang sentuhan air, tidak boleh berpeluh, tak boleh berenang dan selalu perlu bawa payung ke mana-mana sebagai persediaan jika hujan.

Ia biasanya berlaku selepas seseorang itu baligh dan lebih kurang berlaku kepada lelaki. Masih tiada rawatan sehingga kini, namun terdapat ubatan yang boleh mengurangkan kesan komplikasi ini. Antara ubat-ubatan tersebut adalah topical corticosteroids, epinephrine, oral antihistamine, radiasi ultraungu, terapi PUVA, steroid stanazolol dan capsaicin.

1. Lewandowsky-Lutz dysplasia (Sindrom manusia pokok)

lewandowsky lutz dysplasia 4

Lewandowsky-Lutz dysplasia adalah sindrom autosomal resesif yang merupakan penyakit kulit keturunan yang tersangat-sangat jarang berlaku. Ia dikaitka dengan risiko barah kulit yang sangat tinggi. Pesakit akan mengalami jangkitan virus pipilloma (HPV) yang tidak terkawal dan penumbuhan ketuat pada kulit yang menyerupai kulit pokok yang biasanya berlaku di bahagian tangan dan kaki.

Penyebab komplikasi ini adalah mutasi PH yang tidak aktif sama ada dalam genetik EVER1 atau EVER2 yang terletak bersebelahan antara satu sama lain dalam kromosom. Gen-gen ini memainkan peranan dalam mengawalselia pengedaran zink dalam sel nuclei yang mana zink merupakan sangat penting dalam protein. Aktiviti kompleks oleh EVER1/EVER2 menghalang akses protein ke stor zink selular yang mengehadkan pertumbuhannya.

Ia biasanya berlaku di antara usia1 hingga 20 dan kadang-kadang berlaku di pertengahan usia. Namanya diperolehi daripada doktor pertama yang menghasilkan dokumentari mengenai penyakit ini, iaitu Dr. Felix Lewandowsky dan Dr. Wilhelm Lultz.

Malangnya sehingga kini masih belum ada rawatan penyembuh ditemukan. Terdapat bebeberapa rawatan yang dicadangkan antaranya ialah mengambil aciterin 0.5 hingga 1 miligram setiap hari selama 6 bulan.

Bagi anda yang mengetahui atau mengenali pesakit yang mempunyai penyakit pelik, adalah dinasihatkan jangan menghina atau merendah-rendahkan mereka, kerana kita takkan tahu jika ia akan berlaku kepada orang yang kita sayang satu hari nanti.

Wallahualam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)