Oleh pada 31 Aug 2017 kategori

Segelintir manusia mempunyai fobia terhadapat sesuatu perkara atau benda. Fobio ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti faktor biologi, fisiologi atau pengalaman masa lampau. Kali ini kami kongsikan beberapa fobio pelik manusia terhadap makanan.

1. Lachanophobia - Fobia Terhadap Sayur

takut makan sayur

Sekiranya anda tidak makan sayur, terdapat dua kemungkinan - sama ada anda tidak suka sayur atau anda ada sejenis fobia dipanggil Lachanophobia. Walau bagaimanapun, kebanyakan dari kita yang tidak makan sayur bukanlah fobio, sebaliknya tidak makan sayur kerana rasanya tidak sedap atau tidak nampak menyelerakan. Mungkin ada sesetengah sayur yang dimakan, ada yang tidak.

Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai Lachanophobia mempunyai ketakutan terhadap sayur. Melihat sayur sahaja pun sudah cukup menakutkan, boleh menyebabkan mereka semput. Orang yang mempunyai lachanophobia mempunyai risiko besar tidak mempunyai diet pemakanan yang seimbang yang biasanya didapati daripada sayur.

2. Mageirocophobia - Fobia Untuk Memasak

mageirocophobia takut masak

Ini juga sejenis fobia yang pelik. Takut untuk masak? Mageirocophobia adalah sejenis fobia yang mana penghidapnya berasa takut untuk masak kerana risau sekiranya masakan mereka yang dihidangkan kepada orang lain mampu menyebabkan keracunan makanan atau membunuh orang.

Selain itu, mereka ini juga takut sekiranya tercedera/terpotong tangan ketika masak dan juga risau sekiranya cedera akibat terkena minyak panas atau melecur semasa masak. Biasanya orang mageirocophobia tidak akan masak sama sekali, dan hanya akan membeli makanan daripada kedai. Tapi sekiranya anda memang malas masak, itu bukannya mageirocophobia ya .

3. Xocolatophobia - Fobia Terhadap Coklat

coklat susu sedap

Siapa yang tidak sukakan coklat? Tidak kiralah untuk dimakan begitu sahaja atau diberi sebagai hadiah, coklat selalunya menjadi pilihan kerana ianya mudah didapati dan kebanyakan orang menggemarinya. Xocolatophobia, atau fobia terhadap coklat merupakan antara jenis fobia yang jarang didengari.

Andrew Bullock, seorang produser TV antara orang yang mempunyai penyakit ini. Beliau tidak boleh melihat apatah lagi menyentuh coklat. Beliau mengatakan bahawa apabila menyentuh coklat, beliau merasakan ianya kotor. Walaupun sudah dibasuh, beliau masih dapat merasa sisa kotoran pada coklat itu masih ada di tangannya.

4. Ichthyophobia - Fobia Terhadap Makanan Berasaskan Ikan

ichthyophobia takut ikan

Kebanyakan daripada kita sudah maklum biasanya orang yang tidak makan ikan adalah kerana mereka alergik terhadap makanan laut (seafood). Bergantung kepada tahap alergik, apabila makan makanan berasaskan ikan mereka akan gatal-gatal pada sebahagian atau seluruh anggota badan. Bagi kes yang teruk, terpaksa dimasukkan ke hospital dan diberikan suntikan.

Rupa-rupanya, ada juga golongan Ichthyophobia, iaitu manusia yang fobia terhadap ikan. Bukan setakat makan, bau ikan pun tidak boleh. Golongan ini takut untuk makan ikan kerana berpendapat ikan mengandungi merkuri dan bahan-bahan tercemar lain semasa hidup di laut atau sungai. Sekiranya anda gemar memancing, janganlah ajak mereka ini.

5. Orthorexia - Fobia Terhadap Makanan Yang Diproses

orthorexia

Kebanyakan makanan yang mudah diperolehi hari ini adalah makanan yang sudah diproses. Sebagai contoh roti, biskut dan lain-lain. Gula dan garam juga amat penting untuk badan, walaupun hanya untuk kuantiti yang sedikit. Golongan Orthorexia ini pula lebih ekstrim di mana mereka tidak akan menyentuh langsung makanan yang telah diproses. 

Walau bagaimanapun, gaya hidup Orthorexia bukanlah sesuatu yang sihat. Kebanyakannya menghadapi kekurangan nutrisi akibat terlalu obses dengan makanan organik dan yang belum diproses. Akibatnya, mereka akan mengelakkan makanan yang didakwa sudah tercemar atau sudah diproses seperti produk tenusu dan bijian.

Kredit:

  1. RSVP Magazine
  2. Psychology Today
  3. Veg News

tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)