Pembinaan bandar atau kampung olok-olok sememangnya sudah wujud lama dahulu yang biasanya dijadikan lokasi penggambaran oleh syarikat-syarikat produksi. Ia dibina seakan-akan bandar sebenar yang didiami oleh populasi manusia. Oleh itu walaupun kini abad ke-21 namun kita masih boleh menonton drama-drama yang seakan-akan dihasilkan pada abad ke-20.

Terdapat juga bandar olok-olok yang dibina untuk tujuan-tujuan lain selain daripada tujuan penggambaran. iluminasi.com ingin berkongsi 4 bandar olok-olok yang terdapat di serata dunia untuk pelbagai tujuan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kijong-dong - Korea Utara

kijong dong 2

Kijong-dong, sebuah bandar yang kelihatan seperti sebuah bandar yang benar-benar didiami oleh manusia. Ia dilengkapi dengan kawasan perumahan, sekolah dan juga hospital. Bandar ini dibina oleh kerajaan Korea Utara pada tahun 1954 yang diberi nama Propaganda Village atau Peace Village terletak di Zon Bebas Tentera (Demilitarized Zone -DMZ). Zon Bebas Tentera adalah kawasan yang memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan.

Tujuan pembinaan bandar olok-olok ini oleh Korea Utara adalah untuk mengumpan mereka yang membelot kerajaan Korea Selatan. Walaubagaimanapun, Korea Utara mendakwa bandar ini mempunyai 200 penduduk dan ia melambangkan kejayaan ekonomi Korea Utara. Dakwaan Korea Utara itu seakan-akan tidak benar kerana menurut sumber, bandar itu seperti tiada tanda-tanda yang ianya didiami oleh manusia.

kijong dong

Kenyataan ini dikukuhkan lagi apabila bangunan-bangunan yang terdapat di bandar itu tidak mempunyai tingkap dan manusia yang dilihat di kawasan itu adalah semata-mata pekerja penyelenggara yang dilihat menyapu jalan-jalan. Juga, lampu yang terpasang di bandar itu dikatakan beroperasi atas kawalan automatik yang hanya berfungsi pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Mcity - Amerika Syarikat

mcity

Mcity  adalah sebuah bandar olok-olok yang terletak di University of Michigan North Campus, Michigan. Ia merupakan sebuah bandar seluas 32 ekar yang mempunyai jalan raya, persimpangan jalan, laluan pejalan kaki, lampu isyarat, dan juga bangunan-bangunan. Ia dibina untuk digunakan sebagai lokasi menguji kereta pandu-sendiri. 

Untuk menjadikan bandar ini betul-betul seperti bandar sebenar, ia dihiasi dengan grafiti dan juga garisan-garisan di atas jalan raya yang pudar. Bentuk jalan juga berbeza-beza termasuklah jalan berbukit. Terdapat juga terowong, bulatan (roundabout) dan laluan kereta yang diperbuat daripada bahan berbeza seperti turapan, batu bata dan kerikil.

mcity 2

mcity 5

Ia merupakan projek yang dibiayai oleh University of Michigan, kerajaan tempatan dan juga syarikat-syarikat daripada pelbagai industri termasuklah GM, Hond, Nissan, Ford, Toyota, State Farm, Verizon dan Xerox.

Bandar Paris kedua - Perancis

paris

Bandar Paris kedua telah dibina oleh Perancis, ketika berlangsungnya Perang Dunia Pertama. Ia merupakan idea DCA, kumpulan pertahanan udara Perancis, pada tahun 1918 yang bertujuan untuk menipu juruterbang pesawat pengebom Jerman. Menurut sumber iaitu akhbar Le Figaro yang menemui arkib ini, perancang tentera yakin bahawa juruterbang Jerman akan tertipu dengan pembinaan bandar Paris olok-olok itu, dan membuatkan mereka akan menyerang bandar tersebut dan bukan bandar Paris yang sebenar.

Bandar yang terletak di bahagian utara luar bandar Paris, iaitu 24 kilometer dari bandar Paris yang sebenar. Bandar olok-olok ini dibina dengan begitu terperinci termasuklah pembinaan Champs-Elysées dan stesen kereta api terkenal yang mempunyai servis kereta api laju pada hari ini yang menghubungkan Paris dan London, iaitu Gard du Nord.

fake paris

fake paris 2

Tak cukup dengan itu, bangunan-bangunan kayu dibina dan dicat dengan terperinci supaya kelihatan seperti kilang-kilang yang benar-benar beroperasi. Lampu putih, kuning dan merah dipasang untuk menghasilkan suasana seperti mesin kilang sedang beroperasi pada waktu malam. Lampu-lampu di landasan kereta api juga dipasang bagi menipu pihak musuh.

Walaubagaimanapun, bandar ini tidak sempat diuji kerana masih belum siap sebelum serangan udara terakhir oleh tentera Jerman ke atas bandar Paris pada 1918.

Bandar latihan ketenteraan Asymmetric Warfare Group

asymmetric warfare group

Pasukan tentera Amerika Syarikat yang diberi nama Asymmetric Warfare Group telah ditubuhkan pada tahun 2004 bagi tujuan melawan pengganas dan mengurangkan kelemahan tentera terhadap ancaman yang diterima. Dan pada tahun 2014, pasukan tentera ini telah membina sebuah bandar olok-olok seluas 300 ekar yang direkakhas untuk digunakan sebagai lokasi latihan tempur.

asymmetric warfare group 4

asymmetric warfare group 2

asymmetric warfare group 3

Bandar ini dilengkapi dengan bangunan kedutaan setinggi 5 tingkat, sebuah bank, sekolah, kereta api bawah tanah, stesen kereta api, masjid, stadium bola sepak, dan juga zon pendaratan helikopter. Projek bandar olok-olok yang menelan belanja sebayak RM413 juta itu direka untuk meniru perkesitaran sebenar yang rumit dan mereka cuba untuk mencari penyelesaian jika serangan pengganas benar-benar berlaku.

Komander pasukan itu, Colonel John Petkosek mengulas mengenai bandar tersebut dengan berkata :

"Tempat ini adalah tempat dimana kami boleh menjadi kreatif dan mencari idea untuk menyelesaikan masalah yang kami sendiri belum tahu bagaimana,"

Rujukan :

1. Telegraph

2. NY Post

3. Web Urbanist




Hakcipta iluminasi.com (2017)