Semasa Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, ancaman nuklear Amerika diikuti dengan pengeboman di bandar-bandar Jepun Hiroshima dan Nagasaki membuatkan program senjata nuklear Soviet dipertingkatkan.

Satu siri pusat penyelidikan dan pembangunan telah ditubuhkan. Ramai orang dibawa ke kemudahan ini dan ramai yang mati akibat pendedahan kepada bahan radioaktif.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bandar tertutup muncul di sekitar kemudahan-kemudahan yang sangat besar ini, hasil daripada populasi besar yang dibawa oleh pusat penyelidikan, menggunakan kerahsiaan untuk menyembunyikan maklumat dari Amerika Syarikat dan sekutu Barat mereka.

bandar tertutup nuklear

Daripada 44 bandar tertutup yang ditubuhkan pada mulanya, sukar untuk mempercayai bahawa banyak daripadanya masih wujud hari ini.

Bandar-bandar ini dikelilingi oleh pagar-pagar kawat berduri dan rondaan bersenjata yang tegas menghalang kemasukan orang asing. Perkara ini membuatkan tempat ini menjadi lebih selamat dengan kualiti kehidupan yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, kelebihan ini bukanlah percuma yang mana perlu dibayar dengan sebuah kebebasan yang terhad.  

6. Krasnoznamensk

bandar tertutup krasnoznamensk

Tidak seperti kebanyakan bandar-bandar lain di dalam senarai ini, yang dibina berdekatan dengan kawasan berair yang besar untuk membuang sisa radioaktif, Krasnoznamensk hanya mengandungi beberapa tasik yang sangat kecil.

Bandar ini sangat hampir dengan ibu negara Rusia, Moscow, dan berfungsi sebagai pusat kawalan sistem ruang, pusat kawalan misi rizab serta pusat utama kecerdasan aeroangkasa.

Krasnoznamensk dikenali sebagai Golitsyno-2 hingga tahun 1994. Penduduknya kini sekitar 39,000 orang.

Baru-baru ini, beberapa khabar angin tersebar mengatakan bahawa satelit pengintip dilancarkan dari bandar raya ini selepas dakwaan daripada pegawai Rusia.

5. Tsiolkovsky

bandar tertutup tsiolkovsky

Tsiolkovsky terletak di sebelah Sungai Bolyshaya Pyora. Nama bandar ini pada hari ini adalah Tsiolkovsky, diberikan pada tahun 2015 oleh Presiden Vladimir Putin, bersempena ahli sains roket Kesatuan Soviet, Konstantin Tsiolkovsky.

Konstantin, yang dilahirkan pada tahun 1857, menulis lebih daripada 400 karya tentang perjalanan angkasa, mengilhamkan saintis kemudiannya dan banyak menyumbang kepada kejayaan program angkasa Soviet.

Bandar ini pada asalnya diasaskan pada tahun 1961 dan dibina dengan tujuan untuk menjadi lokasi asas peluru berpandu balistik antara benua Kesatuan Soviet.

Nama kodnya ialah Svobodny-18. Hari ini, ia mempunyai jumlah penduduk sekitar 6,000 orang.

Bandar ini kini memiliki Vostochny Cosmodrome, sebuah kemudahan pelancaran ruang angkasa yang bertujuan untuk mengurangkan pergantungan Rusia kepada Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan.

4. Mirny

bandar tertutup mirny 84

Mirny ditubuhkan pada tahun 1960 berhampiran dengan Sungai Yemsta dan Mekhrenga di bahagian barat Arkhangelsk Oblast sebagai tapak pelancaran peluru berpandu balistik.

Namun 6 tahun kemudian, sebuah tapak pelancaran kapal angkasa telah dibangunkan di sini, yang dikenali sebagai Plesetsk Cosmodrome.

Walaupun penubuhannya berlaku pada tahun 1960, namun Mirny hanya disebut dalam media selepas 23 tahun kemudian. Ia kini mempunyai penduduk kira-kira 30,000 orang dan terletak berhampiran stesen kereta api serta lapangan terbang.

Baru-baru ini, Vladimir Putin melancarkan satelit dari kosmodrom Mirny dengan kemampuan untuk mencari peluru berpandu balistik sebagai tindak balas terhadap ketegangan perang global yang semakin meningkat berikutan pelancaran peluru berpandu Korea Utara.

3. Kapustin Yar

bandar tertutup kasputin yar

Kapustin Yar dibina sebagai tapak ujian peluru berpandu Soviet pada tahun 1946.

Ia merupakan lokasi pelancaran pertama peluru berpandu balistik di Kesatuan Soviet pada 18 Oktober 1947, kira-kira satu tahun selepas penubuhan kesatuan itu.

Di samping itu, di antara tahun 1957 dan 1961, 5 ujian nuklear atmosfera yang kecil telah dijalankan di sini.

Maklumat tentang kewujudan Kapustin Yar diperolehi oleh dunia Barat melalui penerbangan pengintip dan penyusupan saintis.

Pada tahun 1966, Kapustin Yar membina kosmodrom. Ia kini berfungsi sebagai tapak pembangunan untuk teknologi baru.

Ia telah menjadi tempat penampakan UFO yang agak kerap menurut sumber tempatan dan diberikan nama julukan "Russian Area 51".

Kapustin Yar mempunyai bandar tertutup untuk menyokongnya, yang diberi nama Znamensk, dengan populasi kira-kira 30,000 orang.

2. Sarov

bandar tertutup sarov

Bandar ini, yang terletak di Rusia Barat, agak hampir dengan Moscow. Ia dinamakan sempena Sarov Monastery, yang diasaskan pada tahun 1706 di tapak bandar ini.

Ia adalah tempat yang suci untuk Gereja Ortodoks Rusia sehingga biara tersebut ditutup pada tahun 1923.

Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan biara digunakan sebagai kilang untuk menghasilkan roket.

Kemudian, pada tahun 1946, sebuah fasiliti reka bentuk senjata nuklear telah dibina dan Sarov bertukar menjadi sebuah bandar tertutup, dengan nama kod Arzamas-16.

Seperti beberapa bandar tertutup lain, ia dikelilingi oleh pagar dan rondaan tentera serta memerlukan pas kebenaran untuk masuk.

3 jenis pas boleh diperolehi iaitu pas sekali masuk, pas sementara dan pas kekal.

Walau bagaimanapun, hampir mustahil bagi pelancong biasa, terutamanya warga asing untuk masuk ke bandar ini.

Ketika ini, bandar tertutup Sarov mempunyai penduduk sekitar 90,000 dan merupakan rumah kepada Pusat Nuklear Persekutuan Rusia dan muzium bom atom. 

1. Ozersk

bandar tertutup ozersk

Bandar tertutup ini terletak di sebelah Tasik Irtyash dan Sungai Techa pada tahun 1947, di bawah nama kod Chelyabinsk-40 atau City-40 dan kemudiannya ditukarkan kepada Chelyabinsk-65.

Disebabkan jarak yang dekat dengan Mayak, sebuah loji plutonium, Ozerk menjadi tempat kelahiran program senjata nuklear Rusia.

Kota ini dan penduduknya sering terdedah kepada bahan radioaktif. Antara tahun 1945 dan 1957, kilang Mayak kerap membuang sisa radioaktif di kawasan sekitar.

Pada tahun 1957, sebuah tangki sisa nuklear meletup, melepaskan bahan radioaktif dalam jumlah yang sangat banyak, hampir seperti kejadian Fukushima dan Chernobyl.

Sebelum ini, sisa kimia juga sering dibuang ke Sungai Techa, yang masih sangat tercemar pada hari ini.

Walaupun begitu, bandar ini kini masih menjadi rumah kepada sekitar 82,000 orang. Pada tahun 2016, filem dokumentari Rusia, City 40 telah dihasilkan, mendokumentasikan kehidupan penduduk kota ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)