Pembikin filem cukup suka dengan bandar Craco di Itali. Filem-filem seperti "Passion of the Christ," "Saving Grace" and "Quantum of Solace" semuanya dirakam di sini. Pengarah dan pembikin filem bukan menyukai bandar ini kerana pantai yang cantik atau pusat bandar yang menarik. Tetapi mereka menyukainya kerana sifatnya yang misteri, sunyi dan ditinggalkan.

craco italy 704

Selama berabad lamanya, Craco gah sebagai bandar yang makmur dengan sebuah universiti, empat plaza dan sebuah biara Kristian. Apabila terlalu banyak bencana alam yang berlaku seperti kejadian tanah runtuh, banjir dan gempa bumi, banyak struktur dan kediaman musnah. Penduduk setempat terakhir seramai 1,800 lenyap meninggalkan bandar ini pada tahun 1963 akibat tidak lagi mampu bertahan.

craco italy 2

Sebenarnya banyak lagi bandar di dunia ini yang ditinggalkan begitu sahaja. Ramai yang meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang apabila mereka berpindah. Ada yang lari dari bandar ini kerana takutkan bencana alam, ada juga yang lari kerana faktor berpunca dari manusia.

Anda sukakan bandar yang sunyi, terpencil dan agak creepy? Bolehlah cuba lawati bandar-bandar ini apabila anda ke luar negara:

#1 Shicheng, China

Shicheng merupakan sebuah bandar yang sibuk kira-kira 360 kilometer barat daya dari Shanghai. Pada tahun 1959, kerajaan China ingin membina empangan dan stesen janakuasa elektrik hidro di kawasan itu. Selepas memindahkan 300,000 penduduk dipindahkan, bandar itu mengalami banjir yang teruk sehingga tenggelam sedalam 161 kilometer dan terus dilupakan.

atlantis timur shicheng bandar tenggelam

Pada tahun 2001, seorang pegawai pelancongan menyarankan agar menggunakan bandar itu sebagai salah satu tarikan pelancong yang minat menyelam. Shicheng kemudian mendapat gelaran "Atlantis Timur" dan menjadi semakin popular setelah gambar bandar itu dalam air disebarkan sejak tahun 2011.

atlantis timur shicheng bandar tenggelam 2

#2 Pyramiden, Norway

Berlokasi di kepulauan antara Norway dan Kutub Utara, Pyramiden merupakan sebuah bandar paling utara di muka Bumi yang boleh anda lawati.

Pada tahun 1936, kerajaan Soviet dibenarkan menggunakan lombong arang batu berbentuk piramid di situ dan membina sebuah bandar selepas Perang Dunia Kedua. Bandar itu mempunyai segala-galanya daripada hospital, kafe, asrama, kolam renang sehinggalah tanah perkuburan bagi penduduk dan juga kucing.

pyramiden norway bandar sunyi sepi

Kemuncak populariti bandar ini ialah sekitar 1980-an apabila jumlah penduduk melebihi 1,000 orang. Namun lombong itu tidak menguntungkan dan mula merudum selepas kejatuhan pihak Soviet pada tahun 1991. 300 manusia terakhir di situ dipindahkan pada tahun 1998 dan sehingga kini bandar Pyramiden terus tidak berpenghuni.

pyramiden norway bandar sunyi sepi 2

Walau bagaimanapun, bandar ini dibuka kepada pelancong untuk dilawati. Namun harus diingatkan, beruang kutub juga adakalanya membuat lawatan ke sana. Pelancong yang ingin bermalam disarankan membawa senapang sebagai langkah keselamatan.

#3 Pripyat, Ukraine

Jika anda mengetahui sejarah bencana Loji Nuklear Chernobyl, anda pasti pernah mendengar nama bandar Pripyat ini. Ia merupakan bandar yang paling teruk terkesan akibat letusan Reaktor No. 4 pada tahun 1986 kerana ia terletak paling hampir dengan loji itu.

pripyat ukraine bandar tinggalan letusan loji nuklear chernobyl 2

Semasa letusan berlaku, 50,000 penduduk bandar dipaksa berpindah. Kepulan partikel radioaktif memenuhi udara, mengakibatkan bandar tidak selamat diduduki. Sehingga ke hari ini bandar itu masih lagi tercemar.

pripyat ukraine bandar tinggalan letusan loji nuklear chernobyl

Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan bandar yang telah turun ke paras selamat daripada radioaktif telah dibuka semula sebagai tempat tarikan pelancong lengkap dengan lawatan berpandu dan hotel untuk bermalam.

#4 Plymouth, Montserrat

Gunung berapi Bukit Soufrière di Montserrat yang terletak di kepulauan Caribbean ini telah aktif semula pada tahun 1995. Sejak itu, ia telah mengeluarkan kepulan asap dan lava yang menyebabkan kerajaan British memindahkan penduduk bandar ke England kerana khuatir dengan letusan yang lebih besar.

plymouth montserrat

Pemindahan penduduk itu merupakan suatu langkah bijak kerana pada tahun 1997, satu letusan berlaku menyebabkan bandar itu dilitupi abu setebal 9-12 meter. 19 orang penduduk mati dalam letupan gunung berapi tersebut.

plymouth montserrat dilitupi abu gunung berapi bangunan tenggelam 173

Sehingga ke hari ini bandar Plymouth ini masih tidak selamat untuk diduduki. Pelawat tidak dibenarkan berkunjung dengan berjalan kaki ke sana kerana aktiviti gunung berapi yang berterusan. Anda hanya dibenarkan melihat kawasan sekitar dengan menaiki bot.

#5 Kolmanskop, Namibia

Apabila seorang pekerja landasan kereta api bernama Zacherias Lewala terjumpa berlian di barat daya Namibia pada tahun 1908, nama bandar Kolmanskop melonjak naik. Ia terus menjadi bandar untuk melombong berlian dan mempunyai penduduk seramai 1,300 orang dari Jerman dan Namibia. Dalam enam tahun pertama aktiviti perlombongan, sejumlah 5 juta karat berlian telah dijumpai.

kolmanskop namibia bandar tinggalan sunyi tidak berpenghuni 2

Bangunan di bandar ini mempunyai pengaruh seni bina Jerman. Malah, dikatakan bangunan pertama yang didirikan di sini merupakan pub dan tempat bermain skittle yang merupakan salah satu rekreasi kegemaran orang Jerman.

Setelah berlian semakin berkurang dan tapak baru yang lebih kaya dengan batuan berharga itu dijumpai 270 kilometer dari lokasi ini, penduduk mula meninggalkan bandar. Keluarga terakhir yang menetap di situ berpindah pada tahun 1956.

kolmanskop namibia bandar tinggalan sunyi tidak berpenghuni

Kini, para pelancong boleh menyertai tour selama satu jam untuk melihat sendiri runtuhan dan tinggalan binaan yang terdapat di sini.

Kat Malaysia ada tak bandar yang ditinggalkan seperti ini?


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)