Firma teknologi KISI yang memfokuskan kepada pembinaan sistem pekerjaan pintar, telah pun mengeluarkan satu laporan kajian untuk tahun 2019.

Kajian melibatkan beberapa puluh negara merangkumi aspek taraf hidup golongan pekerja, mengambil kira waktu bekerja serta kekerapan pekerjaan sebagai faktor penentu utama.

Dengan menggunakan maklumbalas daripada 40 buah bandar yang menjadi tarikan utama golongan profesional, laporan membolehkan kita memahami keperluan kelompok pekerja yang boleh ditambahbaik dengan teknologi. Kuala Lumpur terpilih sebagai salah sebuah bandar yang dijadikan kajian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apakah hasil laporan ini?

Di bandar mana pekerja paling keras dikerah?

shibuya crossing tokyo

Indeks keseimbangan 'masa kerja:masa di rumah' dibangunkan KISI mengambil kira beberapa elemen penting: 

Antara elemen yang diukur dalam kajian adalah waktu pekerja hadir di pejabat, jumlah jam di pejabat setiap hari dan minggu, jumlah hari cuti yang diberi dan ditawarkan, kadar pengangguran, cuti khas untuk urusan keluarga seperti cuti bersalin atau cuti menjaga anak dan juga jumlah waktu yang diperlukan untuk ke tempat kerja.

Bandar Tokyo di Jepun menduduki tempat terakhir apabila diukur tahap kekerasan bekerja, berbanding 39 bandar lain dengan skor 100.

Semakin tinggi markah, semakin kurang kualitinya.

Tempat kedua terakhir adalah jiran terdekat kita Singapura, dengan 95.4. Washington DC, ibu negara Amerika Syarikat menduduki tempat ketiga terakhir 93.4 diikuti rapat oleh ibu negara yang kita sayangi, Kuala Lumpur dengan 93.3.

Menutup kedudukan lima tercorot adalah bandar Houston, Amerika Syarikat yang mendapat skor 91.3.

Bandar Munich di Jerman adalah bandar paling kurang tekanan pada golongan pekerja dengan skor 44.3, Helsinki di Finland 46.7, Hamburg di Jerman 47.4, Oslo di Norway dengan skor 50.1 dan Berlin di Jerman dengan skor 50.9.

Bandar mana menawarkan khidmat sosial yang baik?

norway jaga hak pekerja

Berdasarkan beberapa faktor sosial seperti purata pendapatan, kemudahan kesihatan serta kesaksamaan jantina; Oslo di Norway dinobatkan sebagai bandar paling mesra pekerja dengan skor lengkap 100 dalam penyediaan jaringan sosial yang melindungi kebajikan pekerja.

Paris menduduki tempat kedua dengan skor 97.5 diikuti Helnsinki dengan skor 97.2, Zurich di Switzerland dengan skor 96 dan Stockholm di Sweden menduduki tempat kelima, dengan skor 94.7.

Malangnya - Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai bandar paling teruk dari segi sistem sosialnya dengan skor 42.4; jauh ketinggalan berbanding bandar kedua paling teruk iaitu Sao Paolo di Brazil dengan skor 65.9.

Hong Kong menduduki tempat ketiga tercorot dengan skor 69, Singapura ke empat tercorot 70.5 dan Budapest 72.3.

Salah satu faktor yang kami andaikan menyebabkan Kuala Lumpur jauh ketinggalan berbanding bandar-bandar lain dalam kategori ini adalah disebabkan undang-undang kita yang tidak mengiktiraf kewujudan pekerja LGBT.

Bagaimanapun, Singapura juga sebenarnya mirip dengan kita dalam isu tersebut jadi kemungkinan faktor gaji yang ditawarkan secara puratanya rendah, menyebabkan Kuala Lumpur tercorot dalam kategori ini.

Terbaik dari segi rekaan kesejahteraan bandar

kuala lumpur bandar pekerja tertekan

Dengan mengambil faktor keselamatan, kegembiraan, kemurungan, perancangan bandar, pencemaran, kesihatan dan juga gaya hidup, KISI berjaya membandingkan bandar mana yang terbaik untuk didiami daripada aspek kesejahteraan bandar.

Tidak banyak bezanya bandar-bandar terbaik bagi kumpulan pekerja - dengan Zurich di Switzerland menduduki tempat pertama, Helsinki kedua, Munich ketiga, Stockholm ke empat dan Oslo menduduki tempat kelima.

Apa yang menarik untuk diperkatakan, Singapura yang sebelum ini antara bandar paling teruk dalam kedua aspek keseimbangan masa dan sistem sosial - menduduki tangga ke 10 terbaik daripada segi fasiliti. 

Ini menunjukkan bahawa kerajaan Singapura telah berjaya membangunkan infrastruktur yang baik tetapi gagal membawa budaya kerja yang lebih seimbang dalam masyarakat mereka.

Di mana Kuala Lumpur?

Ibu negara kita sekali lagi menduduki tempat tercorot dari segi fasiliti masyarakat, diikuti Sao Paulo di Brazil, Buenos Aires di Argentina, Cleveland di Amerika Syarikat dan bandar Milan di Itali.

Hanya dua bandar iaitu Kuala Lumpur dan Sao Paulo mendapat skor bawah 70 dalam indeks kesejahteraan bandar.

Lima bandar terbaik dan terburuk secara purata

golongan pekerja di malaysia

Di manakah bandar terbaik yang boleh dikatakan lengkap serba-serbi, untuk seseorang pekerja mempunyai masa bekerja seimbang dengan masa untuk diluangkan di rumah?

Bandar Helsinki di Finland menduduki tempat pertama secara keseluruhan, dinobatkan bandar terbaik bagi golongan pekerja.

Bandar Munich di Jerman berada di tempat kedua, Oslo, Norwat ketiga, Hamburg, Jerman keempat dan Stockholm di Sweden kelima.

Walaupun Kuala Lumpur menduduki tempat tercorot dua kategori, Tokyo di Jepun secara puratanya diletakkan sebagai bandar paling teruk memerah golongan pekerja.

Tokyo diikuti Singapura, Washington DC, seterusnya Kuala Lumpur dan yang terakhir bandar Houston.

TerbaikPaling teruk
1HelsinkiTokyo
2Munich Singapura
3OsloWashington DC
4HamburgKuala Lumpur
5StockholmHouston

Berdasarkan perbandingan dan indeks yang telah dilaporkan, jelaslah masih banyak lagi ruang dan perancangan yang perlu dilakukan oleh kerajaan kita.

Khasnya kumpulan individu yang terlibat dalam menyelia perancangan bandar bagi memastikan kebajikan golongan pekerja tidak terabai.

Kita tidak mahu terlalu ramai ahli masyarakat kita berasa tertekan, dek kerja yang tak putus-putus tanpa imbuhan yang memadai.

Rujukan

Cities for the Best Work-Life Balance 2019




Hakcipta iluminasi.com (2017)