Pemandangan Afghanistan sekitar tahun 1960an yang tenang melakarkan gambaran yang sangat berbeza berbanding keadaan semasa hari ini, yang dipenuhi dengan pancaroba penderitaan dek kerana peperangan. Pada tahun 1967, seorang profesor Arizona State University yang bernama Dr. Bill Podlich bersama keluarganya telah mengembara ke Kabul, Afghanistan.

Selepas berkhidmat dalam Perang Dunia ke-2, Podlich ingin mengambil bahagian dalam misi keamanan, dan atas sebab inilah, beliau bekerjasama dengan UNESCO bagi bekerja selama 2 tahun di Higher Teachers College of Kabul, Afghanistan. Beliau berpindah ke sana bersama 2 orang anaknya iaitu Jan dan Peg, serta isteri tercinta Margaret. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketika waktu lapangnya di negara tersebut, Podlich akan meluangkan masa melakukan hobi yang diminatinya, menangkap gambar. Menggunakan filem Kodachrome, beliau berjaya menangkap dan menghasilkan gambar-gambar pemandangan semulajadi dan bandar di Afghanistan yang tenang dan moden, sangat berbeza dengan keadaan hari ini yang dipenuhi dengan peperangan proksi antara kuasa-kuasa besar dunia. 

Atas sebab inilah, pada pandangan Peg Podlich, gambar-gambar bapanya itu menjadi sangat penting. Kata beliau, kesemua gambar tersebut berupaya menggalakkan orang ramai untuk melihat keadaan Afghanistan dan masyarakatnya daripada pandangan beberapa dekad sebelumnya, dan bagaimana ianya boleh dicapai semula suatu hari nanti.

Lihatlah gambar-gambar di bawah ini yang menunjukkan bahawa Afghanistan dahulunya telah berjaya mencapai kemodenan pada suatu tahap, sebelum ianya dihancurkan oleh tangan kuasa-kuasa asing yang rakus dan tamakkan sumber asli semula jadi Afghanistan. 

Gambar Afghanistan Sekitar Tahun 1960an

ped podlich ketika ketibaannya di kabul afghanistan

Ped Podlich ketika ketibaannya di kabul afghanistan.

bus yang dinaiki keluarga podlich

Bas yang dinaiki oleh keluarga Podlich berhenti di sebuah destinasi yang dikenali sebagai 'the Khyber Pass'. 

guru di highers teachers college

Imej memaparkan antara guru-guru yang berkhidmat menyampaikan ilmu di Highers Teacher College di Kabul, Afghanistan. 

anak gadis afghan pulang dari sekolah

Anak-anak gadis Afghan sedang dalam perjalan pulang ke rumah setelah tamatnya waktu persekolahan. Kedua-dua lelaki dan perempuan akan diberikan pendidikan dari sekolah rendah hingga tamat sekolah menengah sebelum melanjutkan pengajian ke universiti. 

stesen minyak di kabul

Imej di atas memaparkan salah sebuah stesen minyak di Kabul. Afghanistan yang kaya dengan sumber minyak pasti mempunyai subsidi bahan asli yang tinggi, memberi manfaat kepada sebahagian besar rakyatnya. 

terowong salang di afghanistan

Terowong yang dibina oleh Soviet ini dikenali sebagai Salang Tunnel, menghubungkan daerah utara dan selatan Afghanistan.

king s hill di afghanistan

King's Hill di Paghman Gardens, dibina berikutan pengembaraan Amanullah Khan (Raja Afghanistan) ke Eropah, India dan Iran. Daerah Paghman kemudiannya berkembang menjadi destinasi percutian dengan bertambahnya binaan seperti chalet, villa dan taman-taman. 

dua orang lelaki afghan berjalan

Dua orang lelaki tempatan sedang berjalan pulang di sebuah kawasan dengan panorama yang indah. 

kaki bukit yang berpenghuni di kabul

Sebuah kawasan penempatan di kaki bukit di Kabul, Afghanistan. 

seorang lelaki afghan sedang menyediakan makanan

Seorang lelaki Afghan sedang menyediakan jilabee, sejenis pencuci mulut yang manis. 

lembah bamiyan afghanistan

Bamiyan Valley di Afghanistan menjadi penempatan buat golongan sami Buddha, serta turut menempatkan bangunan-bangunan islamik. 

kanak kanak bersiar di bandar kabul

Beberapa orang kanak-kanak sedang bersiar-siar di sekitar jalan-jalan di bandar Kabul.

kelas kimia di dalam bilik darjah

Kelas kimia diadakan di dalam sebuah bilik darjah yang diperbuat daripada dinding lumpur. 

tempat letak kereta di sekolah antarabangsa di kabul 303

Kawasan meletak kereta di American International School of Kabul. 

masjid shah do shamshira

Masjid Shah-Do Shamshira yang dibina pada awal abad ke-20 ketika Afghanistan berada di bawah pemerintahan Amanullah Khan. 

pekerja membaiki jalan di afghanistan

Beberapa orang pekerja sedang membaiki jalan raya di Kabul, Afghanistan. 

perarakan tentera afghan di kabul

Tentera mengadakan perarakan di bandar Kabul, Afghanistan. 

band ketetenteraan afghanistan

Imej memaparkan sebuah kumpulan band ketenteraan Afghanistan. 

sekolah tempat dr podlich mengajar

Sekumpulan pelajar sedang peka mendengar kuliah di Higher Teachers College of Kabul tempat Dr. Podlich mengajar selama 2 tahun bersama UNESCO. 

kanak kanak sedang bermain di padang permainan

Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di padang permainan sambil diperhatikan oleh ibu-bapa guru-guru yang bertugas.

kelas di american international school of kabul

Sebuah kelas bahasa Inggeris peringkat tinggi di American International School of Kabul. 

jan podlich sedang membeli belah

Jan Podlick sedang membeli belah ketika berada di Istalif. 

kanak kanak lelaki afghan sedang menghiasi kek

Seorang kanak-kanak lelaki Afghan sedang menghiasi kek. 

bermandi manda di sungai kabul

Kanak-kanak dan orang dewasa sedang bermandi manda di Sungai Kabul. 

pemandangan di istalif

Beberapa orang lelaki sedang menikmati pemandangan Istalif dari pergunungan. Istalif adalah pusat pembuatan tembikar yang berusia lebih daripada seratus tahun. 

ukiran patung buddha di lembah bamiyan

Sebuah ukiran patung Buddha di Bamiyan Valley. Pada tahun 2001, Taliban telah menghancurkan dua daripada patung yang paling besar di lembah itu. 

dr bill podlich di kaki gunung di kabul

Dr. Bill Podlich sedang bersiar-siar di sebuah dataran di kawasan pergunungan di Kabul. 

peg podlich di dalam sebuah bas mini

Peg Podlich di dalam bas mini ketika dalam perjalanan dari Kabul ke Peshawar, Pakistan. 

sekumpulan lelaki afghan sedang berkelah

Sekumpulan lelaki Afghan sedang berkelah di suatu lokasi yang tidak diketahui. 

Kesimpulan

Sudah pasti imej-imej di atas memberikan gambaran berbeza kepada anda tentang keadaan negara Afghanistan sebelum tercetusnya perang di Afghanistan. Peperangan menyebabkan kehancuran dan penderitaan, dan tiada siapapun yang memilih untuk dilahirkan di medan perang. Semoga suatu hari nanti Afghanistan akan kembali aman, membina negara mereka ke arah pemodenan yang pesat. Tidak mustahil sama sekali. 

Gambar Tambahan di Afghanistan

jalan sibuk di kabul afghanistan november 1961

bangunan kilang kabul times di kabul 1966

seni bina di kabul afghanistan 1968

pemandangan di sebatang jalan di kabul afghanistan november 1961

sebuah pasar di kabul afghanistan mei 1964

lawatan presiden eisenhower ke kabul afghanistan disember 1959

penduduk afghanistan disember 1959

presiden eisenhower tiba di kabul pada disember 1959

tentera udara afghanistan pada disember 1959

kedai buah dan kacang di kabul afghanistan november 1961

kanak kanak di kabul street november 1961

kabul street mei 1964

lelaki dan wanita afghan memakai pakaian tradisional november 1959

pekerja afghan memeriksa trak di kilang

pemandanan di kabul november 1966

sebuah taman di kabul mei 1968

lebuhraya kabul herat afghanistan

bangunan kementerian kewangan pada jun 1966

kilang kabul times jun 1966

istana raja amanullah khan di kabul oktober 1949

pemandangan panorama di kabul ogos 1969

vendor menjual buah dan kacang di pasar kabul november 1961

kabul afghanistan 1951

sebuah masjid yang baru dibina kabul november 1961

sebatang jalan di kabul afghanistan

Sumber:

  1. theatlantic.com
  2. allthatsinteresting.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)