Oleh pada 27 May 2018 kategori

The Great Pyramid of Giza, atau lebih dikenali sebagai Piramid Giza adalah sebuah 'karya' agung purba yang sangat misteri. Ianya dibina dengan ketepatan yang sangat terperinci, dan teknologi masa kini masih tidak mampu menandingi pencapaian tamadun Mesir Purba tersebut. Menurut analisis sejarah, Piramid Giza telah dibina antara tahun 2580 BC hingga 2560 BC, oleh dinasti ke-4 empayar Mesir. Terdapat banyak fakta menarik tentang piramid ini yang ramai tidak tahu. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

blok batuan piramid

1. Piramid Giza dianggarkan mempunyai sekitar 2,300,000 (2.3 juta) blok batu, yang kebanyakan daripadanya mempunyai berat antara 2 hingga 30 ton (1 ton = 1,000 kilogram), dan terdapat juga sesetengah blok batu yang mempunyai berat melebihi 50 ton. 

2. Piramid Menkaure, Piramid Khafre dan Piramid Giza berada pada kedudukan sejajar dengan Buruj Orion. 

3. Tapak piramid ini meliputi kawasan seluas 55,000 meter persegi dengan setiap sisi melebihi 20,000 meter persegi.

4. Suhu dalaman Piramid Giza adalah sangat stabil, dan bersamaan dengan purata suhu Bumi, iaitu 20 darjah Celcius.

5. Bahagian permukaan luar piramid terdiri daripada 144,000 batu kapur, kesemuanya telah digilap rata pada ketepatan yang sangat tinggi, dan setiap daripadanya mempunyai ketebalan 100 inci, dan seberat 15 ton. 

permukaan luar piramid batu kapur

6. Batu penjuru asas piramid ini dilengkapi dengan binaan bola dan soket bagi menghadapi pengembangan disebabkan haba, dan menghadapi sebarang bencana alam, terutamanya gempa bumi. 

7. Tidak diketahui kandungan batu binaan berasal daripada mana. Ianya telah dianalisis, dan komposisi kimianya telah diketahui, namun ianya tidak berjaya dihasilkan semula menggunakan teknologi moden. Yang pasti, ianya lebih kuat daripada batu, dan kekal hingga hari ini. 

8. Kedudukan Piramid Giza menghadap utara Bumi (bukan utara kompas) dengan perbezaan kedudukan darjah yang sangat kecil. Disebabkan pergerakan Kutub Utara dari semasa ke semasa, piramid ini pernah secara tepat berada pada kedudukan selari dengan kutub tersebut. 

kedudukan piramid giza di pusat bumi

9. Kedudukan Piramid Giza juga terletak di tengah-tengah Pusat Jisim Bumi. Ini bermaksud, dua garisan tengah bumi yang berserenjang (perpendicular) dari utara ke selatan dan timur ke barat bertemu di suatu lokasi terletaknya Piramid Giza. 

10. Piramid Giza adalah satu-satunya piramid Mesir yang dibina dengan permukaan berbentuk cengkung (concave), di mana yang lainya mempunyai permukaan yang rata. 

11. Bahagian tengah daripada 4 sisi permukaan telah dibina dengan darjah ketepatan yang sangat menakjubkan, membentuk Piramid Giza menjadi satu-satunya piramid yang mempunyai 8 permukaan. Kesan ini tidak dapat dilihat daripada kedudukan di bumi mahupun daripada atas. Ianya hanya dapat dilihat di bawah pencahayaan tertentu. 

Fenomena ini hanya dapat dilihat daripad atas pada ketika terbit dan tenggelam matahari ketika ekuinoks musim bunga dan musim luruh. 

12. Peti granit yang ditemui di dalam 'King's Chamber' mempunyai saiz yang sangat besar, dan ianya tidak muat untuk dibawa masuk setelah pembinaan siap. Jadi, para pengkaji sejarah berpendapat bahawa peti tersebut telah diletakkan ketika pembinaan sedang dijalankan. 

pintu piramid giza

13. Piramid Giza mempunyai pintu pusingan (swivel door) seperti yang terdapat di hotel-hotel, namun sudah tentu diperbuat daripada batu. Pintu seperti ini hanya terdapat di dua buah piramid lain, iaitu piramid binaan Sneferu dan Huni. 

14. Pintu pusingan ini mempunyai berat 20 ton, dan ianya sangat seimbang di mana  hanya memerlukan daya yang minimum untuk dibuka daripada dalam. Namun apabila ditutup, piramid ini dilihat seolah-olah tidak mempunyai pintu kerana ketepatan pintu ini menutup segala ruangan pembukaan pintu. 

15. Piramid Giza boleh dilihat daripada jarak sejauh gunung ganang di Palestin, dan daripada angkasa lepas. 

16. Berat Piramid Giza dianggarkan sekitar 5,955,000 ton. Sekiranya jumlah ini didarab dengan 10^8, kiraan yang diperolehi akan memberi anggaran jisim bumi yang  munasabah, iaitu 5.972 x 10^24 kilogram. 

17. Sebuah laluan di dalam piramid yang dikenali sebagai 'Descending Passage' mempunyai kedudukan yang menghadap bintang Alpha Draconis (Thuban), pada sekitar tahun 2170 - 2144 BC. Ini adalah Bintang Utara pada masa itu, satu-satunya bintang yang berada pada kedudukan sejajar dengan laluan Descending Passage

piramid giza di bawah bintang

18. Ruangan laluan di selatan King's Chamber di dalam piramid ini pernah sekitar tahun 2450 BC berada pada kedudukan yang selari dengan bintang Al Nitak (Zeta Orionis) di dalam buruj Orion. Buruj ini mempunyai kaitan dengan Tuhan Mesir pada ketika itu iaitu Osiris. Tidak ada bintang lain dalam sejarah yang pernah berada pada kedudukan sama selain daripada fenomena pada tahun berkenaan. 

19. Tahukah anda bahawa sekiranya ukur lilit peti granit di dalam piramid didarab dengan 2 x 10^8, jawapan yang diperoleh adalah bersamaan dengan radius purata Matahari.

20. Kelengkungan yang dibentuk pada permukaan piramid mempunyai nilai yang sepadan dengan radius bumi, namun pada kadar yang lebih kecil.

21. Piramid Giza, yang turut dikenali sebagai Piramid Khufu adalah satu-satunya struktur binaan manusia yang paling tua dan besar yang dapat dilihat sehingga kini. Dengan ketinggian 146 meter, piramid ini adalah struktur paling tinggi di dunia untuk tempoh 3,800 tahun. 

piramid giza dengan golden ratio

22. Hubungan antara Pi (π) dan Phi (φ - Golden Ratio) telah digunakan dalam kiraan pembinaan Piramid Giza ini. 

Rujukan:

  1. ancient-code.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)