Apabila muncul sahaja perkataan "piramid", kita pastinya terbayangkan piramid Giza di Mesir yang cukup popular dan merupakan salah satu 7 keajaiban dunia zaman kuno. Namun, "piramid" sebenarnya merupakan satu jenis bentuk (sama seperti bulat, kiub, kon) dan tidak terhad kepada binaan piramid Giza sahaja.

Di seluruh dunia sebenarnya terdapat banyak lagi binaan brbentuk piramid yang wujud, setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan. Di Malaysia, mungkin pusat belah-belah Sunway Pyramid sahaja merupakan satu-satunya bangunan yang berbentuk piramid.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, kami ingin berkongsi pula dengan pembaca Iluminasi senarai 7 piramid terbesar dari seluruh dunia. 

7. Piramid Matahari, Mexico

piramid matahari 813

Salah satu piramid yang misteri dan merupakan struktur binaan terbesar jenisnya di Hemisfera Barat, Piramid Matahari dibina di kota kuno Teotihuacan. Ia dipercayai dibina sekitar tahun 200 Masihi. Ditemui di sepanjang Avenue of the Dead di antara Piramid Bulan dan Ciudadela. Terletat di bawah Cerro Gordo, piramid ini adalah sebahagian dari kompleks besar di tengah kota.

Piramid Matahari dan binaan Piramid Bulan berdekatan dengannya dianggap tempat suci yang dibina untuk menghormati kelahiran dewa-dewa matahari dan bulan. Bandar Teotihuacan dikatakan sebagai kota pertama di Mesoamerica dan pernah menjadi tempat tinggal bagi lebih daripada 100,000 orang.

6. Makam Qin Shi Huang

makam qin shi huang 560

Makam yang mengagumkan ini adalah tempat istirahat maharaja berdaulat pertama China, Qin Shi Huang. Qin Shi Huang adalah maharaja pertama China setelah wilayahnya disatukan dan membina mercu tanda terkenal seperti Tembok Besar China dan Terusan Lingqu. Ianya dibina sekitar 246-208 SM.

Makamnya ini berisi sekitar patung 8000 askar terakota bersama ratusan patung lain seperti kuda dan kereta kuda yang dipercayai untuk menjaganya di hidupan selepas kematian. Sesetengah pihak menganggap Makam Qin Shi Huang yang luar biasa dan tentera terakota ini sebagai "keajaiban dunia yang kelapan".

5. Piramid Melengkung

the bent pyramid

Piramid pertama yang dibina di nekropolis Dahshur, Piramida Bent mempunyai penampilan yang khas dan unik. Piramid ini dibina sekitar 2600 SM. Ketika piramid milik Firaun Sneferu ini mencapai ketinggian tertentu pada kecondongan 54 darjah, struktur ini kononnya akan runtuh di bawah beratnya sendiri. 

Sudut piramid kemudian diubah untuk membolehkan piramid ini berjaya disiapkan dan selamat. Piramid ini dikatakan sebagai struktur terbaik yang masih terpelihara di Dahshur Necropolis dan mengekalkan lebih banyak bahagian luarnya yang asli dan licin daripada piramid lain.

4. Piramid Merah

piramid merah

Piramid yang menjulang tinggi ini dibina oleh Firaun Sneferu, bapa Firaun Khufu, dan merupakan piramid kedua Sneferu. Pembinaan Piramid Merah dikatakan telah bermula setelah kekecewaan Firaun Sneferu dengan hasil akhir Piramid Bent, dan sudut kedua-dua piramid yang hampir sama sepertinya menyokong teori ini.

Sudut Piramid Merah ialah 43 darjah, yang sepadan dengan sudut yang diperbetulkan di bahagian atas Piramid Bent. Piramid ini dibina pada sekitar tahun 2613-2589 SM.

3. The Luxor Las Vegas 

the luxor las vegas

Walaupun piramid biasa dikaitkan dengan struktur-struktur bersejarah dan bukannya pusat peranginan moden, reka bentuk piramid telah menjadi ilham bagi sebuah mercu tanda Las Vegas dan hotel mewah yang dikenali sebagai The Luxor. 

Hotel kaca berbentuk piramid ini berharga $ 375 juta untuk dibina dan merupakan bangunan tertinggi di Las Vegas  ketika dibuka. Rekaan bangunan ini diilhamkan daripada Piramid Besar Giza dan berukuran sekitar tiga perempat dari ukurannya.

2. Piramid Khafre / Chephren

piramid khafre

Firaun Khafre mengikuti jejak ayahnya, Firaun Khufu dan membangunkan makamnya di sebelah Piramid Agung Khufu sebagai sebahagian daripada kompleks Piramid Giza Necropolis. Beberapa ruang pengebumian jauh di dalam piramid masih belum siap, dihubungkan dengan laluan yang diperbuat daripada granit dan alabaster.

Piramid Khafre mempunyai dua pintu masuk yang terpisah. Satu pintu berada di permukaan tanah dan yang lain terletak sekitar pada ketingnggian 38 kaki di sisi, namun kedua-dua pintu masuk berada di sisi utara piramid.

1. Piramid Khufu

piramid besar giza

Khufu, Piramid Besar Giza, adalah piramid terbesar di dunia mengikut ketinggian. Dibina untuk dijadikan makam Firaun Khufu di Mesir, piramid ini mungkin merupakan Piramid Giza yang paling terkenal. Ia juga yang tertua dari Tujuh Keajaiban Dunia dan satu-satunya yang masih berdiri.

Piramid Firaun Khufu adalah piramid Giza pertama yang dibina dan dianggarkan mengandungi 2.3 juta blok batu. Walaupun piramid yang mengagumkan ini pada awalnya mempunyai permukaan putih yang halus yang dibuat dari batu kapur, kerosakan akibat cuaca selama bertahun-tahun telah merosakkan permukaannya.

Kredit:

  1. National Geographic
  2. Historyplex
  3. Britannica Encyclopaedia
  4. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)