Penemuan bukti-bukti terbaru menjelaskan bahawa orang mesir Purba membina Great Pyramid di Giza dengan mengangkut 170,000 tan batu kapur menggunakan bot.

Sememangnya sudah lama diketahui bahawa batu-batu yang digunakan ini diekstrak dari Turah, lokasi yang terletak hampir 13 kilometer dari tapak pembinaan dan granit yang digunakan membina struktur monumental itu digali di Aswan, hampir 860 kilometer jaraknya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, ahli arkeologi tidak bersetuju dengan cara bahan-bahan ini diangkut ke Giza yang dikemukakan sebelum ini. Misteri yang selama ini menjadi tanda tanya kini hampir dibongkar dengan penemuan skrol papirus purba, bot istiadat dan rangkaian saluran air di kawasan berdekatan.

ahli arkeologi buktikan cara batu binaan piramid diangkut 3

Muzium Mesir di Cairo telah menyiarkan 6 daripada 30 papirus tertua di negara itu yang berusia lebih daripaada 4,5000 tahun dan ditemui pada tahun 2013.

Item itu dipercayai berasal dari Dinasti ke-4 Raja Khufu yang juga dikenali sebagai Cheops, yang mana Great Pyramid dibina sebagai makamnya. Penemuan papirus ini telah mendedahkan kehidupan harian pekerja pelabuhan yang mengangkut blok-blok batu kapur ke Cairo ketika zaman pemerintahan Raja Khufu.

Berdasarkan bukti yang dijumpai, beribu-ribu pekerja buruh telah mengangkut 170,000 tan batu kapur menggunakan bot kayu yang dibina daripada papan dan tali melalui Sungai Nil.

ahli arkeologi buktikan cara batu binaan piramid diangkut 5

ahli arkeologi buktikan cara batu binaan piramid diangkut 6

Setiap satu blok batu seberat 2.5 tan dibawa menyusuri sistem saluran yang dibina khas, sebelum tiba di pelabuhan darat yang dibina beberapa meter daripada pangkalan Great Piramid.

Ahli arkeologi, Mark Lehner juga menjumpai bukti laluan air di bawah dataran tinggi di mana letaknya piramid tersebut. Mark menjelaskan bahawa mereka telah menggariskan lembangan terusan pusat dan besar kemungkinan ia adalah kawasan penghantaran utama bahan-bahan pembinaan piramid ke dataran Giza.

ahli arkeologi buktikan cara batu binaan piramid diangkut 4 365

Antara salah satu papirus tersebut dimiliki oleh pekerja senior yang bernama Marr, berperanan sebagai pembinaan piramid selama 3 bulan bertugas. Papirus tersebut menunjukkan tugas-tugasnya, termasuklah mengangkut batu melalui Sungai Nil dan salurannya. 

Papirus yang lain menunjukkan pengedaran hidangan makanan kepada para pekerja, termasuklah satu yang menunjukkan jumlah kambing biri-biri yang dibawa masuk, dalam bahasa Hieroglif Mesir.

Dan satu lagi dokumen merupakan diari pegawai kerajaan bernama Merer yang menunjukkan statistik dan butiran pentadbiran mengenai kerjanya. Menurut sumber, Merer merupakan seorang penyelia yang mengawal 40 orang pekerja.

ahli arkeologi buktikan cara batu binaan piramid diangkut 2

Ia menunjukkan kerja-kerja harian krew-krewnya mengangkut blok batu kapur dari kuari di Turah hinggalah ke Piramid di Giza. Papirus tersebut menunjukkan sistem pentadbiran yang sangat efisyen ketika zaman pentadbiran Raja Khufu.

Dokumen-dokumen ini juga menyenarikan pendapatan daripada beberapa wilayah Mesir untuk membiayai makanan pekerja-pekerja pembinaan dan pembayaran gaji.

Pendapatan ditulis menggunakan dakwat merah manakala warna hitam digunakan untuk menulis gaji pekerja. 

Rujukan:

1. NY Post

2. Daily Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)