teori penciptaan piramid

Walaupun teknologi pada zaman sekarang jauh meninggalkan apa yang ada pada zaman dahulu, namun saintis-saintis masih diganggu oleh beberapa soalan mengenai zaman purba. Salah satu soalan yang paling membingungkan adalah bagaimana Mesir purba mengangkut dan memindahkan batu-batu yang tersangat besar yang digunakan dalam pembinaan piramid.

Batu-batu tersebut dianggarkan mempunyai berat 2,500 kilogram setiap satunya. Tanpa bantuan teknologi moden, pemindahan bahan sebesar dan seberat itu merupakan sesuatu yang sangat menakjubkan yang sukar untuk dipercayai.

ini teori saintis tentang cara pembinaan piramid 2

ini teori saintis tentang cara pembinaan piramid 5

Sebagai contoh, lihat pada piramid di Giza, yang dianggarkan berusia 4,500 tahun. Ianya dibina menggunakan lebih daripada 2.4 juta ketulan batu kapur. Beberapa individu telah mencadangkan teori-teori yang berlainan mengenai cara tugasan ini dilakukan.

Malah, ada yang berpendapat bahawa ia dihasilkan dengan bantuan makhluk asing, yang mana kita menolak habis-habisan akan teori ini. Dan kini, saintis-saintis telah mendedahkan satu hipotesis baru.

Dan jawapan yang diberikan oleh saintis-saintis tersebut adalah sangat mudah dan ringkas, iaitu menggunakan batang berbentuk bulat seperti dalam gambar di bawah.

ini teori saintis tentang cara pembinaan piramid 3

Gambar ini mungkin kelihatan seperti tak masuk akal, namun ia mungkin digunakan untuk menyelesaikan masalah besar yang dihadapi oleh orang zaman purba ketika membina piramid.

Masalah paling besar yang perlu diatasi adalah mengurangkan jumlah geseran. Untuk mengangkut bahan, orang zaman purba akan menggunakan kereta luncur yang besar. Ia membolehkan individu untuk mengembara jarak jauh melintasi padang pasir dengan muatan yang besar.

Namun, jika anda cuba untuk mengangkut sesuatu yang tersangat berat, seberat ketulan batu yang digunakan untuk membina piramid, kereta luncur tersebut akan tenggelam ke dalam pasir.

ini teori saintis tentang cara pembinaan piramid 4

Salah satu daripada hipotesis paling lama yang pernah difikirkan berkenaan pembinaan piramid menegaskan bahawa rod atau tiang berbentuk bulat diletakkan di bahagian hadapan blok batu. Apabila blok batu ditarik ke hadapan, rod di bahagian belakang akan diangkat dan dipindahkan ke hadapan.

Namun jika ia benar, mengangkut dan memindahkan rod-rod tersebut secara berterusan akan memakan masa yang sangat lama dan tidak efisyen. Malah, tekanan yang tinggi ditampung oleh setiap rod akan membuatkannya retak dan patah.

Dan mengikut anggaran semasa, para penyelidik mencadangkan bahawa para pekerja hanya mampu mengangkut 40 blok batu sahaja setiap hari menggunakan teknik ini.

Namun menurut ahli fizik dari Universiti Indiana, Joseph West dan pasukannya, dengan memasang apa yang dikenali sebagai "bulatan rocker" seperti dalam gambar di atas, orang Mesir purba mampu mengubah blok berbentuk segi empat kepada dodekagon yang mempunyai 12 sisi.

ini teori saintis tentang cara pembinaan piramid 6

Dengan ini, ia memudahkan blok-blok batu ini untuk sampai ke destinasi. Kajian yang dijalankan oleh saintis-saintis ini menerangkan:

"Kaedah baru untuk memindahkan blok batu besar telah dibentangkan. Kaedah ini melibatkan penggunaan kayu rod yang dipasang secara luaran ke blok batu untuk memudahkan penggulingan blok dan bukannya meluncurkannya. Dengan memasang 12 rod kayu yang sama ke permukaan blok, blok segi empat akan menjadi prisma dodekagon dengan sedikit jisim tambahan, tekanan pada tanah yang lebih rendah dengan mobiliti yang lebih baik

Namun, krew-krew yang melalukan kerja ini harus berjalan dua kali jarak ketika mengangkut batu-batu ini. Dan dengan ini, beberapa variasi teknik menggulingkan batu kini dianggap sebagai cara terbaik dan kemungkinan besar merupakan kaedah sebenar yang digunakan oleh orang Mesir purba dalam memindahkan batu piramid ini"

Menurut pengiraan mereka dan berdasarkan maklumat eksperimental yaang diperoleh daripada menguji hipotesis mereka, sekumpulan pekerja terdiri daripada 50 orang diperlukan untuk memindahkan satu blok batu seberat 2,500 kilogram dengan kelajuan 0.5 meter sesaat, bersamaan dengan 1.8 kilometer sejam.

Dan sudah tentu, kita tak akan mungkin pernah mendapat jawapan sebenar tentang bagaimana piramid dibina, namun teori ini mungkin membawa kita lebih dekat kepada jawapan yang dicari-cari selama ini. 

 

Rujukan:

1. Futurisma


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)