Oleh pada 03 Jul 2017 kategori

Kucing merupakan haiwan yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian manusia. Haiwan berbulu yang berkaki empat ini merupakan haiwan yang comel dan sering mencuit hati dengan telatah dan karenah yang dipamerkannya. Berikut merupakan perkara-perkara yang anda perlu tahu tentang kucing.

1. Mata kucing membawa maksud yang tersendiri

mata kucing

Kucing merupakan haiwan yang memiliki mata yang unik dan ia memberikan maksud yang tersendiri dalam keadaan yang tertentu. Anak mata kucing akan berubah bentuk atau saiz ketika ia berada dalam keadaan tertentu seperti sedang melihat mangsanya ataupun ketika melihat wajah tuannya.

2. Kucing tertua di dunia berusia 26 tahun

corduroy

Menurut Guinness World Records , kucing berusia 26 tahun bernama Corduroy merupakan kucing domestik yang tertua di dunia yang masih hidup. Namun, mengikut rekod, kucing tertua yang pernah wujud merupakan seekor kucing yang bernama Creme Puff dan kucing tersebut berusia 38 tahun 3 hari.

3. Kucing memburu lebih baik daripada anjing

kucing memburu

Mengikut satu kajian, kucing merupakan haiwan pemburu yang lebih baik berbanding anjing. Kucing memiliki keupayaan survival yang tinggi dan mampu untuk hidup lebih lama di kawasan hutan liar berbanding anjing.

4. Cara membelai kucing dengan betul

kucing suka disentuh di bahagian wajah

Menurut penyelidik dari Universiti Lincoln, kucing suka disetuh di bahagian muka mereka, terutamanya di bahagian dagu, bawah dagu, pipi dan kepalanya. Manakala tempat yang paling tidak disukai kucing untuk disentuh adalah di bahagian ekornya, kerana ia merupakan kawasan yang akan menyebabkan kucing berasa tidak selesa sekiranya disentuh.

5. Lelaki yang sukakan kucing lebih menarik di mata wanita

lelaki dan kucing

lelaki yang memelihara dan menyayangi kucing merupakan lelaki yang lebih menarik bagi seorang wanita. Hal ini merujuk kepada kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik haiwan peliharaan Dr. Jun McNicholas, wanita melaporkan bahawa mereka lebih tertarik kepada lelaki yang sukakan haiwan. 

Sumber rujukan :

petcha

thespruce


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)