Seperti yang anda diketahui, perceraian perkahwinan boleh menelan kos yang banyak. Kos-kos ini biasanya merangkumi pembayaran nafkah, pembahagian harta, yuran peguam atau perundangan.
Namun, terdapat juga perceraian yang melibatkan jumlah yang begitu besar terutamanya jika ia melibatkan pasangan berprofil tinggi seperti ahli perniagaan atau selebriti. Berikut adalah senarai perceraian paling mahal di dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
11. Craig dan Wendy McCaw - RM 1.924 billion
Ahli perniagaan dari Seattle, Amerika Syarikat, ini adalah pengasas McCaw Cellular. Craig McCaw telah berkahwin engan isterinya, Wendy Petrak, pada tahun 1974.
Pasangan itu kemudian bercerai pada tahun 1998, hanya beberapa tahun Craig menjual syarikatnya kepada syarikat telco terbesar Amerika Syarikat iaitu AT&T dengan harga sekitar RM 50 billion. (sumber)
10. Dmitry dan Elena Rybolovlev - RM 2.527 billion
Adakah anda akan rasa gembira apabila perlu membayar RM 2.5 billion kepada bekas pasangan anda? Bagi seorang jutawan dari Rusia bernama Dmitry Rybolovlev, ia adalah berita baik apabila perlu membayar jumlah itu kepada bekas isterinya, Elena.
Dalam perbalahan perceraian yang berlanjutan dari 2008 sehingga 2015, mahkamah Switzerland pada mulanya mengarahkan Dmitry membayar pampasan sebanyak RM 18.8 billion kepada Elena. Selepas membuat rayuan, Dmitry hanya diarahkan membayar RM 2.5 billion sahaja tetapi Elena layak menyimpan dua chalet di Switzerland sebagai sebahagian perjanjian. (sumber)
9. Adnan dan Soraya Khashoggi - RM 3.656 billion
Selama hampir dua dekad lamanya, lelaki dari Arab Saudi ini memegang rekod pembahagian perceraian termahal dunia. Jutawan yang dimaksudkan ini ialah usahawan dan pengedar senjata bernama Adnan Khashoggi.
Adnan berkahwin dengan isterinya, Soraya, yang berusia 20 tahun pada tahun 1961. Pasangan itu memfailkan perceraian pada tahun 1974 tetapi Soraya hanya berjaya menuntut pampasan dari bekas suaminya pada tahun 1974. Pampasan itu merupakan wang tunai berjumlah RM 3.656 billion. (sumber)
8. Harold dan Sue Ann Hamm - RM 4.18 billion
Perceraian pasangan Hamm pada 2015 ini mungkin bukanlah perceraian termahal dunia tetapi ia melibatkan cek tunggal perceraian terbesar yang diketahui umum. Harold Hamm adalah seorang eksekutif minyak dan gas dari Oklahoma, Amerika Syarikat.
Dia telah menulis cek bernilai RM 4 billion kepada bekas isterinya pada 2014 bagi mengakhiri perbalahan mahkamah yang berlanjutan selama dua tahun. Apabila dicampurkan dengan pembayaran dan kos lain, jumlah itu mencecah sehingga RM 4.18 billion. (sumber)
7. Steve Wynn dan Elaine Pascal - RM 4.18 billion
Steve Wynn adalah Ketua Pegawai Eksekutif empayar kasino Wynn Resorts. Dia telah berkahwin dengan Elaine Pascal pada tahun 1963 dan bercerai pada tahun 1986 tetapi berkahwin semula pada tahun 1991. Mereka akhirnya bercerai kali kedua pada tahun 2010.
Pada perceraian kali kedua itu, Steve kehilangan hampir separuh stoknya dalam syarikat Wynn Resorts apabila terpaksa membayar ganti rugi kepada bekas isterinya sebanyak hampir RM 4.18 billion. (sumber)
6. Bernie dan Slavica Ecclestone - RM 5 billion
Bernie Ecclestone adalah presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif perlumbaan Formula Satu. Dia telah berkahwin dengan bekas model, Slavica Ecclestone, selama 23 tahun dan mempunyai dua anak perempuan iaitu Tamara dan Petra.
Pasangan itu kemudian memfailkan perceraian mereka pada tahun 2009 dan ia telah menelan belanja sekitar RM 5 billion. (sumber)
5. Rupert Murdoch dan Anna Maria Mann- RM 7.11 billion
Keith Rupert Murdoch adalah warga Amerika kelahiran Australia yang hartawan media yang mengasaskan syarikat media terbesar Amerika Syarikat, News Corporation.
Rupert berkahwin dengan wartawan dan penulis novel Scotland, Anna Maria Mann, pada tahun 1967 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Mereka akhirnya menamatkan perkahwinan selama 32 tahun pada 1999 dengan nilai pampasan sebanyak RM 7.11 billion. (sumber)
4. Rupert Murdoch dan Wendi Deng - RM 7.53 billion
17 hari selepas Rupert Murdoch menceraikan isteri keduanya, Anna Maria, dia berkahwin pula kali ketika dengan Wendi Deng, warga Amerika kelahiran China pada 25 Jun 1999.
13 tahun kemudian pada 13 Jun 2013, jurucakap News Corporation mengesahkan bahawa Rupert Murdoch memfailkan perceraian terhadap Wendi di New York, Amerika Syarikat. Menurut Murdoch, perkahwinan tersebut telah musnah lebih daripada enam bulan lamanya. (sumber)
3. Alec dan Jocelyn Wildenstein - RM 15.9 billion
Perceraian Alec Wildenstein dan Jocelyn Wildenstein pernah menjadi perceraian termahal dalam sejarah. Alec adalah seorang jutawan, ahli perniagaan, peniaga karya seni dan pemilik serta pembiak kuda dari Perancis. Dia dan Jocelyne Perisset berkahwin pada 30 April 1978.
Perbalahan perceraian mereka yang bermula dari 1997 hingga 1999 telah mendapat liputan media yang luas. Bukan sahaja wartawan mengikuti mereka kerana kekayaan Alec tetapi juga kerana ketagihan Jocelyne dalam melakukan pembedahan plastik.
Menurut laporan berita, Jocelyn menerima RM 10.46 billion dalam pampasan perceraiannya pada 1999 dan menerima lagi RM 418 juta setiap tahun selama 13 tahun. (sumber)
2. Vladimir Potanin dan Natalia Potanina - RM 29.3 billion
Perceraian antara Vladimir Potanin dan Natalia Potanina adalah perceraian kedua paling mahal dalam sejarah. Vladimir adalah seorang usahawan dari Rusia dan mempunyai anggaran kekayaan sekitar RM 79.9 billion.
Isterinya, Natalia memfailkan permohonan cerai pada 2014 apabila Vladimir mengaku bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Namun, Natalia mendakwa dia tidak mendapat perbicaraan yang adil kerana hubungan rapat bekas suaminya dengan Presiden Vladimir Putin. (sumber)
1. Jeff dan MacKenzie Bezos - RM 159 billion
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Amazon, Jeff Bezos, adalah lelaki terkaya dunia. Pada bulan Julai yang lalu, Jeff dan isterinya, MacKenzie Bezos, telah mengakhiri perkahwinan mereka selama 25 tahun.
Dalam perjanjian perceraian mereka, Jeff Bezos bersetuju untuk menyerahkan sebahagian kecil saham Amazon yang bernilai RM 159 billion kepada MacKenzie. Ini akan menjadikan bekas isterinya itu sebagai individu keempat terkaya dunia. Walau bagaimanapun, MacKenzie telah berjanji akan membelanjakan separuh daripada harta itu kepada aktiviti amal. (sumber)