Oleh pada 14 Sep 2017 kategori

Selain kaya dan berpengaruh, apakah persamaan antara Mark Zuckerberg, Steve Jobs, Larry Page, Larry Ellison dan Sergey Brin?

Anda pasti terkejut dengan fakta ini.

Mereka hanya dibayar gaji sebanyak $1 (RM4.20) sahaja setahun. Setahun ya, bukan sebulan.

Ramai orang bercita-cita untuk naik pangkat dan menerima bayaran gaji yang lebih banyak. Tapi tidak bagi ketua-ketua eksekutif terkenal ini. Mereka hanya menerima gaji sebanyak 1 dolar atau kurang sahaja dalam setahun. Percaya atau tidak, gaji anda sebenarnya berlipat kali ganda lebih banyak daripada mereka!

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kami kongsikan 5 Ketua Pegawai Eksekutif yang menerima bayaran gaji $1 atau kurang:

#1 Jack Dorsey, Twitter (Gaji pokok Twitter : $0, Square : $2.75)

Walaupun tidak menerima sebarang bayaran daripada Twitter dan hanya menerima sebanyak $2.75 daripada Square, Dorsey tidaklah hidup menderita. Nilai kekayaan bersihnya berada pada takat $2.6 bilion yang dijana melalui pegangan sahamnya dalam Twitter dan juga syarikat pembayaran mudah alih Square yang diasaskan sejak 2009.

jack dorsey tak terima bayaran gaji langsung

Menurut Bloomberg, Dorsey mempunyai peratus pegangan saham sebanyak 26% dalam Square. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah The Walt Disney Co. dan memiliki saham dalam syarikat media dan hiburan itu. Disney membayar dividen kepada semua pemegang saham, jadi Dorsey adalah dapat duit sikit nak bayar komitmen setiap bulan.

#2 Larry Ellison, Oracle (Gaji pokok : $1)

Walaupun Larry Ellison hanya menerima gaji 1 dolar setahun, beliau masih lagi merupakan salah seorang CEO dengan bayaran paling mahal di Amerika.

larry ellison tak menerima bayaran gaji

Pada tahun 2014, beliau menerima bayaran elaun dan imbuhan berjumlah $67.26 juta. Selain itu beliau juga menerima bayaran imbuhan yang berkaitan kos perbelanjaan dan lain-lain sebanyak $1.5 juta sehingga menyebabkan pemegang-pemegang saham lain tidak senang duduk.

Lagipun, beliau memiliki pegangan saham sebanyak 26% dalam Oracle yang bernilai $1.15 bilion. Maka, tidak hairanlah jika dia tidak menerima sebarang bayaran gaji.

#3 Richard Fairbank, Capital One (Gaji pokok: $0)

Dalam satu ucapan di Stanford University, Richard Fairbank bercerita tentang kisah menjalankan sebuah perniagaan. "Ia perlu disemai dengan kasih sayang dan definisi kejayaan itu bergantung kepada diri anda sendiri."

richard fairbank bayaran gaji satu dolar

Fairbank mengasaskan Capital One bersama Nigel Morris pada tahun 1988 dan tidak pernah mengambil sebarang gaji selama 18 tahun. Walaupun tidak bergaji, Ketua Pegawai Eksekutif itu masih boleh hidup dengan nyaman.

Pada tahun 2014, beliau menerima bayaran imbuhan sebanyak $19.61 juta termasuklah bonus tunai bernilai $4.41 juta.

#4 Richard Hayne, Urban Outfitters (Gaji pokok: $1)

Richard Hayne mengasaskan Urban Outfitters pada tahun 1970 dan telah menjadi pengerusi syarikat dan presiden sejak syarikat ditubuhkan pada tahun 1976. Beliau juga memegang jawatan Pegawai Eksekutif Utama Peruncit sehingga 2007 sebelum kembali mengemudi syarikat pada tahun 2012 menggantikan Glen Senk sebagai CEO.

richard haynes ceo urban outfitters tiada gaji

Hayne hanya menerima gaji pokok sebanyak $1. Bayaran imbuhannya pula hanyalah $33,273 bagi tahun fiskal 2013 dan $68,487 bagi 2014.

Apa yang membuatkan Hayne sanggup melepaskan bayaran gaji mahal? Ini disebabkan beliau memiliki 17.8% saham dalam syarikat tersebut bernilai $23.18 bilion. Selain itu, isterinya juga memiliki $6.22 juta saham. 

#5 Larry Page & Sergey Brin, Google (Gaji pokok : $1)

Pada tahun 2005, pengasas Google iaitu Sergey Brin, Larry Page dan Eric Schmidt meminta agar gaji tahunan mereka dikurangkan menjadi 1 dolar.

Pada tahun 2011, gaji Schmidt dinaikkan menjadi $1.25 juta apabila beliau mula memegang jawatan pengerusi eksekutif - satu lonjakan yang juga membawa kepada bayaran anugerah ekuiti bernilai $100 juta. Walau bagaimanapun Brin dan Page masih lagi mengekalkan penerimaan gaji sebanyak $1 setahun dan mereka tidak mengambil sebarang bayaran bonus ataupun program ekuiti.

larry page dan sergey google tidak menerima bayaran gaji hanya satu dolar

Tapi sudah semestinya mereka merupakan pemegang saham terbanyak dalam syarikat. Page memiliki sejumlah 23.59 juta unit saham biasa Google Kelas B dan mempunyai kuasa sebanyak 28.1%.

Brin pula memiliki 23.16 juta unit saham Kelas B dan 75,000 unit saham Kelas A, memberikan beliau kuasa pegangan sebanyak 27.6%.

Anggaran nilai aset kedua-dua Brin dan Page pada tahun 2015 adalah $29 bilion setiap orang.

donald trump derma setiap sen gaji kepada kebajikan

Selain insan-insan di atas, Donald Trump juga menunaikan janji apabila tidak menerima bayaran gaji dan mendermakan keseluruhan wang itu kepada badan kebajikan.

Pengajaran yang kita boleh dapat daripada artikel ini? Kalau nak kaya, belilah saham syarikat banyak-banyak.

Saham akhirat janganlah dilupakan pula.

1. Fortune

2. BBC

3. Fox Business

4. CNBC

5. White House




Hakcipta iluminasi.com (2017)