Rumah merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun di zaman serba mencabar ini tak semua orang mampu memiliki rumah. Ramai yang hanya mampu menyewa, namun ramai juga yang mampu membina rumah mewah.

ini bukan rumah bungalow aliff syukri

Antara rumah yang paling mahal dan kontroversi di Malaysia adalah rumah Dato Alif Syukri yang dikhabarkan menelan kos RM20 juta. iluminasi.com kongsikan 10 buah rumah paling mahal milik billionaire.

10. Maison De L'amitie - Amerika Syarikat

maison de l amitie rumah billionaire termahal

Pemilik mahligai ini, Dmitry Rybolovlev merupakan seorang usahawan dan pelabur Rusia. Beliau membeli rumah yang berkeluasan 60,000 kaki persegi yang terletak di Palm Beach, Florida ini daripada Donald Trump dengan harga RM370.5 juta. Ketika itu nilainya setinggi RM488 juta.

Maison De L'amitie mempunyai 18 buah bilik, 22 bilik air, sebuah dewan, bilik media dan galeri seni. Emas dan berlian digunakan dalam penghasilan bilik air di istana ini.

Garajnya mampu memuatkan 50 buah kereta. Walaubagaimanapun rumah ini dirobohkan pada tahun 2016 kerana Dmitry ingin memecahkan tanah tersebut kepada slot-slot yang lebih kecil. 

9. Silicon Valley Mansion - Amerika Syarikat

silicon valley mansion rumah yuri milner

Juga berasal dari Rusia, usahawan dan ahli fizik Yuri Milner merupakan pemilik rumah mewah ini. Rumah yang terletak di California ini berkeluasan 25,000 kaki persegi iaitu 25 kali ganda apartment biasa.

Dibeli pada tahun 2011 dengan harga RM390 juta, ia dilengkapi dengan 14 buah bilik, dua ruang makan, gelanggang tenis, kolam renang dan juga bilik senam. Selain itu, terdapat juga seubah dewan, bilik permainan, bilik sekuriti, bilik pembantu rumah dan rumah tetamu yang berkeluasan 4,600 kaki persegi.

Namun, nilai rumah ini dikatakan telah susut mendadak sehinggakan separuh nilai ketika dibeli, iaitu RM195 juta.

8. Copper Beech Farm - Amerika Syarikat

copper beech farm rumah billionaire termahal di dunia

Berada di tangga ke-8, rumah ini tidak diketahui pemiliknya dan terletak di Connecticut, Amerika Syarikat. Ia dibeli dengan harga RM468 juta pada tahun 2014 daripada pemilik asal iaitu John Rudey. Namun, nilai asalnya pada tahun 2013 adalah RM741 juta.

Berkeluasan 13,519 kaki persegi dengan 12 buah bilik tidur, 7 bilik mandi dan sebuah perpusatakaan kayu. Tak cukup dengan itu, rumah ini dilengkapi degan bilik kaca, ruang wain bawah tanah dan foyer diperbuat daripada kayu berketinggian 3 tingkat.

7. Xanadu 2.0 - Amerika Syarikat

xanadu 2 0 rumah bill gates

Terletak di Washington, Amerika Syarikat, rumah ini dimiliki oleh manusia terkaya di dunia ketika ini iaitu Bill Gates. Rumah ini dilengkapi dengan teknologi canggih, rumah berkeluasan 66,000 kaki persegi ini mempunyai nilai pasaran RM470 juta.

Walaupun tersangat luas, ia hanya mempunyai 7 buah bilik tidur tetapi mempunyai 6 buah dapur memudahkan akses makanan. Ia mampu memuatkan 23 buah kereta, anak sungai dipenuhi ikan salmon dan lantainya adalah sensitif kepada tekanan yang membolehkan pengawal tahu siapa yang berada di rumah.

Bill Gates membayar cukai sebanyak RM4.3 juta bagi rumahnya ini. Info lebih lanjut mengenai rumah Bill Gates dalam artikel ini

6. Ellison Estate - Amerika Syarikat

estet larry ellison rumah billionaire paling mahal di dunia

Rumah yang menelan kos RM780 juta untuk dibina ini milik CEO Oracle, iaitu Larry Ellison, manusia ke-9 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak RM228 billion. 

Terletak di Woodside, California, rumah ini dibina berinspirasikan istana maharaja Jepun pada abad ke-16. Ia dibina di atas tanah seluas 23 ekar dan memakan masa 9 tahun untuk direka dan disiapkan.

Siap pada tahun 2004, ia dilengkapi 10 bangunan, tasik buatan manusia, rumah mandi dan tasik ikan koi. Nilainya, walaubagaimanapun dikatakanya hanya bernilai RM273 juta.

5. Kensington Palace Garden - England

kensington palace garden rumah billionaire paling mahal di dunia

Dibeli dengan harga RM866 juta pada tahun 2008 oleh billionaire India, Lakhsmi Mittal, rumah ini merupakan rumah termahal dan paling tinggi nilainya di United Kingdom ketika itu. Rumah ini terletak di kawasan paling mahal di United Kingdom yang didiami oleh duta-duta negara asing, billionaire dan juga Putera dan Puteri Cambridge.

Rumah ini mempunyai 5 buah bilik tidur dan dibina bermula tahun 1920-an. Ia dibeli oleh Lakshmi untuk anaknya, Aditya, yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan syarikatnya, Arcelor Mittal.

4. One Hyde Park - England

one hyde park london rumah billionaire paling mahal

Rekod rumah termahal di United Kingdom diatasi oleh pembelian penthouse ini. Ia dibeli oleh individu tidak diketahui identitinya dengan harga RM925 juta. Ia juga merupakan penthouse/apartment paling mahal di dunia.

Terletak di One Hyde Park, London, harga ini bersamaan dengan RM32,500 bagi setiap kaki persegi. Penthouse ini mempunyai 2 tingkat, parkir persendirian dan akses ke spa dan gelanggang skuash.

3. Fair Field - Amerika Syarikat

fair field rumah billionaire paling mahal

Dimiliki oleh billionaire Amerika, Ira Rennert, rumah ini mempunyai nilai pasaran RM970 juta pada tahun 2014. Terletak di Sagaponack, New York iaitu antara kawasan paling mahal di New York.

Ia dilengkapi dengan 29 buah bilik tidur, 39 bilik mandi, 3 buah kolam renang. Tak cukup dengan itu, rumah ini juga mempunyai pusat janakuasa persendirian.

2. Villa Leopolda - Perancis

villa leopolda rumah billionaire paling mahal di dunia

Mahligai ini dilaporkan dibina untuk perempuan simpanan Raja Leopold II. Nilainya dianggarkan mencecah RM2.9 billion pada tahun 2008 ketika billionaire Rusia, Mikhail Prokhorov cuba untuk membelinya. Namun pembelian tersebut dibatalkan membuatkan beliau kerugian wang pendahuluan sebanyak RM290 juta.

Rumah ini milik Lily Safra, seorang socialit dan dermawan Brazil selepas kematian suaminya, Edmon Safra. Kekayaan Lily dilaporkan bernilai RM4.68 billion dan diperoleh daripada 4 perkahwinannya.

1. Antilia - India

antilia rumah billionaire paling mahal di dunia

Dan tak lain tak bukan, rumah billionaire paling mahal di dunia adalah milik billionaire dari India, Mukesh Ambani. Ia juga merupakan rumah termahal di dunia dengan kos pembinaan melebihi RM4 billion

Diberi nama Antilia bersempena pulau mitos di Atlantic, rumah pencakar langit ini berkeluasan 400,000 kaki persegi berketinggian 173 meter iaitu sebanyak 27 tingkat.

Ia dilengkapi dengan 3 pad helikopter, ia dihuni oleh hanya sebuah keluarga iaitu Mukesh Ambani dan isteri, bersama 3 orang anak mereka.

Info lanjut mengenai rumah ini dalam artikel ini.


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)