the house of bijan pakzad super luxury brand

Produk berjenama mewah seperti Hermes ataupun Louis Vuitton bukan lagi asing dalam kalangan kita. Malah, terdapat ramai juga rakyat Malaysia yang pernah sekurang-kurangnya sekali dalam hayat mereka, memiliki sebuah beg tangan daripada jenama-jenama mewah ini. Namun, terdapat satu jenama yang telah digelar ‘jenama untuk golongan elit yang kaya raya’ yang mustahil boleh dimiliki oleh orang kebanyakan seperti kita. Ia diberi nama Bijan, bersemperna dengan nama pengasasnya Bijan Pakzad.

Latar Belakang House of Bijan

peti surat khas buat setiap pelanggan eksklusif bijan

Peti surat khas untuk setiap pelanggan yang pernah menempah servis mereka

Pengasasnya merupakan seorang lelaki Iran yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1970 an. Beliau memulakan karier beliau di The Pink Panther Boutique di Tehran sebelum akhirnya membuka sendiri kedainya di Beverly Hills. Sejak daripada perasmian kedainya pada tahun 1976, House of Bijan telah menghasilkan pelbagai jenis pakaian, kasut, minyak wangi dan aksesori lelaki yang mahal dan mewah. Disebabkan status kedainya nya yang terlampau hebat, setiap pelanggan perlu membuat temu janji sebelum datang dan membeli di kedainya.

Pelanggan tetap Bijan juga bukan calang-calang orang. Hanya keluarga diraja serta golongan elit yang mampu untuk membeli belah disini. Antara pelanggan tetap yang selalu shopping sakan disini ialah bekas-bekas presiden Amerika seperti Barack Obama, George W. Bush, Putera Charles, Arnold Schwarzeneggar dan Putera negara Monaco, Rainier. Hanya presiden Amerika Syarikat terkini, Donald Trump sahaja yang tidak membeli barang peribadinya di sini. Trump, menurut media Amerika Syarikat, lebih gemar menggunakan produk jenama keluarannya sendiri.

Sebab Produk Bijan Terlampau Mahal

Baju dan beg tangan

contoh busana lengkap yang dihasilkan bijan kepada pelanggan

Tidak seperti pakaian ataupun aksesori daripada butik biasa, produk Bijan tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak, hanya satu atau dua unit. Pernah suatu ketika, House of Bijan hanya menghasilkan 10 bag tangan unik dan istimewa yang diperbuat daripada kulit buaya kepada isteri-isteri pelanggan yang banyak berbelanja dengan mereka. Namun setiap beg tangan itu tidak menyerupai antara satu sama lain kerana ‘unik dan kelainan’ merupakan moto jenama ini.

Barang-barang jenama ini juga kebiasaannya mempunyai warna yang menarik perhatian dan menggunakan fabrik yang rare seperti kasmir, kulit buaya dan kulit kangaroo. Seterusnya,House of Bijan juga mereka seluruh busana buat pelanggan mereka, dari sekecil-kecil tuala tangan sehinggalah kasut, tali leher dan baju mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan mereka. Pelanggan itu kemudiannya hanya perlu datang ke butik untuk bayar dan pulang dengan hati yang gembira.

Minyak Wangi

minyak wangi bijan yang botolnya diperbuat daripada kristal mahal

Minyak wangi Bijan yang botol kristalnya dihasilkan oleh Baccarat Paris.

Selain busana lengkap, House of Bijan juga menghasilkan minyak wangi lelaki dan perempuan. Pada tahun 1979, sebuah minyak wangi eksklusif buat lelaki telah diperkenalkan oleh Bijan Pakzad dan telah dibotolkan didalam botol kristal unik rekaan Bijan. Botol kristal minyak wangi itu pula dibuat oleh Baccarat Paris, pembuat kristal tertua didunia yang pernah diupah Maharajah Gwalior dan Czar Nicolas II. Tidak lama kemudian, minyak wangi ekslusif klasik yang sesuai untuk lelaki dan perempuan pula dikeluarkan pada tahun 1987.

Pada tahun yang sama, The Frangrance Foundation telah menganugerahkan dua anugerah kepada House of Bijan kerana kualiti dan pembungkusan botol minyak wangi keluaran jenama ini yang hebat. Anugerah-anugerah yang diterima ini secara tidak langsung telah menaikkan lagi ‘status’ Bijan dimata pencinta fashion dan minyak wangi.

Tidak lama selepas itu, House of Bijan sekali lagi mengeluarkan minyak wangi yang diberi nama DNA, bersemperna nama anak-anak pengasas jenama ini iaitu Daniela, Nicolas dan Alexandra. Seperti produk sebelumnya, minyak wangi DNA juga menerima anugerah pilihan Stuben Clare bagi rekaan botol kaca yang terbaik.

House of Bijan juga pernah berkolaborasi dengan Michael Jordan, bekas pemain bola keranjang Amerika, bagi menghasilkan cologne bersama. Selain Michael Jordan, jenama ini juga sering membuat kolaborasi dengan jenama mewah lain seperti Bugatti Veyrin Motor Cars of Molsheim, France dan Rolls-Royce Motorcars of Goodwood, England.

Anugerah pencapaian Bijan yang mengkagumkan

anak lelaki bijan yang menyambung legasinya

Anak lelakinya, Nicolas Pakzad meneruskan legasi bapanya setelah kematian Bijan pada 2011.

Salah satu sebab lain jenama Bijan menjadi pilihan golongan elit ialah anugerah pencapaian yang diterima oleh jenama ini. Sejak daripada awal perasmian butik House of Bijan di Beverly Hills, ia telah menerima berpuluh-puluh pingat dan penghargaan daripada pelbagai pihak.

Pada tahun 1982 dan 1983, pengasas jenama ini telah menerima Anugerah Kehormatan daripada bandar Dallas, Texas dan Florence, Itali. Sepuluh tahun kemudian, Datuk Bandar Los Angeles Tom Bradley telah menganugerahkan Sijil Penghargaan buat Bijan atas sumbangan dan pencapainannya kepada bandar itu. Pada tahun 2009 pula, House of Bijan telah menerima pengiktirafan penghormatan oleh presiden pada ketika itu, George W. Bush. Pada tahun berikutnya pula, Bijan dan jenamanya telah menerima 4 anugerah atas hasil titik peluhnya dalam fashion dan pembangunan bandar Los Angeles.

Selepas kematiannya pada tahun 2011, beliau masih juga menerima Anugerah Usahawan terbaik pada tahun itu daripada Universiti Oxford.

Selain itu, bandar Beverly Hills, tempat Bijan mula berniaga, juga telah menjadikan 8 Mei sebagai Hari Bijan.

Untuk lihat sendiri butik House of Bijan dan barang rekaan mereka, boleh tonton video dibawah.

Sumber:

Huffington post

Bijan


tags : , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)