Sebagaimana sukar untuk memperolehinya, mengekalkan status billionaire juga bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, terdapat juga ramai billionaire yang kehilangan seluruh kekayaan mereka hanya dalam masa yang singkat.

Kebanyakan kes begitu adalah akibat daripada perbuatan salah seperti penggubahan wang haram, manipulasi stok dan jenayah kewangan yang lain, sementara ada juga yang mengalaminya akibat kemelesetan ekonomi. Berikut adalah beberapa orang billionaire yang telah jatuh miskin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Huang Wenji

huang wenji 402

Huang Wenji adalah pengerusi kepada syarikat China Jincheng Holdings Ltd, sebuah syarikat pembuat payung yang bertempat di Hong Kong. Kira-kira 75 peratus daripada pengangan saham syarikat dimiliki oleh Wenji dan isterinya Chen Jieyou.

Namun begitu, ketika kejatuhan pasaran saham yang lalu, stok syarikatnya turun kira-kira 91 peratus hanya dalam masa dua hari sahaja. Perkara itu telah menyebabkan kerugian sebanyak RM 7.94 billion terhadap kekayaan peribadinya. Malah, ketidakstabilan pasaran saham Hong Kong yang berlaku itu telah menyebabkan beberapa syarikat lain turut kehilangan berbillion-billion ringgit. (sumber)

6. Ramesh Chandra

ramesh chandra

Ramesh Chandra adalah seorang ahli perniagaan dari India. Dia memiliki kekayaannya menerusi bidang hartanah yang diceburinya. Ketika berada pada kemuncak kekayaannya, Chandra dianggarkan memiliki empayar bernilai RM 38.45 billion. Dia berjaya memiliki harta sebanyak ini dengan bantuan syarikat Unitech, syarikat bidang hartanah yang kedua terbesar di India setakat ini.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2001 syarikat itu telah terlibat dalam skandal telekom peringkat nasional sehingga menyebabkan anak lelakinya Sanjay Chandra ditangkap pihak berkuasa pada tahun 2011.

Disebabkan jumlah hutang yang semakin menimbun dan penjualan aset secara besar besaran, billonaire Ramesh Chandra tidak pernah memulihkan semula kekayaannya yang telah hilang. (sumber)

5. Adolf Merckle

adolf merckle

Suatu masa dahulu, Adolf Merckle pernah menjadi orang paling kaya di Jerman dengan memiliki kekayaan peribadi dianggarkan sekitar RM 53.5 billion. Malangnya, Merckle dan juga beberapa orang billionaire lain telah terkesan akibat krisis kewangan yang berlaku pada tahun 2008.

Pada waktu itu, Merckle dianggarkan telah kehilangan kira-kira sebanyak RM 15 billion. Walaupun mengalami kerugian besar, dia masih lagi kekal antara lima orang paling kaya di Jerman.

Namun, menjelang akhir tahun 2008, firma pelaburannya iaitu VEM telah menghadapi krisis dan dilaporkan rugi sebanyak RM 26.08 billion. Untuk bangkit semula, Mercle telah melakukan satu pertaruhan besar dengan membuat beberapa pelaburan berisiko, yang akhirnya menyebabkan dia kerugian lebih banyak wang.

Setelah kehilangan hampir segala-galanya yang dia miliki, Merckle dengan tragis telah mengakhiri hidupnya dengan terjun di hadapan kereta api yang sedang bergerak. (sumber)

4. Seán Quinn

se n quinn

Kemelesetan ekonomi pada tahun 2008 telah memaksa banyak syarikat gulur tikar, kehilangan perniagaan dan orang kaya menjadi bankrap. Salah seorang daripada mereka adalah Sean Quinn, yang pernah menjadi orang paling kaya di Ireland dengan nilai bersih kira-kira RM 25.08 billion pada tahun 2005.

Dengan bantuan daripada syarikat induknya iaitu Quinn Group, dia telah membeli beberapa syarikat multinasional termasuk Bupa Ireland dan Anglo Irish Bank. Tidak lama selepas itu krisis kewangan telah melanda sistem perbankan Ireland dan Sean Queen kehilangan hampir semua kekayaan keluarganya.

Sebahagian besar kepada penyumbang ini ialah kerugian drastik daripada Anglo Irish Bank. Pada tahun 2008, salah satu perniagaan insuran Quinn telah disaman sebanyak RM 15.55 juta oleh Institusi Pengawal Kewangan Ireland kerana pinjaman orang dalam yang dikeluarkan oleh insuran Quinn.

Dengan banyak lagi kes litigasi pembubaran, denda korporat dan penipuan yang dilakukan syarikatnya, Quinn akhirnya telah memfailkan kebankrapan peribadi pada tahun 2011. (sumber)

3. Elizabeth Holmes

elizabeth holmes 996

Elizabeth Holmes adalah seorang pencipta dan usahawan Amerika Syarikat yang menjadi billioniare atas usaha sendiri termuda pada tahun 2015. Kejayaan itu dikecapinya selepas syarikat teknologi penjagaan kesihatannya iaitu Theranos mencapai nilai RM 37.62 dan membuat keuntungan yang besar.

Holmes telah menjadi selebriti segera dengan namanya disenaraikan sebagai 100 orang paling berpengaruh pada tahun 2015 oleh majalah TIME. Namun, gelaran billionaire yang dimilikinya itu tidak bertahan lama apabila penyiasatan persekutuan dilakukan terhadap syarikatnya. Syarikatnya dikatakan telah mengelirukan para pelabur mengenai teknologi pengujian darah terbaharu mereka yang inovatif.

Disebabkan dakwaan ini, kredibiliti dan kekayaan peribadinya menerima kesan yang teruk. Majalah Forbes telah menurunkan kekayaan peribadinya kepada kosong dan majalah Fortune pula telah menggelar Holmes sebagai salah seorang "Pemimpin paling mengecewakan di dunia". Dia juga dilarang daripada memegang mana-mana jawatan dalam syarikatnya sendiri selama dua tahun oleh Pusat Perkhidmatan dan Perubatan Kesihatan. (sumber)

2. Bjorgolfur Gudmundsson

bjorgolfur gudmundsson

Krisis perbankan dunia yang melanda pada tahun 2007-2008 telah menjejaskan Iceland lebih teruk berbanding mana-mana negara di dunia. Semuanya bermula apabila ketiga-tiga bank terbesar Iceland gagal membayar balik pinjaman mereka pada penghujung tahun 2008. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya pergolakan ekonomi dan politik utama di Iceland selama lebih tiga tahun.

Bjorgolfur Gudmundsson, yang merupakan orang kedua paling kaya sebelum berlakunya krisis itu, memperoleh sekitar 45 peratus saham di Landsbanki, salah satu daripada tiga bank terbesar di Iceland pada tahun 2002. Menurut majalah Forbes pada bulan Mac 2008, Bjorgolfur menduduki tempat ke 1014 orang paling kaya di dunia dengan jumlah kekayaan sebanyak RM 4.6 billion.

Berikutan impak krisis kewangan yang melanda negara itu, Bjorgolfur telah kehilangan jawatannya sebapai Pengerusi Landsbanki pada tahun 2008 dan mengisytiharkan muflis secara peribadi setahun kemudian. Dalam masa kurang dari satu tahun sahaja, kekayaan peribadinya turun daripada RM 4.6 billion kepada RM 0.

Anaknya iaitu Thor Bjorgolfsson juga turut kehilangan seluruh kekayaannya semasa krisis kewangan 2007-2008 itu namun berjaya memperolehi semula status billionaire pada tahun 2015. Kini, Thor merupakan satu-satunya billionaire dari negara Iceland. (sumber)

1. Eike Batista

eike batista

Seorang pengusaha dari Brazil iaitu Eike Batista, telah menjadi seorang billionaire dan kemudian telah kehilangan kekayaaannya sebanyak berbillion-billion ringgit juga dalam industri perlombongan dan penerokaan minyak dalam masa dua dekad. Pada tahun 2011, Batista merupakan orang paling kaya di Brazil dan ke-8 dunia dengan nilai kekayaan sebanyak RM 125.39 billion. 

Kejatuhannya sebagai seorang billionaire bermula apabila industri perlombongannya merudum secara tiba-tiba serta kejatuhan salah satu syarikat minyak dan gas terbesar miliknya iaitu OGX. Dua tahun kemudian pada 2013, majalah Forbes melaporkan bahawa Eike Batista telah kehilangan hampir RM 83.59 billion hanya dalam tempoh setahun sahaja.

Setahun selepas itu pula, disebabkan hutangnya yang besar dan saham syarikat yang terus menjunam, kekayaan peribadinya terus jatuh daripada RM 835.90 juta kepada negatif.

Kemudian, pada bulan Januari 2017, Eike Batista telah ditangkap oleh pihak berkuasa Brazil dalam kes pengubahan wang haram berprofil tinggi melibatkan RM 417.95 juta (Operasi Car Wash). (sumber)




Hakcipta iluminasi.com (2017)