Hong Kong telah mengatasi New York City dengan mengungguli carta bandar dengan bilangan penduduk yang mempunyai harta bernilai lebih $30 juta. Malah, lebih mengagumkan apabila penduduk di bandar ini menjadi kaya lebih cepat berbanding mana-mana lokasi di seluruh dunia.

Umum sudah menyaksikan filem blokbuster "Crazy Rich Asians" yang memaparkan kisah kehidupan segelintir warga elit paling kaya di Singapura. Namun hakikatnya, menurut firma penyelidikan Wealth-X, rantau Asia Pasifik sebenarnya menghasilkan penduduk bernilai sekurang-kurangnya $30 juta paling ramai pada kadar yang lebih pantas daripada mana-mana lokasi lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Laporan "Analisis Ultra Kaya 2018" yang dikeluarkan firma itu mendapati populasi rakyat ultra kaya di Asia melonjak naik sebanyak 18.5% daripada tahun 2017 dan jumlah harta kekayaan mereka jika digabungkan adalah sekitar $8.365 trilion.

hong kong bandar dengan penduduk terlampau kaya paling ramai

Hong Kong telah membenamkan New York City jatuh dalam carta sebagai bandar yang mempunyai paling ramai penduduk bernilai $30 juta atau lebih. Penduduk ultra kaya di sini telah naik sebanyak 31% iaitu menjadi hampir 10,000 orang pada tahun lepas berbanding bandar Big Apple yang hanya mempunyai lebih kurang 9,000 penduduk ultra kaya.

Laporan itu menyatakan yang Hong Kong menerima manfaat daripada hubungan perdagangan dan pelaburannya dengan tanah besar China. China yang merupakan negara ketiga paling kaya di dunia itu pula tidak mempunyai sebarang bandar yang berjaya memasuki senarai 10 teratas dari segi bilangan penduduk terlampau kaya.

Ini mungkin disebabkan kekayaan China tidak hanya tertumpu pada satu-satu tempat sahaja dan diagihkan sama rata ke seluruh pelosok negara. Antara penduduk terkaya di China termasuklah Jack Ma dan Pony Ma yang telah mengasaskan dua 'alat' paling berkuasa di Internet iaitu Alibaba dan Tencent.

Antara jutawan terkemuka Hong Kong ialah Li Ka-shing dengan pemilikan empayar Cheung Kong yang mengawal pelabuhan, rangkaian telekomunikasi dan syarikat tenaga di seluruh dunia.

orang paling kaya di hong kong li ka shing hong kong merupakan bandar dengan paling ramai penduduk paling kaya

Dalam senarai bandar tersebut, Tokyo menduduki tempat ketiga dengan bilangan penduduk sekitar 7,000 orang yang memiliki kekayaan $30 juta atau lebih, diikuti dengan Los Angeles dan Paris.

Menurut panel pengarang laporan, Ibu kota Cinta itu telah mengatasi London disebabkan ia terjejas akibat ketidakpastikan yang berpunca daripada isu Brexit, pasaran kewangan United Kingdom yang tidak menentu dan juga sektor ekonomi yang lebih meluas.

Sementara itu, Amerika Syarikat masih kekal sebagai negara dengan bilangan penduduk ultra kaya paling ramai yang membentuk sehingga 35% daripada jumlah manusia ultra kaya di atas muka bumi dengan gabungan kekayaan bernilai $10,998 bilion manakala Eropah pula merupakan rantau kedua terkaya di dunia.

Walau bagaimanapun, laporan itu menunjukkan bahawa golongan elit terkaya dari Asia Pasifik akan menutup jurang dengan penduduk Eropah dengan peningkatan pada kadar 8.3% dalam tempoh lima tahun akan datang serta peningkatan kekayaan keseluruhan sehingga 8.6% tahun ke tahun.

Faktor penyumbang peningkatan ini adalah disebabkan ramai usahawan ultra kaya yang melabur dalam industri kewangan, pembuatan dan teknologi di wilayah ini.

crazy rich asians memaparkan kisah kehidupan orang kaya di singapura

Laporan itu menjelaskan bahawa dinamik penciptaan kekayaan di seluruh China adalah amat menakjubkan.

Dengan nilai gabungan bersih penduduk ultra kaya yang meningkat sebanyak 16.3% di seluruh dunia, orang kaya menjadi semakin kaya disebabkan peningkatan ekonomi di peringkat global, peningkatan pasaran aset serta perolehan korporat yang kukuh.

Selepas keadaan turun-naik yang tidak menentu pada tahun sebelumnya, pasaran ekonomi dan kewangan dunia telah mengalami kenaikan yang mengejutkan pada tahun 2017. Kadar perkembangan KDNK tahunan dunia adalah paling pesat sejak tahun 2011.

senarai bandar dengan bilangan penduduk paling kaya paling ramai 760

Namun begitu, keadaan boleh meruncing pada tahun 2018 bagi taburan kekayaan di Asia. Dilaporkan China yang sedang menghadapi perang perdagangan dengan Amerika Syarikat ditambah dengan kadar hutang yang besar dalam sistem kewangannya. Saham-saham di negara itu juga sedang mengalami pasaran turun sementara mata wangnya menjunam berbanding dolar.

Hari ini, bilangan keseluruhan penduduk yang terlampau kaya di dunia telahpun melebihi 250,000 orang. Jumlah kekayaan gabungan mereka sebanyak $31.5 trilion itu didorong oleh peningkatan ekonomi global dan prestasi pasaran saham yang baik.

Apa yang lebih menarik, jumlah wanita ultra kaya mencatatkan rekod paling tinggi setakat ini sebanyak 13.7% iaitu sekitar 35,000 orang yang berjaya memasuki senarai penduduk dengan harta melebihi $30 juta itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)