Setiap negara mempunyai adat dan budaya masing-masing yang menjadikan kita sangat unik. Dan daripada setiap sesuatu perkara ini, ada undang-undang di sebaliknya yang dilaksanakan untuk menjaga keharmonian negara.
Namun, terdapat undang-undang yang sangat pelik di sesetengah negara membuatkannya kelihatan seperti tak masuk akal. Dengan itu iluminasi.com kongsikan dengan para pembaca 10 undang-undang British yang sangat pelik pernah dilaksanakan.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Mengetuk pintu rumah
Dibawah satu undang-undang tahun 1839, menjadi satu kesalahan untuk mengetuk pintu rumah seseorang dan berlalu pergi begitu sahaja.
Ia juga termasuk dengan membunyikan loceng tanpa sebarang alasan.
2. Mengangkut papan
Jika anda merancang untuk melakukan penambahan pada rumah yang memerlukan papan dan tinggal di London, ia agak sukar.
Sejak tahun 1939, anda tidak dibenarkan untuk mengangkut kepingan apa menggunakan laluan pejalan kaki.
3. Bermain layang-layang
Menurut Akta Polis Metropolitan 1839, seseorang itu boleh dikenakan denda sebanyak RM2,600 jika anda bermain layang-layang dan ia mengganggu pengguna jalan raya atau penduduk setempat.
4. Meminta wang kecil
Fikir sebelum anda meminta wang kepada orang yang tidak dikenali. Menurut Akta Gelandangan 1824, jika anda memerlukan wang kecil dan memintanya daripada orang yang tidak kenali, ia dianggap sebagai mengemis.
Dan disebabkan kesalahan ini, anda boleh dihantar ke pusat pemulihan untuk gelandangan dan pengemis, di mana mereka diarahkan bekerja.
5. Guna tandas
Pasti anda pernah mengalami situasi di mana anda sudah tak tahan untuk buang air besar sehingga membuatkan anda berasa sakit.
Di Scotland, jika pintu anda diketuk oleh seseorang yang tidak dikenali dan sedang berada dalam keadaan terdesak untuk menggunakan tandas, anda wajib untuk membenarkan.
6. Makan coklat
Wanita dan coklat sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun, anda tak boleh makan coklat sesuka hati di mana-mana sahaja di United Kingdom.
Walaupun undang-undang pelik ini tidak lagi dilaksanakan, namun satu ketika dahulu adalah menjadi satu kesalahan bagi seorang wanita yang memakan coklat dalam kenderaan awam.
7. Kencing di tempat awam
Kencing merata-rata di tempat awam adalah satu masalah yang tak dapat dibendung, di serata dunia. Tapi, di UK ia dibenarkan.
Adalah dibenarkan bagi lelaki untuk kencing di tempat awam asalkan di bahagian belakang kenderaan bermotornya dan tangan kanannya menyentuh kenderaannya.
8. Import kentang
Tiada sesiapa dibenarkan untuk mengimport kentang untuk tujuan perniagaan, masuk ke United Kingdom jika dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa kentang itu berasal dari Poland.
9. Melekat Setem
Penggunaan setem pada hari ini tersangatlah jarang bagi kita, melainkan ia melibatkan urusan pejabat atau rasmi.
Melekatkan setem yang mempunyai gambar Ratu Elizabeth II secara terbalik pada sampul surat adalah menjadi satu kesalahan yang sangat besar di UK dan dianggap sebagai mengkhianat.
10. Mati dalam parlimen
Parlimen adalah tempat di mana para ahli parliment berdebat dan membentangkan hal-hal berkaitan pentadbiran negara. Kadang-kadang perdebatan menjadi sangat hangat sehinggakan membuahkan kerisauan,.
Adalah dilarang untuk mati di Houses of Parliment. Bangunan parlimen UK dianggap sebagai istana diraja yang bermaksud individu yang mati itu berhak kepada pengkebumian negeri.
Ekstra
Orang Wales dilarang untuk masuk ke bandar Chester yang terletak di barat laut England sebelum matahari terbit dan harus meninggalkannya sebelum matahari terbenam.
Malah, secara teknikalnya tidak menjadi satu kesalahan untuk memanah orang Wales selepas tengah malam hari Ahad, asalkan ia dilakukan dalam kawasan bandar tersebut.