Pada akhir Perang Dunia Kedua, tentera British mempunyai lebihan peluru dan bahan letupan yang cukup banyak. Maka, munculah idea tidak masuk akal untuk menggunakan lebihan peluru dan bahan letupan ini untuk kajian sains. 

Dikatakan bahawa lebihan bahan letupan ini dapat digunakan untuk menjalankan eksperimen seismik dengan mengatur bebrapa siri letupan terkawal untuk menghasilkan gelombang seismik yang mempunyai kekuatan setanding dengan yang dihasilkan oleh gempa Bumi berskala kecil.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adalah tidak praktikal untuk menjalankan eksperimen ini di England sendiri kerana ukuran kekuatan letupan yang diperlukan akan menyebabkan kerosakan pada harta benda struktur bangunan yang berdekatan. Oleh itu, mereka beralih ke Jerman. Ketika itu, British baru saja mengakhiri perang terbesar dalam sejarah manusia dengan Jerman.

Pada bulan Julai 1946, tempat pelupusan peluru berhampiran bandar Soltau, di utara Jerman, diletupkan sehingga menghasilkan gelombang seismik yanng boleh dirasai pada jarak hingga 50 km. Tetapi pihak British memerlukan sesuatu yang lebih besar. Oleh itu, mereka mula bersiap sedia untuk letupan bukan nuklear paling kuat di dunia yang akhirnya dikenali sebagai “British Bang”.

Sasaran utamanya? Mengembom dan memusnahkan sebuah kepulauan kecil luar pesisir pantai Jerman yang dikenali sebagai Heligoland.

Kedudukan strategik Heligoland

sejarah heligoland

Gambaran Heligoland antara tahun 1890 dan  1900

Heligoland adalah kepulauan kecil yang terletak kira-kira 46 kilometer dari pesisir pantai Jerman di Laut Utara. Ia terdiri daripada dua pulau - pulau utama seluas satu km persegi, Hauptinsel dan pulau kecil yang tidak berpenghuni bernama 'Dune' di mana landasan penerbangan udara pulau itu berada.

Terdapat pemahaman umum bahawa nama "Heligoland" bermaksud "Tanah Suci" (dibandingkan dengan "heilig" dalam bahasa Belanda dan Jerman moden yang bermaksud "suci"). Selama berabad-abad lamanya beberapa teori alternatif telah diusulkan untuk menjelaskan namanya, dari Raja Denmark bernama Heligo hingga perkataan Frisian, hallig, yang bermaksud "pulau rawa garam".

Kerana lokasinya yang strategik, Heligoland mempunyai sejarah ketenteraan yang panjang. Awalnya diduduki oleh penggembala dan nelayan Frisian, pulau ini berada di bawah pemerintahan Duke Schleswig-Holstein pada tahun 1402 dan menjadi milik Denmark pada tahun 1714.

Pada tahun 1807, semasa perang Napoleon, Heligoland telah dirampas oleh armada British dan secara rasminya diserahkan kepada Britain pada tahun 1814. Pada tahun 1890, pulau itu dipindahkan ke Jerman sebagai pertukaran untuk Zanzibar dan wilayah Afrika lainnya.

Orang Jerman telah memindah keluar penduduk awam yang tinggal di pulau itu dan membangunkan pulau itu menjadi pangkalan tentera laut utama dengan pembinaan pelabuhan dan jeti kapal yang luas, kubu bawah tanah dan artileri pertahanan di pesisir pantai.

Peperangan di Heligoland

projek british bang

Letupan daripada Projek British Bang

Pertempuran tentera laut petama, Perang Heligoland Bight, dilancarkan berhampiran pulau ini. Setelah Perang Dunia Pertama berakhir, penduduk pulau ini kembali dan pulau Heligoland menjadi tempat pelancongan yang terkenal untuk golongan kelas atasan Jerman.

Semasa era Nazi, pulau ini kembali dijadikan kubu angkatan tentera  laut dan beberapa kali mengalami siri pengeboman yang teruk dari pihak Pasukan Perikatan menjelang akhir Perang Dunia Kedua.

Dengan kekalahan Jerman, penduduk dipindahkan keluar dan British memutuskan untuk memusnahkan kubu yang tinggal, kubu bawah tanah dan pangkalan kapal selam dengan letupan yang sangat dahsyat dan pada masa yang sama merekodkan letupan tersebut dengan sensor seismik untuk sains.

Pada awal perang, pulau ini umumnya tidak terkesan oleh serangan bom. Melalui pembangunan Luftwaffe iaitu cabang perang udara Nazi semasa Perang Dunia Kedua, pulau ini telah kehilangan kepentingan strategiknya kerana pihak Nazi boleh melancarkan serangan dari jarak lebih jauh.

Projek British Bang

letupan pulau heligoland

Pada 18 April 1947, Tentera Laut Diraja British telah meledakkan 6,700 tan bahan letupan yang mencipta awan cendawan hitam yang melengkung sejauh 6,000 kaki ke langit. Orang ramai di daratan yang berjarak 60 km daripada letupan tersebut diberi amaran untuk membuka tingkap mereka untuk mengelakkan letupan.

Guinness Book of World Records juga telah menyenaraikan letupan di Heligoland ini sebagai letupan bukan nuklear tunggal terbesar di dunia. Ledakan yang dihasilkan daripada tenaga letupan itu dikatakan setara dengan sepertiga dari yang dilepaskan oleh bom atom Hiroshima, menggegarkan pulau utama beberapa batu ke pangkalannya.

British pada awalnya menjangkakan pulau Heligoland akan musnah sama sekali. Pulau ini selamat tetapi bentuk fizikalnya berubah buat selama-lamanya. Bahagian hujung selatannya telah terbentuk kawah besar yang kini menjadi tempat pelancongan yang terkenal.

Tentera Udara Diraja British terus menggunakan pulau ini sebagai tempat pengeboman sehingga dikembalikan ke Jerman Barat pada 1 Mac 1952. Bandar, pelabuhan dan tempat mandi mandi di Düne dibina semula dan Heligoland sekali lagi menjadi tempat percutian.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Britannica Encyclopaedia
  3. The New York Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)