Setiap negara mempunyai undang-undang yang sangat berlainan, mengikut ketetapan tersendiri berdasarkan agama, bangsa, budaya, cuaca dan banyak lagi.

Sebelum sesuatu undang-undang itu dibuat, ia harus dibahaskan terlebih dahulu dan mendapat persetujuan majoriti. Biasanya undang-undang yang dibuat adalah untuk melindungi hak-hak individu, masyarakat dan negara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, terdapat undang-undang yang dilaksanakan di negara-negara lain dilihatkan sebagai agak pelik bagi kita di Malaysia. iluminasi.com kongsikan 8 negara yang melaksanakan undang-undang pelik dan unik.

1. Perancis

polis perancis memeriksa tahap alkohol pemandu

Di Perancis, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memandu tanpa memiliki "breathalyzer", iaitu alat untuk mengukur tahap alkohol dalam badan, walaupun anda adalah pelancong.

Namun sejak tahun 2013, saman yang dikenakan ke atas kesalahan ini iaitu RM64 telah dihapuskan.

Perancis juga mempunyai undang-undang ketat terhadap makanan yang disediakan kepada kanak-kanak di sekolah.

Jumlah sos dan mayonis yang dimakan oleh kanak-kanak di kafe sekolah dikawal dengan ketat bagi mengelakkan kanak-kanak daripada menjadi ketagih kepada makanan segera yang tidak sihat.

2. Rusia, Belarus dan Kazakhstan

pakaian dalam berenda diharamkan di rusia belarus dan kazakhstan

Pada tahun 2014, ketiga-tiga negara ini telah mengharamkan pakaian dalam yang mengandungi kurang daripada 6% bahan kapas.

Ini bermakna tiada lagi pakaian dalam berenda, yang biasanya mengandungi kurang daripada 4% kapas.

Pengharaman ini berpunca daripada kebimbangan kesihatan yang berkaitan dengan fakta bahawa pakaian sintetik gagal untuk menyerap kelembapan secukupnya, yang boleh menyebabkan masalah kulit.

3. Denmark

undang undang nama di denmark

Undang-undang Denmark mengenai nama peribadi melarang ibu bapa daripada menamakan anak mereka dengan sesuatu yang dianggap sebagai bodoh.

Ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata boleh memilih nama dari senarai yang diluluskan atau mendapatkan persetujuan daripada kerajaan terhadap nama yang ingin diberikan.

Antara nama yang diharamkan termasuklah "Monkey", "Anus" dan "Pluto".

4. England

mengetuk permaidani diharamkan di england

Di England, adalah dilarang untuk "memukul" atau "mengetuk" permaidani anda di jalanan. Namun, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengibas alas kaki, sebelum jam 8 pagi.

Selain itu, England mengharamkan sesiapa daripada meluncur di atas ais atau salji di jalan-jalan di negara ini, mengikut Akta Polis Metropolitan 1839.

5. Maldives

maldives melarang segala bahan diimport yang bertentangan dengan islam

Ini bukanlah satu undang-undang yang pelik sebaliknya lebih kepada unik dan menjaga negara serta agama.

Di Maldives, adalah diharamkan untuk mengimport apa-apa bahan yang boleh dianggap "bertentangan dengan Islam," yang termasuk Kitab Injil, produk daging babi, dan alkohol.

6. Pakistan, Indonesia dan Arab Saudi

pakistan mengharamkan hari valentine

Seperti Maldives, undang-undang ini dilaksanakan untuk menjaga kesejahteraan agama Islam dalam negara.

Di Pakistan, adalah menjadi satu kesalahan undang-undang untuk meraikan Hari Valentine kerana ia bukanlah sebahagian daripada tradisi orang Islam.

Negara-negara lain yang turut mengharamkan Hari Valentine termasuklah Indonesia dan Arab Saudi.

7. Filipina

filipina mengharamkan perceraian

Filipina adalah satu-satunya negara di atas muka bumi (selain daripada Vatican City) di mana perceraian adalah diharamkan. Satu-satunya cara pasangan yang ingin berpisah adalah dengan membatalkan perkahwinan (annulment).

Pembatalan perkahwinan adalah proses yang sangat panjang dan membosankan, memerlukan salah seorang daripada pasangan itu untuk mendakwa bahawa pasangan mereka tidak berupaya secara psikologi untuk perkahwinan itu diteruskan.

8. Itali

bandar turin di itali mengehadkan anjing untuk dibawa bersiar siar 3 kali sehari

Di bandar Turin di Itali, adalah menyalahi undang-undang bagi mereka yang membawa anjing besiar-siar lebih daripada 3 kali sehari. Mereka yang melanggar undang-undang ini akan didenda RM2,500.

Namun bagaimana cara pihak berkuasa mengetahui berapa kali anda membawa anjing bersiar-siar menjadi misteri.

Juga, orang Itali juga memberikan perhatian yang serius kepada haiwan peliharaan lain, sebagai contoh ikan. Di Rom, anda tidak dibenarkan memelihara ikan di dalam balang.

Menurut mereka, balang ikan membuatkan ikan menjadi buta dan gagal memberikan oksigen yang cukup.




Hakcipta iluminasi.com (2017)