Apabila bercakap mengenai langkah bergaya, tak ada yang mampu menandingi sepasang sneakers. Ia boleh dipadankan dengan apa sahaja yang anda mahu dan sentiasa membuatkan anda kelihatan menarik.
Tak kisah apa jenis pakaian yang anda kenakan, pasti ada sneaker yang sesuai untuk digayakan bersama. Dan sejak awal penghasilan, pelbagai jenis kasut yang memberikan impak kepada dunia fesyen hari ini.
BESARKAN TEKS A- A+
Dengan itu, iluminasi.com ingin kongsikan dengan pembaca mengenai 10 sneakers paling ikonik yang pernah dihasilkan dalam sejarah.
10. Puma Suede
Puma adalah antara "otai" sneaker di dunia, dengan mula menghasilkan kasut pada tahun 1968. Sebuah syarikat Jerman, Puma telah menghasilkan banyak siri kasut sneaker sejak itu namun ini Puma Suede adalah yang paling dahsyat.
Sneaker ini mendapat sambutan hangat pada tahun 1980an ketika hip-hop baru sahaja "lahir" di Amerika Syarikat. Adalah mudah untuk lihat mengapa ia menjadi kegilaan, Puma Suede kelihatan sanagt hebat dan menarik, serta datang dengan warna terang mengancam yang menarik pandang.
Juga selesa dipakai, ia masih popular hingga ke hari ini.
9. Adidas Superstar
Diteruskan dengan tema hip-hop, kami bawakan sepasang kasut klasik dari Adidas. Nama kasut ini meningkat naik apabila menjadi kasut pilihan lagenda krew hip-hop iaitu Run DMC.
Ia juga menjadi kegilaan disebabkan oleh reka bentuk "shell-toe" di bahagian hadapan yang mana cukup radikal dan berani pada ketika itu. Dengan warna putih, kasut ini boleh digayakan dengan apa sahaja pakaian dan membuatkan anda kelihatan cool.
Jika dahulunya kasut ini dipakai bersama-sama tracksuit Adidas yang lengkap, namun kini tidak lagi.
8. Converse Chuck Taylor Allstar
Masih menjadi satu nama yang disukai pada hari ini, Converse telah menjadi sebuah institusi Amerika untuk satu jangka masa yang sangat lama. Dengan mengeluarkan kasut ini, Converse telah melakukan satu kerja yang sangat baik dan ramai yang masih mengenakannya.
Dihasilkan pada tahun 1960an, kasut ini pada asalnya direka sebagai kasut bola keranjang, namun dilihat dipakai oleh remaja-remaja di jalanan. Versi "high-top" adalah antara yang paling rare apabila ia pertama kali dikeluarkan, membolehkannya kelihatan lebih santai berbanding kasut-kasut lain.
Kasut ini juga menjadi pilihan lagenda grunge iaitu vokalis kumpulan terkemuka dunia Nirvana, iaitu Kurt Cobain.
7. NIKE Air Force 1
Salah satu perkara yang menarik dan hebat mengenai kasut ikonik adalah rupa keseluruhannya. Ia mempunyai rekabentuk yang sangat mudah untuk dikenali, dan jika seseorang yang mengenakan kasut ini berjalan di hadapan anda, pasti mata anda tak akan berkelip memandangnya.
Nike sangat bijak dengan mengeluarkannya dalam versi high-top, mid dan low-rise. Ramai yang beranggapan versi high-top adalah raja kepada semua versi namun ramai juga yang sukakan model mid dan low-rise.
Tak kisah mana satu versi pilihan anda, semuanya kelihatan sangat menakjubkan dengan kualiti yang terbaik.
6. ASICS Onitsuka Tiger
Ini adalah agak seperti di luar norma kerana Asics secara tradisinya bukanlah jenama sneaker terkemuka dunia. Dan ia juga biasanya tidak mampu menandingi Nike atau Adudas dari segi jualan dan populariti.
Namun, dengan model kasut ini, mereka berjaya. Rekabentuknya mempunyai kelas tersendiri dengan jalur Asics diatas kasut putih. Impak "suede" di bahagian hadapan menambahkan rupa yang tersendiri dan daya tarikan sporty-nya.
Ia sangat sesuai digunaakan dalam urusan smart-casual.
5. Reebok Pump
Sesiapa yang hidup pada masa itu pasti tak akan dapat melupakan impak yang dihasilkan oleh kasut ini. Sesiapa yang memiliki kasut ini pasti dikenali oleh orang sekeliling. Pada ketika itu, ia menjadi kegilaan dan paling berteknologi tinggi disebabkan oleh cara injap pada kasut ini menolak angin masuk ke dalam tapak kasut ini.
Disebabkan itu, ia didakwa mampu membuatkan anda lompat lebih tinggi. Walaupun ia boleh diperdebatkan, namun kasut ini sangat menarik untuk dipakai.
4. New Balance 574
New Balance 574 menjadi sneaker yang masih dilihat dipakai pada hari ini kerana ia sangat menarik. Daripada remaja sehinggalah kepada mereka yang bergelar bapa, kasut ini rupabentuk yang membuatkannya sangat sesuai dipakai pada bila-bila masa sahaja.
Direka sebagai kasut larian, ia juga sesuai dipakai untuk bersiar-siar atau hanya bersantai di taman. Reka bentuk yang anggun dan logo New Balance yang bergaya di bahagian sisi menjadikannya menonjol sebagai kasut ikonik.
Anda mungkin tidak menggunakannya sebagai kasut larian tetapi jika ya, kasut ini agak selesa untuk tujuan itu.
3. Diadora Borg Elite
1980an adalah masa yang terbaik bagi sneakar dan kasut ini adalah antara salah satu yang paling kerap dipakai. Sangat disukai oleh peminat bola sepaak, kasut ini sangat menarik dengan logo Diadora berwarna emas di atas latarbelakang putih.
Ia kelihatan sangat hebat ketika dipakai dan cukup ringan untuk berlari jika diperlukan. Kasut ini masih boleh didapati pada hari ini.hebat bagi kasut
2. Adidas Stan Smith
Adidas benar-benar telah mengalahkan pesaing dan juga diri sendiri dengan penghasilan kasut ini. Apa yang menarik tentang kasut ini adalah ia mampu dilihat sebagai kasut moden dan klasik pada masa yang sama.
Kilauan hijau pada bahagian tumit dan lidah membantu menghidupkan kulit putih pada kasut ini. Pada asalnya direka sebagai kasut tenis, ia akhirnya dipakai di jalanan kerana rekaannya yang sangat trendy.
Banyak kasut yang meniru reka bentuk Adidas Stan Smith namun ini adalah yang asli.
1. Nike Air Jordan 1
Adalah tidak menghairankan untuk mengatakan bahawa kasut ini bukan sahaja mengubah sukan bola keranjang tetapi juga industri kasut secara keseluruhan. Sebelum ini, ia semata-mata digunakan dan dipakai apabila ingin bersenam.
Namun selepas ia dipopularkan oleh lagenda bola keranjang, Michael Jordan, persepsi tersebut berubah. Ia tidak lagi hanya dipakai di gelanggang bola keranjang tetapi juga di jalanan.
Reka bentuk high-top sejak itu sangat kerap ditiru dan rupanya yang besar tetapi tangkas membuktikan ia berbaloi dimiliki apabila ia dipakai.
Rujukan:
1. Puma Suede
2. Adidas
3. Air Jordan
4. Iconic
5. Idleman