yeezyfy16 inno snowcap white hero v2 0043 original 906

Jika anda rasa kasut atau sneakers berharga RM1,000 sudah cukup mahal, anda silap. Terdapat pelbagai faktor membuatkan sesuatu sneakers itu menjadi mahal. Antaranya adalah jenama, tahap eksklusif, diperbuat daripada bahan yang mahal, jarang didapati dan juga ditandatangani oleh selebriti atau individu terkenal. 

Kali ini iluminasi.com ingin berkongsi 5 sneakers paling mahal di dunia.

5. Nike SB Flom Dunk High - RM29,900

nike sb flom dunk high

Sememangnya sepasang sneakers yang penuh dengan seni, yang sesuai dengan harganya. Atau tak? Setiap sepasang sneakers ini merupakan hasil seni pelukis terkenal dari Perancis iaitu Bernard Buffet. Hanya 202 pasang sahaja dihasilkan di dunia dan bagi kategori kasut atletik, Nike SB Flom Dunk High adalah setaraf dengan kasut Gucci dalam fesyen.

Setiap pasang direka dan dilukis dengan begitu teliti menggunakan warna hitam dan putih, dan disempurnakan dengan warna merah dan emas di bahagian ibu jari, leher dan bahagian tepi kasut.

4. Nike Air Zoom Kobe Bryant - RM120,000

autographed kobe air zoom

Kasut low-cut ini dihasilkan menggunakan kulit dan bahan-bahan yang tersangat berkualiti dan masih mengekalkan ciri-ciri keselesaannya. Kasut Air Zoom yang ditandatangani oleh Kobe Bryant ini boleh dijadikan sebuah pelaburan yang sangat menguntungkan. 

Hanya terdapat 25 pasang sahaja di atas muka bumi ini dan ia harganya dikatakan akan melonjak naik selepas Kobe Bryant bersara dari sukan bola keranjang pada tahun 2016. Bertuah betul siapa yang ada kasut ini.

3. Nike Air Force One - RM199,500

nike air force one prryya chinatan s couture and jewelry

Harga sepasang kasut Nike Air Force One ini lebih mahal dari harga sebuah kereta Honda Civic! Memang tak dapat dinafikan bahawa harganya agak tidak masuk akal, tetapi bagi mereka yang sukakan fesyen yang eksklusif dan ekstravaganza, kasut ini memang sesuai bagi mereka. Kasut ini merupakan hasil kerjasama Nike dan Prryya and Chinatan Couture and Jewelry.

nike air force one prryya chinatan s couture and jewelry 2

Ia merupakan satu lagi kasut sentuhan pelukis Bernard Buffet, dan disempurnakan dengan emas tulen serta berlian 11 karat. Ia diperkenalkan pertama kalinya oleh rapper terkenal, Big Boi, yang dihadiahkan oleh sebuah butik eksklusif di Atlanta, Georgia. Hanya 200 pasang sahaja dihasilkan di dunia dan ia berharga hampir RM200,000. Nak beli kasut, atau beli kereta tunai?

2. Nike Air Jordan 1 - RM400,000

air jordan 1 high

Kasut Nike Air Jordan 1 ini tidaklah seperti Nike Air Force One yang mempunyai salutan emas dan berlian, namun harganya lebih mahal. Ia merupakan kasut yang ditandatangani oleh pemilik nama jenama ini sendiri yang merupakan lagenda sukan bola keranjang, iaitu Michael Jordan.

Terdapat banyak kasut Air Jordans yang ditandatangani oleh atlet bola keranjang yang lain, namun harganya tidak dapat menyamai dengan kasut yang ditandatangani oleh Michael Jordan sendiri. Harganya melambung tinggi disebabkan nilai sentimental pada kasut ini.

air jordan 1 high 2

Kasut ini pernah dilelong di ebay dengan harga tak masuk akal iaitu RM400,000.

1. "Flu Game" Air Jordan - RM440,000

flu game air jordan dengan tandatangan michael jordan

Michael Jordan pernah mengalami masalah kesihatan ketika perlawanan final NBA tahun 1997. Perlawanan itu dipanggil sebagai "Flu Game" dan Michael Jordan merupakan penjaring terbanyak dengan 38 mata, walaupun beliau mengalami keracunan makanan. Dan ketika itulah beliau memakai kasut yang kini menjadi sneakers paling mahal di dunia. 

michael jordan ketika flu game

Selepas tamat perlawanan, kasut ini ditandatangani oleh Michael Jordan dan diberikan kepada pengutip bola, Preston Truman. Preston Truman kemudiannya menyimpan kasut tersebut ke dalam peti simpanan selama 16 tahun. Dan pada tahun 2013, kasut ini telah terjual dengan harga RM440,000.

flu game air jordan dengan tandatangan michael jordan 2

Seperti kasut Nike Air Jordan 1 yang ditandatangani oleh Michael Jordan, kasut ini juga mempunyai nilai sentimental, lebih-lebih lagi ia dipakai oleh MJ sendiri ketika beliau tidak sihat, dan masih bermain dalam perlawanan akhir dan menjadi penjaring terbanyak membolehkan Chicago Bulls mengalahkan Utah Jazz dengan jaringan 90 berbalas 88.

Rujukan:

1. NY Daily

2. Micar

3. Brofessional


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)