realiti industri cetak rompak china

Apa yang ada pada sepasang kasut sneaker? Bagi kebanyakan orang, sneaker mungkin sekadar kasut yang dipakai untuk bergaya semata-mata. Namun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa industri sneaker ini bernilai $1 bilion setahun.

Apakah yang membuatkan industri ini semakin rancak saban tahun? Bagi yang tidak tahu, perniagaan menjual semula kasut atau "sneaker resale" merupakan antara lubuk buat duit bagi peminat-peminat tegar sneaker.

Secara umumnya, dalam perniagaan ini seseorang penjual itu akan membeli kasut-kasut edisi khas yang dikeluarkan dalam unit yang sangat terhad dan menjualnya kembali pada harga berkali-kali ganda. Sebagai contoh, kasut sneaker Adidas Yeezy Boost 350 "Turtledove" yang asalnya dijual pada harga $190 hingga $240 boleh dijual kembali pada harga $1,695 harga $6,118.

Sneaker tiruan pilihan bagi yang kurang berkemampuan

sneaker tiruan

Bagi yang benar-benar mahukan kasut edisi terhad dan berkemampuan, mereka biasanya tidak kisah untuk membayar harga yang jauh lebih mahal. Namun bagi yang kurang berkemampuan, kasut sneaker tiruan biasanya menjadi pilihan mereka kerana harganya lebih mampu milik.

Akibat permintaan tinggi terhadap kasut sneaker edisi terhad yang tiruan, tidak hairan negara China banyak menghasilkan kasut-kasut sneaker tiruan sebelum memasarkannya ke seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Pendedahan realiti industri sneaker tiruan di China

Bagi yang tidak tahu, industri sneaker tiruan ini sebenarnya berpusat di Putian, China. Video di atas merupakan temuramah bersama salah seorang usahawanan lanun yang bersetuju untuk berkongsi sedikit sebanyak realiti dan perkara-perkara menarik mengenai industri pembuatan sneaker tiruan di China ini.

Seperti yang didedahkan, kebiasaannya pengedar akan menjadikan rumah atau apartmen mereka sebagai pusat pengumpulan dan pengiraan stok sebelum dihantar kepada pelanggan. Disini mereka akan mengasingkan kasut bergantung kepada jenisnya dan membuat semakan kualiti produk sebelum dijual kepada pelanggan.

chan putian 251

Lelaki dari Singapura ini yang hanya mahu dikenali sebagai Chan berkata, sebelum terjebak dalam industri ini, beliau merupakan seorang pelajar dalam bidang perubatan di UK. Ketika membuat carian mengenai kasut-kasut edisi terhad yang terdapat di pasaran, dia menemui banyak kasut sneaker cetak rompak yang turut dijual.

Tidak lama kemudian, Chan menyedari kesemua kasut tiruan ini datang daripada tempat yang sama. Menyedari potensi yang ada dalam industri ini, beliau mengambil keputusan untuk turut sama menceburi industri ini. Menurut beliau antara jenama yang mendapat permintaan tinggi termasuklah Balenciaga, Off-White, Air Jordan dan banyak lagi.

Strategi menghasilkan sneaker trend kasut terkini

kasut tiruan putian

Bagi pemain industri ini, mereka perlulah mendapatkan info mengenai trend kasut terkini yang dicari-cari oleh peminat tegar sneaker. Menurut Chan, laman web Reddit biasanya menjadi sumber utama mereka.

Menurut Chan, beliau memulakan bisnes dalam industri kasut tiruan atau digelar "kasut replika berkualiti tinggi" ini pada tahun 2016 ketika masih sedang belajar. Ketika itu, beliau mampu menjual 120 pasang kasut setiap hari dan memperoleh pendapatan sebanyak $100,00 setiap bulan.

Pada peringkat awal, beliau mempunyai beberapa orang pekerja untuk melakukan segala urusan sementara beliau hanyalah berada di belakang tabir. Lama-kelamaan, beliau telah berpindah ke Putian untuk berada lebih dekat dengan kilang dan pemain-pemain lain dalam industri ini.

Untuk menghasilkan kasut replika ini, mereka semestinya perlu mendapatkan sepasang kasut yang original. Daripada situ, kasut ini akan "dibedah" mengikut bahagian bagi membolehkan pereka bentuk meniru rekaan tersebut sebelum ianya akan dihasilkan di kilang dalam jumlah yang banyak.

Pemilik kilang juga biasanya tidak kisah untuk berbelanja lebih bagi membeli sepasang kasut original. Mereka biasanya akan membeli melalui pintu belakang atau "backdoor" bagi membolehkan mereka mendapatkannya sebelum kasut tersebut dijual secara rasmi.

Inilah rahsianya bagaimana replika kasut sneaker premium dan edisi terhad boleh dijual awal walaupun kasut tersebut baru sahaja dikeluarkan secara rasmi untuk dibeli oleh para peminat sneaker.

Mengapa Putian?

kurier kasut tiruan

Mungkin ada yang tertanya, mengapakah Putian menjadi pusat penghasilan sneaker palsu dan tiruan ini? Pada tahun 1980, syarikat Nike dan Adidas masing-masing mempunyai kilang mereka Putian.

Apabila kilang-kilang ini ditutup, pemilik bisnes telah mengambil kesempatan dengan menggaji bekas pekerja-pekerja dari kilang Nike dan Adidas ini. Dalam erti kata lain, mereka adalah pekerja yang sudah mahir dalam membuat sneaker. Malah, mereka juga mempunyai akses untuk mendapatkan bahan-bahan untuk menghasilkan sneaker ini.

Pelanggan merupakan cabaran utama mereka

yeezy tiruan

Mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa undang-undang merupakan cabaran utama bagi pengeluar kasut tiruan ini. Walau bagaimanapun, menurut Chan, sebenarnya pelanggan mereka sendiri merupakan cabaran utama mereka. Bukannya kerajaan, undang-undang dan saman daripada pemilik sebenar jenama tersebut.

Walaupun kasut cetak rompak ini dijual pada harga lebih rendah daripada kasut original, kebanyakan pelanggan tetap mengharapkan kualiti yang bagus daripada sneaker tiruan ini. Sebagai contoh, pelanggan biasanya mengharapkan jahitan kasut tersebut adalah kemas dan kasut tersebut umumnya kelihatan seperti kasut original.

Pelanggan yang tidak berpuas hati biasanya tidak teragak-agak untuk memberikan reviu negatif. Perkara ini boleh memberikan kesan buruk kepada reputasi syarikatnya dan menyebabkannya kerugian beribu dollar.

Kredit:

  1. Forbes
  2. South China Morning Post
  3. Reddit

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)