Kehidupan sebagai selebriti mungkin nampak glamor di mata orang namun harus diingat bahawa mereka juga sebenarnya manusia biasa seperti kita semua. Adakalanya mereka juga boleh tersilap langkah. Ada yang terlibat dengan dadah, ada yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan ada yang lebih kurang bernasib baik, terlibat dengan kes pembunuhan.

Berikut 10 selebriti terkenal yang pernah terlibat dengan kes pembunuhan sehingga menyebabkan kematian seseorang, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Venus Williams

Bintang tenis Venus Williams terlibat dalam satu kemalangan kereta pada Jun 2017 dan menyebabkan seorang lelaki mati. Dia yang sedang memandu di Palm Beach Garden, Florida telah mengelak daripada sebuah kereta yang tiba-tiba membelok secara mengejut dan dilanggar oleh sebuah kereta lain di sebelah tepi kenderaannya.

venus williams selebriti yang pernah terlibat dengan kes pembunuhan

Walaupun pemandu kenderaan lain itu selamat tetapi suaminya yang berumur 78 tahun telah cedera parah dan meninggal dunia dua minggu kemudian setelah dimasukkan ke dalam ICU. Menurut laporan polis yang telah mengkaji rakaman CCTV berhampiran, Venus Williams tidak bertanggungjawab atas kemalangan tersebut dan tidak akan didakwa.

2. Matthew Broderick

matthew broderick selebriti yang pernah terlibat dengan kes pembunuhan

Pada tahun 1987, Matthew Broderick yang terkenal dengan watak 'Inspector Gadget' bersama kekasihnya ketika itu, Jennifer Grey, sedang bercuti di Ireland. Broderick telah tersalah pandu dan memasuki jalan yang berlawanan arah dan menyebabkan pelanggaran dari arah hadapan. Ini menyebabkan kedua-dua penumpang iaitu pasangan ibu dan anak meninggal dunia setelah mengalami kecederaan teruk.

3. Don King

don king selebriti yang pernah terlibat dengan kes pembunuhan

Penganjur tinju terkenal iaitu Don King telah membunuh dua lelaki di dalam kejadian berasingan. King membunuh lelaki yang pertama atas alasan mempertahankan diri ketika lelaki itu memecah masuk pusat perjudiannya. Manakala kejadian kedua King telah disabitkan dengan kesalahan membunuh tahap 2 apabila dia memukul mati pekerja yang berhutang dengannya sebanyak USD600.

4. Snoop Dogg

snoop dogg selebriti yang pernah terlibat dengan kes pembunuhan

Snoop Dogg, bersama pengawal peribadinya telah dituduh membunuh apabila telah menembak mati Phillip Woldemariam, ahli kumpulan musuhnya pada tahun 1993. Pengawalnya dibebaskan atas alasan membela diri tetapi Snoop terus dibicara sehingga tuduhan digugurkan pada tahun 1996.

5. Sid Vicious

sid vicious selebriti yang pernah terlibat dengan kes pembunuhan

Pemain bass kumpulan Sex Pistols ini ditahan dan dituduh membunuh kerana menikam teman wanitanya Nancy Spungen hingga mati pada tahun 1979 di bandar New York selepas kumpulannya berpecah. Vicious telah ditemui dalam keadaan khayal dan mengaku telah membunuh Spungen. Vicious kemudiannya telah diikat jamin dan mati tujuh minggu kemudian kerana mengambil dadah heroin berlebihan semasa satu jamuan yang dihadirinya.

6. O.J. Simpson

oj simpson selebriti yang pernah terlibat dengan kes pembunuhan

O.J. Simpson telah ditahan dan dituduh membunuh bekas isterinya, Nicole Brown, dan rakannya Ronald Goldman. Walaupun perbicaraan di mahkamah mendapati dia tidak bersalah, namun ramai yang percaya dia membunuh dan terlepas daripada hukuman.

7. Salman Khan

salman khan selebriti yang pernah terlibat dengan kes pembunuhan

Pada tahun 2002, kereta yang dipandu bintang terkenal Bollywood ini terbabas dan merempuh sebuah kedai roti di mana ia telah menyebabkan seorang terbunuh dan mencederakan tiga yang lain. Walau bagaimanapun, kes itu hanya diselesaikan 13 tahun kemudian dan Salman digugurkan tuduhan daripada kesalahan membunuh.

8. Oscar Pistorius

oscar pistorius selebriti yang pernah terlibat dengan kes pembunuhan

Pada Februari 2013, pemenang paralimpik Oscar Pistorius telah dituduh membunuh dengan menembak mati teman wanitanya, Reeva Steenkamp. Pistorius mengaku melepaskan empat das tembakan ke arah pintu tandas yang berkunci dan menyangka terdapat penceroboh yang masuk ke dalam rumahnya bersembunyi di situ. Namun, sangkaannya meleset apabila mendapat tahu bahawa Steenkamp yang berada di dalamnya. Ujian yang dijalankan oleh Dr. Merryll Vorster mendapati Pistorius telah mengalami serangan panik dan keresahan.

9. Brandy Norwood

brandy selebriti yang pernah terlibat dengan kes pembunuhan

Pada tahun 2006, penyanyi dan juga juri rancangan "America's Got Talent," Brandy Norwood telah terlibat dalam satu kemalangan lebuh raya dan menyebabkan kematian Awatef Aboudihaj. Dalam kejadian itu, Aboudihaj telah melanggar kenderaan di hadapannya, kemudian dilanggar pula dari belakang oleh Brandy. Walaupun terdapat saksi yang menyatakan Brandy bersalah sehingga menyebabkan kematian itu, mahkamah tidak dapat mensabitkan kesalahan ke atasnya kerana tidak cukup bahan bukti.

10. Michael Massee

michael massee selebriti yang pernah terlibat dengan kes pembunuhan

Michael Massee ialah seorang aktor yang tidak sengaja telah menembak mati Brandon Lee, satu-satunya anak mendiang Bruce Lee di sebuah set lakonan filem bertajuk "The Crow." Pistol yang digunakan tidak diselenggara dengan baik dan mengakibatkan tragedi yang meragut nyawa tersebut. Massee amat trauma dengan kejadian tersebut sehingga terus berehat dari dunia lakonan selama setahun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)