Oleh pada 22 Aug 2017 kategori

iluminasi perkataan ganjil inggeris11 192

Kita selalu nampak perkataan yang pelik-pelik yang digunakan dalam Bahasa Inggeris. Perkataan seperti hullaballoo, ragamuffin, kerfuffle dan whippersnapper merupakan perkataan pelik yang wujud dalam kamus Bahasa Inggeris Oxford, namun perkataan itu hanya bunyinya saja pelik.

Bagaimana dengan perkataan Bahasa Inggeris yang memang pelik yang kita tak sangka sebenarnya wujud dan mempunyai makna yang tak ganjil pun? Hari ini mari kita belajar 10 perkataan itu dan maknanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. "AA"

iluminasi perkataan ganjil inggeris

Siapa sangka "aa" adalah sejenis perkataan yang merujuk kepada 'lava gunung berapi yang mengalir yang mempunyai lapisan berbuih di atasnya.' Selain daripada itu, "aa" juga mendapat penghormatan menjadi perkataan pertama dalam kamus Bahasa Inggeris edisi Oxford.

2. "DIDI"

iluminasi perkataan ganjil inggeris2

Perkataan "didi" yang membawa maksud "kakak" berasal dari Masyarakat India telah pun diiktiraf sebagai satu perkataan rasmi Bahasa Inggeris. Jadi apa kata untuk semua gadis Melayu di luar sana yang suka gunakan 'sis' sebagai kata rujuk kawan perempuan lain, cuba gunakan 'didi' pula.

3. "DONKEYMAN"

iluminasi perkataan ganjil inggeris3

Perkataan ini bukanlah merujuk kepada seseorang yang terhasil selepas kacukan keldai dan manusia berlaku. Ia juga bukan merujuk kepada seorang manusia yang bersifat seperti keldai. 'Donkeyman' merujuk kepada seseorang yang bekerja dalam bahagian enjin sesuatu kapal.

4. "E-TAILER"

iluminasi perkataan ganjil inggeris4

Jika peniaga berbentuk tradisional dengan premis digelarkan 'retailer', dalam Bahasa Inggeris sekarang ini sudah wujud perkataan khas untuk peniaga yang tidak ada premis perniagaan dan hanya meniaga melalui internet - 'e-tailer."

5. "EUCATASTROPHE"

iluminasi perkataan ganjil inggeris5

'Catastrophe' adalah bencana yang menimpa, rasanya kita semua tahu perkara itu. 'Eucatastrophe' pula adalah lawan kepada 'catastrophe' - ia membawa makna sebuah pengakhiran atau 'ending' yang baik. Janganlah tersilap pula kalau ada orang ucapkan pada kita "I hope you have a eucatastrophe today!"

6. "FUTZ"

iluminasi perkataan ganjil inggeris6

Pernah buat sesuatu hanya kerana tak tahu nak buat apa dan hanya sekadar menghabiskan masa? Perbuatan itu adalah 'futz.' Contoh penggunaannya - "Everyday I futz for around 7 to 8 hours and then I go back home."

7. "O-O"

iluminasi perkataan ganjil inggeris7

Nampak macam emoji kan? 'O-O' sebenarnya merujuk kepada sejenis spesis burung yang hampir kepupusan dan hanya wujud di Hawaii. Macam mana nak menyebutnya? Sebutannya berbunyi "Ow-Ow"

8. "SCOFFLAW"

iluminasi perkataan ganjil inggeris8

Perkataan 'scofflaw' ini berpunca daripada dua perkataan iaitu 'scoff' dan 'law.' Scoff membawa maksud tidak mempedulikan dan law pula membawa maksud undang-undang. Jadi 'scofflaw' membawa maksud seseorang yang tidak mempedulikan undang-undang. Adakah anda seorang scofflaw hari ini?

9. "VIDIOT"

iluminasi perkataan ganjil inggeris9

Akhirnya, kita ada juga perkataan khas untuk kita gelarkan pada orang yang suka rancangan-rancangan yang tidak berkualiti dan berfaedah. 'Vidiot' merujuk kepada individu yang menonton television atau video yang rendah kualitinya serta tidak peduli tentang perkara itu.

10. "XERTZ"

iluminasi perkataan ganjil inggeris10

"Xertz' membawa maksud perbuatan seseorang makan dan minum dalam keadaan tamak dan gopoh. Penggunaannya adalah seperti berikut - "Why you are xertzing yourself? There's plenty of food enough for everyone."




Hakcipta iluminasi.com (2017)