6 anime yang menjadi nostalgia bagi bayi kelahiran 1990an

Senarai ini adalah berdasarkan pendapat peribadi penulis. Zaman sekolah rendah dahulu, penulis 'terpaksa' ponteng sekolah bagi menonton rancangan-rancangan anime bersiri ini kerana negeri tempat penulis bersekolah tidak cuti pada hari Ahad.

Sabtu dan Ahad adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh penulis kerana kesemua anime ini akan ditayangkan dan penulis berasa sayang untuk terlepas walaupun satu episod. 

Semuanya kini hanyalah suatu kenangan, dan apabila mendengar lagu pembukaan siri-siri anime ini, penulis berasa sangat nostalgia mengenangkan zaman kanak-kanak dahulu. 

Sekiranya anda bersetuju dengan senarai ini, kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

6. Sailor Moon

Bishoujo Senshi Sailor Moon membawa maksud 'Gadis Muda Pahlawan & Pelayar Bulan Yang Cantik', yang secara rasmi terjemahannya adalah 'Penjaga Pelayar Bulan Yang Cantik', atau turut dikenali sebagai Sailor Moon.  

Sailor berkisar tentang gadis berkepala angin yang bernama Usagi, dan rakan-rakannya iaitu Ami, Rei, Makato, dan Minako. Menggunakan kuasa istimewa, mereka mampu berubah menjadi Sailor Soldiers.

Masing-masing berubah menjadi Sailor Moon, Sailor Mercury, Sailor Mars, Sailor Jupiter dan Sailor Venus. Mereka berjuang demi cinta dan ingin menuntut keadilan daripada minions The Dark Kingom yang jahat.

Perjuangan mereka dibantu dengan nasihat 2 ekor kucing yang boleh bercakap, iaitu Luna dan Artemis. Mereka turut dibantu oleh Tuxedo Mask yang misteri. 

Siri anime televisyen Jepun ini mula ditayangkan dari 7 Mac 1992 hingga 8 Februari 1997 di Asahi Television. Siri ini mempunyai 200 buah episod, tiga filem, 3 episod istimewa dan 5 episod memorial.

Sebelum ditayangkan di televisyen, Sailor Moon adalah siri manga hasil lakaran dan plot oleh Naoko Takeuchi, seorang pelukis manga terkenal.

5. Rurouni Kenshin - Samurai X

Rurouni Kenshin: Meiji Swordsman Romantic Story, yang turut dikenali sebagai Rurouni Kenshin, atau Samurai X.

Samurai X mengisahkan seorang bekas pembunuh upahan dari Bakumatsu, iaitu Hitokiri Battosai pada tahun ke-11 era pemerintahan Maharaja Meiji (1878) di Jepun.

Selepas selesai tugasnya membunuh Bakufu (atau Shōgun - diktator tentera Jepun), Hitokiri menghilangkan diri daripada masyarakat untuk menjadi Himura Kenshin, seorang pahlawan pedang yang melindungi rakyat Jepun.

Beliau bersumpah untuk tidak mengambil nyawa siapa-siapa lagi.

KManga ini mula diterbitkan dalam Weekly Shōnen Jump dari 25 April 1994 hinggalah 4 November 1999. Hasil kerja lengkap Nobuhiro Watsuki ini terdiri daripada 28 jilid. 

Studio Gallop, Studio Deen dan SPE Visual works kemudiannya telah mengadaptasikan manga ini kepada siri anime televisyen. Siri ini ditayangkan di Jepun dari 10 Januari 1996 hinggalah 8 September 1998.

4. Digimon

Pada tahun 1996, sebuah permainan digital telah dicipta oleh 3 orang sahabat, iaitu Akihiro Yokoi, Aki Maita dan Takeichi Hongo. Permainan tersebut adalah sebuah Tamagotchi.

Tamagotchi menjadi inspirasi kepada permainan digital Digimon, singkatan bagi Digital Monster. Digimon mula dijual di pasaran pada Jun 1997 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh kanak-kanak seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. 

Pada 7 Mac 1999, sebuah siri anime pertama Digimon mula ditayangkan di Jepun. Pada awalnya, Digimon Adventure sepatutnya dijadikan sebuah filem pendek, namun selepas siap papan cerita, terdapat permintaan pula terhadap rancangan televisyen untuk kanak-kanak. 

Digimon Adventure mengisahkan sekumpulan kanak-kanak seramai 7 orang yang mengembara ke Dunia Digital (DigiWorld) ketika menghadiri kem musim panas. Dunia tersebut dihuni oleh Digimon.

Mereka dapat mengembara ke DigiWorld kerana mereka adalah 'kanak-kanak terpilih' bagi menyelamatkan kedua DigiWorld dan dunia sebenar daripada kejahatan.

Antara watak penting dalam anime ini adalah Taichi 'Tai' Yagami 'Kamiya', Yamato 'Matt' Ishida, Sora Takenouchi, Koushiro 'Izzy' Izumi, Mimi Tachikawa, Joe Kido, and Takeru 'T.K.' Takaishi.

3. Doraemon

Doraemon adalah antara anime yang paling popular di seluruh dunia dan sepanjang zaman, bukan sahaja dalam kalangan mereka yang lahir pada tahun 1990an, malah popular antara yang lahir pada 1970an dan 1980an, serta kanak-kanak hari ini. 

Doraemon bermula sebagai sebuah siri manga hasil tulisan dan ilustrasi sepenuhnya oleh Fujiko F. Fujio. Siri ini kemudiannya telah diadaptasi menjadi sebuah anime yang berjaya, dan sebagai sebuah rangkaian media. 

Doraemon mengisahkan tentang seekor robot kucing yang bernama Doraemon, yang kembali ke masa lampau dari abad ke-22 bagi membantu seorang kanak-kanak pra-remaja yang bernama Nobita Nobi.

Nobita adalah seorang budak lelaki yang mempunyai masalah pelajaran, serta kerap kali dibuli oleh rakan-rakannya, dan selalu berada dalam emosi yang tidak stabil.

Doraemon dihantar oleh salah cucu cicit Nobita bagi melindungi dan membimbingnya. Kucing robot ini mempunyai sebuah poket yang mengandungi gajet-gajet dari masa depan. Antaranya termasuklah Take-Koputa dan Pintu Suka Hati. 

Antara watak penting lain dalam anime Doraemon adalah Shizuka, Suneo dan Giant.

Manga Doraemon mula diterbitkan pada Disember 1969 dalam 6 buah majalah bulanan kanak-kanak di bawah syarikat Shogakukan. 

Pada tahun 1973, Nippon Television telah menghasilkan sebuah anime Doraemon. Namun, anime ini hanya ditayangkan dalam tempoh yang singkat.

Doraemon kemudiannya kekal eksklusif dalam bentuk manga sehinggalah tahun 1979 apabila sebuah syarikat animasi yang baru ditubuhkan mendapat hak untuk menghasilkan anime berkenaan. Syarikat tersebut adalah Shin-Ei Animation, hari ini dikenali sebagai TV Asahi.

Penerbitan Manga berlangsung dari 15 Disember 1969 hinggalah 23 Jun 1996. Penerbitan dalam bentuk anime pula berlansung dari tahun 1979 hinggalah 25 Mac 2005. 

2. Slam Dunk

Slam Dunk adalah siri manga yang ditulis dan diilustrasikan oleh Takehiko Inoue tentang sebuah pasukan bola keranjang dari Shōhoku High School. Manga Slam Dunk mula diterbitkan dari 1 Oktober 1990 hinggalah 17 Jun 1996. 

Watak utama Slam Dunk adalah Hanamichi Sakuragi, seorang pelajar nakal dan ketua sebuah geng. Sakuragi sangat tidak popular dalam kalangan pelajar perempuan, dan lamaran cintanya pernah ditolak sebanyak 50 kali oleh mereka. 

Pada tahun pertamanya di Shohoku High School, dia bertemu dengan Haruko Akagi, seorang gadis cantik yang menjadi impiannya. Sakuragi berasa seronok dengan Haruko kerana dia tidak takut dengannya seperti gadis-gadis lain. 

Haruko adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Sakuragi kepada pasukan bola keranjang sekolah selepas melihat betapa atletiknya lelaki itu.

Dalam pasukan yang sama, terdapat seorang lelaki yang bernama Kaede Rukawa yang menjadi pesaing dalam pasukan tersebut, serta pesaing cinta terhadap Haruko. 

Slam Dunk telah diadaptasi menjadi sebuah anime bersiri oleh Toei Animation. Anime tersebut ditayangkan di seluruh dunia, dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya dari peminat di Jepun, negara-negara Asia lain serta Eropah. 

Siri anime Slam Dunk terdiri daripad 101 episod. Ia pertama kali ditayangkan pada 16 Oktober 1993 hingga 23 Mac 1996 di Jepun. 

1. Dragon Ball (Dragon Ball Z, GT & Super)

Dragon Ball adalah sebuah francais media Jepun yang dihasilkan oleh Akira Toriyama. Manga ini ditulis dan diilustrasikan sepenuhnya oleh Toriyama, dan telah disirikan dalam Weekly Shōnen Jump antara tahun 1984 hingga 1995.

Kisah Dragon Ball diinspirasikan dari novel China klasik iaitu Journey to the West. Siri ini mengisahkan tentang seorang protagonis yang bernama Son Goku. Ia berkisar tentang watak Goku dari kanak-kanak hinggalah dewasa, yang sentiasa berlatih dalam seni mempertahankan diri.

Goku juga mengembara dunia bagi mencari 7 buah orb yang dikenali sebagai Dragon Balls. Orb ini berupaya memanggil naga yang boleh menjadikan apa-apa permintaan menjadi kenyataan apabila kesemua 7 orb disatukan. 

Sepanjang pengembaraannya, Goku mendapat ramai kawan dan melalui pelbagai pertarungan dengan musuh-musuhnya yang turut mempunyai objektif yang sama iaitu mencari Dragon Balls. 

Manga Dragon Ball telah diadaptasikan kepada 2 siri anime oleh Toei Animation, dan keduanya ditayangkan bersama antara tahun 1986 hinggalah 1996. 

Secara keseluruhannya, studio ini telah menghasilkan sebanyak 19 animasi file dan 3 rancangan televisyen istimewa tentang Dragon Ball, dan juga 2 buah sekuel bersiri iaitu Dragon Ball GT (1996 - 1997) dan Dragon Ball Super (2015 - kini).

Lain-Lain Anime Yang Menjadi Nostalgia Bayi Kelahiran 1990an

Great Teacher Onizuka

Pokemon

Naruto

Detective Conan 

Shin Chan


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)