Masuknya tahun 2019, sudah 15 tahun berlalu sejak episod terakhir Friends ditayangkan. Sitkom ini benar-benar menjadi fenomena budaya sehinggakan para saintis tertarik dengannya.

Menggunakan Friends sebagai contoh, para saintis meneliti rancangan TV dan stereotaip jantina yang popular.

Seorang jurutera mesin pembelajaran bernama Yashu Seth menjalankan kajiannya sendiri yang menunjukkan watak-watak sitkom ini menggunakan angka dan graf.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan maklumat yang menjadi tanda tanya ini dengan para pembaca dan menyelesaikan persoalan sebenar tentang Friends dari pandangan saintifik, iaitu siapakah watak utama dalam siri ini? 

siri sitkom friends

Menurut Yashu, dia mendapat idea untuk melakukan kajian ini ketika menonton salah satu episod kegemarannya, "The One with Ross's Tan".

Melihat watak-watak yang lucu itu, dia mula berfikir, "Siapa sebenarnya watak utama dalam Friends? Adakah Ross atau Rachel? Adakah Chandler yang sarkastik? Adakah ia Monica yang pembersih? Adakah Joey si kaki wanita? Atau adakah penyanyi kesayangan semua orang, Phoebe?

Dia memutuskan untuk menggunakan maklumat sains untuk menjawab persoalan ini.

Yashu memuatkan transkrip Friends sebanyak 10 musim ke dalam program khas. Ia menukarkan fail transkrip mentah ke dalam bentuk jadual berstruktur yang diikuti oleh analisis data penerokaan. 

1. Ross dan Rachel mempunyai lebih banyak dialog berbanding yang lain

ross dan rachel

Tempat pertama dikongsi oleh Ross dan Rachel, sebahagian besarnya disebabkan oleh kisah cinta mereka.

Kedua-dua watak ini mempunyai dialog sekitar 100,000 perkataan.

graf dialog paling banyak dalam friends

Yang paling kurang bercakap adalah Phoebe dengan 15,000 perkataan kurang daripada Ross dan Rachel.

Secara umumnya, dialog antara watak-watak itu agak seimbang dan tiada siapa yang diberi keutamaan.

2. Chandler mempunyai jumlah penampilan skrin tertinggi

chandler bing

Seperti yang dapat kita lihat, Chandler dengan lebih daripada 1,400 adegan adalah yang tertinggi dari segi jumlah penampilan skrin.

Rachel dan Ross tidak jauh di belakang, masing-masing dengan sekitar 1,370 dan 1,330 penampilan.

graf skrin paling banyak dalam friends

Seperti biasa, Phoebe mempunyai bilangan penampilan paling rendah.

Perlu dinyatakan bahawa Yashu menganalisis perkara ini hanya melalui adegan di mana watak tersebut mempunyai dialog.

3. Ross mempunyai jumlah penampilan skrin individu tertinggi

ross geller unagi

Untuk kiraan ini, Yashu mengambil kira adegan di mana hanya satu watak di antara 6 watak ini berseorangan atau dengan watak sampingan lain.

Dan hasilnya menunjukkan perbezaannya yang sangat ketara. Ross adalah pemenang dan meninggalkan watak lain dengan begitu jauh, mempunyai hampir 150 penampilan skrin individu.

graf penampilan skrin individu tertinggi dalam friends

Tempat kedua disandang oleh Joey yang mempunyai 130 adegan berseorangan. Monica mempunyai masa adegan bersendirian paling sedikit dengan kira-kira 50 adegan.

4. Rachel disebut dalam tajuk episod lebih kerap berbanding yang lain

rachel green

Sekali lagi, Rachel dan Ross adalah pemimpin dalam kategori ini.

Nama Rachel disebut sebanyak 27 kali dalam tajuk episod dan Ross pula disebut sebanyak 24 kali.

graf nama tajuk friends paling tinggi

Monica berada di tangga terakhir sekali lagi dengan hanya disebut sebanyak 8 kali dalam tajuk episod.

Kesimpulan

ross geller watak utama friends

Melalui analisis dan maklumat yang dikaji oleh Yashu Seth, dapat disimpulkan bahawa Ross Geller adalah watak utama dalam siri sitkom Friends.

Angka dan graf membantu Yashu untuk memutuskan bahawa watak utama Friends sebenarnya Ross.

Dia mempunyai bilangan adegan individu yang paling banyak dan berada dalam senarai 3 teratas dari segi jumlah perkataan dalam dialog, penampilan skrin umum dan kategori lain.

Rujukan:

1. Yashu Seth

2. Pop Inquirer

3. Refinery




Hakcipta iluminasi.com (2017)