Oleh pada 08 Sep 2017 kategori

duit malaysia rm

Bagi Malaysia, nilai matawang kita sejak beberapa tahun ini boleh dikatakan sangat membimbangkan. Pada Januari 2015, 1 USD adalah bersamaan dengan RM3.57, namun 8 bulan kemudian pada September tahun yang sama, matawang Ringgit Malaysia menjunam dengan terlalu mendadak dan pantas sekali, iaitu 1 USD = RM4.30. Ini jelas menunjukkan ekonomi kita sangat tidak stabil ketika itu. 

Matawang adalah sesuatu yang tak akan pernah kekal nilainya. Nilainya akan sentiasa naik atau turun bergantung kepada ekonomi sesebuah negara dan juga ekonomi dunia. Jika stabil ekonomi sesebuah negara itu, maka nilai matawangnya juga akan kuat dan kukuh.

ringgit malaysia 460

iluminasi.com ingin berkongsi 10 matawang dunia yang mempunyai nilai paling tinggi di dunia ketika ini.

10. Dolar Amerika (USD)

usd

1 USD = RM4.20

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat dikatakan sangat gah dan pelopor kepada ekonomi dunia, namun ia bukanlah yang tertinggi dan paling bernilai di dunia apabila berada di tangga ke 10. Walaubagaimanapun nilai USD semakin menurun untuk beberapa tahun yang lepas, ia masih kuat dan stabil.

USD adalah matawang yang paling banyak diniagakan dan kadar pertukara USD paling popular adalah kadar USD ke EUR.

9. Franc Swiss (CHF)

swis franc

1 CHF = RM4.43

Mungkin ada yang tak pernah mendengar nama matawang CHF atau Swiss Franc ini. Ia merupakan matawang bagi Switzerland dan Liechenstein. Ia merupakan matawang ke-9 paling bernilai di dunia ketika ini. Umum mengetahui Switzerland mempunyai antara salah satu bank paling selamat di dunia, dan sektor perbankan rahsia Switzerland membuatkan matawang CHF sebagai modal antarabangsa yang selamat.

Ketika Switzerland menyertai kesatuan mawatang, ia menyandarkan matawang Franc kepada Euro membuatkan mereka mempunyai dua sistem matawang, dan tidak memansuhkan penggunaan Franc.

Kadar pertukaran Swiss Franc paling popular adalah kadar EUR kepada CHF.

8. Euro (EUR)

euro

1 EUR = RM5.06

EUR adalah matawang bagi rasmi bagi negara-negara di benua Eropah iaitu 19 daripada 28 negara Kesatuan Eropah. Antara negara-negara yang menggunakan matawang EUR adalah Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia dan Sepanyol.

Lebih daripada 1.109 trilion wang Euro berada dalam edaran wang dunia sehingga Januari 2017, membuatkan nilai gabungan wang kertas dan syiling euro sebagai matawang yang paling banyak di dunia, mengalahkan USD. 

7. Dolar Cayman (KYD)

cayman dollar

1 KYD = RM5.12

Kepulauan Cayman adalah pulau di Wilayah Luar Negara British (British Overseas Territory) yang merangkumi 3 pulau di selatan Laut Caribbean. Matawang yang digunakan di kawasan berkeluasan 264 kilometer persegi ini adalah Dolar Cayman atau KYD.

Kadar pertukaran matawang Kepulauan Cayman paling popular adalah kadar USD ke KYD. Sebagai matawang ke-7 paling bernilai di dunia, nilai 1 KYD adalah bersamaan 1.22 USD atau RM5.12

6. Pound Gibraltar (GIP)

gibraltar pound

1 GIP = RM5.52

Gibraltar juga merupakan salah satu daripada Wilayah Luar Negara British, yang terletak di pantai selatan Sepanyol. Matawang yang digunakan Gibraltar adalah Gibraltar pound (GIP). Ia boleh ditukarkan dengan nilai British pound pada nilai setara iaitu 1:1. GIP dikawal oleh bank pusat dan Kerajaan Gibraltar bertanggungjawab menghasilkan dan mencetak wang syiling dan kertas.

Pertukaran Gibraltar Pound paling popular adalah kadar EUR kepada GIP. Nilai GIP adalah bersamaan RM5.52

5. Pound Sterling (GBP)

british pound

1 GBP = RM5.52

Pound sterling atau GBP adalah antara matawang paling popular di dunia selepas USD. Kebiasaannya umum hanya mengetahui GBP sebagai matawang bagi United Kingdom sahaja, namum ia juga merupakan matawang bagi Jersey, Guernsey, Isle of Man, South Georgia, Kepulauan Sandwich Selatan, Wilayah Antartik British dan Tristan da Cunha.

Pound sterling berada di tangga ke-5 matawang paling bernilai, dan matawang ke-4 paling banyak diniagakan di pasaran pertukaran asing. Kadar pertukaran paling popular bagi Pound Sterling adalah kadar EUR kepada GBP. Nilai 1 GBP kepada RM ketika ini adalah RM5.52.

4. Dinar Jordan (JOD)

dinar jordan

1 JOD = RM5.92

Berada di tangga ke-4 nilai matawang paling tinggi adalah JOD atau Dinar Jordan. Kadar pertukaran Dinar Jordan paling popular adalah kadar JOD kepada EUR. Terbing Barat juga menggunakan Dinar Jordan, dan ketika ini 1 JOD bersamaan RM5.92.

3. Riyal Oman (OMR)

oma rial

1 OMR = RM10.90

Oman adalah negara yang mempunyai nilai matawang ke-3 paling tinggi di dunia, iaitu OMR atau Riyal Oman. Sebelum menggunakan OMR, Oman menggunakan matawang INR atau Rupee India, sehingga 1940. Disebabkan ini, kadar pertukaran Riyal Oman adalah kadar dari INR kepada OMR.

Walaupun pasaran minyak mentah menjadi merosot akibat bekalan berlebihan oleh Oman, namun Riyal Oman masih tetap kukuh. Ketika ini, 1 OMR bersamaan USD2.60 atau RM10.90.

2. Dinar Bahrain (BHD)

dinar bahrain

1 BHD = RM11.12

BHD atau Dinar Bahrain adalah matawang bagi negara Bahrain. Lokasi strategik Kerajaan Bahrain memberikan peluang kepada hubungan asing yang menguatkan lagi matawang Bahrain. Pekerja asing paling banyak di Bahrain adalah orang India yang membuatkan kadar pertukaran Dinar Bahrain paling popular adalah kadar INR (Rupee India) kepada BHD.

Selain itu, negara ini menarik minat ramai pekerja asing dari serata dunia kerana nilai matawang yang sangat tinggi. Ketika ini 1BHD bersamaan RM11.12

1. Dinar Kuwait (KWD)

dinar kuwait

1 KWD = RM13.94

Dan senarai nilai matawang paling tinggi di dunia, diungguli oleh KWD, atau Dinar Kuwait yang merupakan matawang bagi Kuwait. Matawang negara yang kaya dengan minyak ini begitu kuat dan kukuh adalah disebabkan ekonominya yang sangat stabil.

Kuwait menggunakan Dinar Iraq buat sementara waktu ketika Perang Gulf, dan kemudiannya menyandarkan Dinar Kuwait kepada USD.

Pada tahun 2007, Dinar Kuwait bebas daripada mana-mana pengaruh matawang dan bermula tahun 2013, KWD adalah matawang yang mempunyai nilai paling tinggi di dunia. 

1 KWD bersamaan USD3.32 atau RM13.94


tags : , , , , , , , , , , , , , ,








Hakcipta iluminasi.com (2017)