Oleh pada 15 Mar 2018 kategori

duit malaysia dulu dulu

Membaca mengenai sejarah matawang di dunia kita, memang banyak sebenarnya fakta-fakta sejarah yang menarik untuk kita pelajari. Sejarah matawang mampu menjelaskan banyak perkara tentang salasilah ekonomi serta pembentukan negara atau kerajaan tersebut.

Selain daripada penggunaan matawang ringgit yang kita gunakan sekarang, negara kita juga tidak terlepas daripada melalui proses bertukar-tukar matawang yang mempunyai pelbagai cerita sebelum kita sampai pada tahap sekarang ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah jenis-jenis wang kertas yang pernah wujud di negara kita satu masa dulu serta sedikit sejarah ringkas berkenaan penggunaannya.

1. Wang kertas Estet Constantinopole

duit estet di johor

Wang kertas ini diperkenalkan oleh Tuan Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff pada tahun 1878 untuk digunakan secara terhad di dalam sebuah kawasan estet di Kukup, Johore sahaja. Wang kertas itu dicetak di Singapura dan ditandatangani dengan tangan, bukan dengan cetakan. Sistem keselamatan yang ada adalah cetakan nombor siri pada wang tersebut disamping cetakan bulatan emboss 'SMA SAGOFF'. Wang kertas ini amat jarang dijumpai dan dianggarkan mampu mencapai nilai melebihi RM29,000 sekiranya dibuka untuk lelongan.

2. Wang kertas kerajaan Jepun

duit zaman jepun duit pokok pisang

Matawang ini diperkenalkan oleh kerajaan Jepun pada tahun 1942 untuk digunakan di Malaya, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Lebih dikenali dengan nama 'duit pokok pisang' ekoran perasaan benci masyarakat ketika itu pada penaklukan Jepun. Dipercayai telah dicetak sebanyak $385 juta untuk edaran sebelum diisytiharkan tidak bernilai, matawang ini mampu mencecah harga RM23,000 sekeping sekiranya dijumpai dalam keadaan baik.

3. Duit Pitis Keping Kelantan

duit kelantan

Digunakan di Kelantan sehingga tahun 1909 sebelum digantikan dengan matawang penjajah, ekoran terlalu banyak keluaran palsu oleh individu yang mahir dalam pemprosesan timah. Direka agar dapat diceraikan daripada 'tangkainya' nya, setiap satu syiling mempunyai nilai 1 pitis. Selain itu, Kelantan juga menjadi antara negeri paling awal mempunyai sistem perbankan dengan pengenalan sistem Bank Pitis yang ditubuhkan pada tahun 1889.

4. Wang kertas negeri-negeri Selat dan Malayan Dollar

duit negeri selat

Wang negeri-negeri Selat atau Straits Dollar  digunakan pada tahun 1898 sehinggalah tahun 1939 kemudian digantikan dengan Malayan Dollar.

1 dollar malaya kerta wang

Bagi Malayan Dollar, kisahnya mempunyai sejarah yang agak unik. Malayan Dollar hanya dicetak di United Kingdom dan dibawa ke Malaya melalui kapal. Sebanyak 27 juta wang 1 dollar dan 5.6 juta duit 5 dollar dicetak keseluruhannya, namun hanya 25.8 juta dan 5 juta sampai ke Malaya. 700 ribu wang 1 dollar dan 500 ribu wang 5 dollar tenggelam selepas kapal yang membawanya dikaramkan tentera Jerman tidak jauh dari Sumatera.

Dalam keadaan baik, harga sekeping wang ini mampu mencecah RM2000 ke RM4000 lebih.

4. Duit Kertas Malaya dan Borneo Utara

duit zaman malaya

Digunakan secara meluas di Malaya, Singapura, Sarawak, Borneo Utara dan kepulauan Risau dari tahun 1953 hingga 1967 sebelum ditamatkan penggunaannya pada 16 Januari 1969. Sekiranya anda berminat untuk memiliki wang kertas dari zaman ini, agak mudah untuk anda mendapatkannya kerana koleksi banyak dilelongkan dengan harganya bergantung kepada kondisi dan statusnya.

5. Wang Borneo Utara

duit borneo utara

Sebelum digantikan dengan matawang Malaya dan Borneo Utara, matawang yang digunakan di kawasan Borneo Utara adalah matawang British Borneo Utara. Agak lama juga matawang ini digunakan daripada 1882 hingga 1953. Memaparkan gambarajah Gunung Kinabalu sebagai penghias, wang kertas ini mampu mencapai RM1084 dalam keadaan baik.

6. Dollar Sarawak

duit zaman penjajah

Sama seperti Borneo Utara, Sarawak juga mempunyai matawang sendiri yang dinamakan Sarawak Dollar. Diguna dari tahun 1858 hingga tahun 1953, wang ini dikeluarkan sendiri oleh kerajaan Sarawak ketika itu dengan menggunakan cetakan tangan buat kali pertama dan ini menyebabkan kualitinya kurang baik berbanding matawang lain yang ada ketika itu. Untuk memilikinya ketika ini memerlukan pelaburan yang besar dengan harga sekeping mampu mencecah RM3000 ke RM5000, dengan wang yang dikeluarkan sebelum tahun 1922 menjadi buruan peminat wang lama.

7. Penang Dollar

duit penang sistem matawang lama

Pulau Pinang juga satu masa dulu menggunakan sistem matawang sendiri di antara tahun 1786 hinggalah 1826. Diperkenalkan selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Syarikat India Timur, kebanyakan wang yang digunakan ketika itu dibuat di Calcutta, India. Wang syiling yang diperkenalkan mempunyai tulisan Arab yang betulis Jezirah Perrinsa ab-Wailis yang membawa makna Prince of Wales Island.

8. Keping Terengganu

duti keping terengganu

Sama seperti di Kelantan, pada tahun 1909 penggunaan wang keping Terengganu dihentikan dan digantikan dengan matawang negeri Selat. Diperbuat daripada timah, hanya satu bahagian pada wang keping Terengganu ini dicetak dengan tulisan "Kali Malik al Adil" yang membawa maksud "Pemerintah yang baik adalah pemerintah yang adil."




Hakcipta iluminasi.com (2017)