Oleh pada 16 Jul 2019 kategori

Pembentukan Kesatuan Eropah (EU) membuka jalan bagi sistem kewangan pelbagai negara yang bersatu di bawah mata wang tunggal, iaitu Euro. Walaupun kebanyakan negara anggota EU bersetuju untuk menerima pakai Euro, beberapa buah negara termasuklah United Kingdom telah memutuskan untuk berpegang pada mata wang warisan mereka sendiri.

Artikel ini ingin membincangkan sebab-sebab mengapa United Kingdom telah menjauhkan diri dari Euro dan apa kelebihan yang mungkin diperoleh oleh ekonomi mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

United Kingdom adalah ahli Kesatuan Eropah yang paling ketara yang memilih untuk tidak menggunakan mata wang Euro. Sebaliknya, mereka menggunakan pound sterling sebagai mata wang negara mereka.

mata wang euro ditolak oleh uk

Sebenarnya, menggunapaka mata wang Euro akan memberikan kelebihan kepada United Kingdom, termasuklah:

  1. Jangkaan kadar pertukaran dengan Eropah
  2. Lebih mudah bagi pengguna untuk membandingkan harga (ketelusan harga)
  3. Kos transaksi yang lebih rendah
  4. Menggalakkan pelaburan kerana kestabilan yang lebih tinggi dalam perdagangan

Walau bagaimanapun, UK tetap memutuskan untuk tidak menyertai dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menyertai pada masa akan datang walaupun mungkin menikmati kelebihan ini.

Lima Ujian Ekonomi Tony Blair

lime ujian ekonomi oleh uk untuk menggunapakai mata wang euro

Apabila Euro pertama kali dicadangkan sebagai sistem mata wang tunggal untuk Kesatuan Eropah pada tahun 1997, Perdana Menteri Menteri Britain pada ketika itu, Tony Blair, mengisytiharkan bahawa terdapat "5 ujian ekonomi" yang mesti dipenuhi jika mahukan negaranya untuk menerima Euro.

Canselor Tony Blair dari Exchequer, Gordon Brown, adalah individu yang bertanggungjawab dalam mewujudkan dasar "5 ujian" berkenaan dengan United Kingdom dan Euro. Ujian adalah seperti berikut:

  1. Kitaran perniagaan dan struktur ekonomi mestilah serasi agar United Kingdom dapat hidup dengan kadar faedah Eurozone.
  2. Sistem mesti mempunyai kelenturan yang mencukupi untuk menangani masalah ekonomi tempatan dan agregat.
  3. Penggunaan Euro mesti mewujudkan keadaan yang kondusif kepada firma dan individu yang melabur di United Kingdom.
  4. Euro haruslah membolehkan industri perkhidmatan kewangan negara kekal dalam kedudukan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
  5. Penggunaan Euromesti menggalakkan pertumbuhan yang lebih tinggi, kestabilan dan peningkatan jangka panjang dalam bidang pekerjaan.

Ramai yang percaya bahawa 5 ujian ekonomi ini menetapkan tanda aras yang terlalu sukar untuk dipenuhi sehinggakan pertukaran kepada Euro daripada pound sterling tidak dicapai. 

Alasan lain United Kingdom tidak menggunapakai Euro

united kingdom vs europe

Kerajaan British tidak mahu mengabaikan dasar kadar faedahnya sendiri, yang mana dilihatkan akan berlaku jika berada di bawah sistem Euro.

Sistem ini juga akan menghilangkan tahap keselesaan semasa dengan kadar pertukaran pound sterling.

Sebagai contoh, firma atau pelabur British yang sudah biasa dengan penukaran mata wang pound sterling kepada dolar atau sebaliknya  terpaksa menyesuaikan diri dengan kadar pertukaran baru iaitu Euro ke dolar.

Di samping itu, United Kingdom akan terpaksa untuk memenuhi "kriteria penumpuan euro" sebelum menggunapakai mata wang itu, yang mana termasuk mengekalkan nisbah hutang kepada KDNK yang membatasi dasar fiskal British.

Sehingga 2014, United Kingdom hanya memenuhi 20% daripada kriteria penumpuan.

Rujukan:

1. Investopedia

2. Quora

3. Economics Help




Hakcipta iluminasi.com (2017)