Oleh pada 15 Mar 2018 kategori

bagaimana kadar tukaran mata wang ditentukan 3

Musim cuti sekolah hampir tiba dan pasti ramai yang sudah merancang percutian masing-masing. Ada yang bercuti di dalam negara, dan juga luar negara. Bagi yang akan ke luar negara, antara perkara yang paling penting perlu dilakukan adalah menukarkan wang RM kepada wang asing.

Pernah tak anda terfikir apa yang menentukan kadar pertukaran wang asing? Kan lebih mudah jika RM1 bersamaan dengan 1 Euro, 1 Yen dan 1 Pound. Tapi itu tidak berlaku dan setiap negara mempunyai matawang masing-masing dengan nilai yang berbeza-beza.

BESARKAN TEKS     A-  A+

bagaimana kadar tukaran mata wang ditentukan 4

Jadi, apa yang menentukan kadar pertukaran ini?

Sokongan emas

emas digunakan dalam menyokong penentuan mata wang

Untuk beratus-ratus tahun lamanya, matawang-matawang di seluruh dunia disokong kepada emas. Ini bermakna setiap helaian wang kertas mewakili nilai sebenar emas yang dimiliki oleh kerajaan yang mengeluarkannya.

Amalan ini dikenali sebagai standard emas dan ia mengawal kadar pertukaran antarabangsa sehingga awal abad ke-20. Akhirnya, bekalan emas tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan matawang. 

Amerika Syarikat telah tidak lagi menggunakan standard emas pada awal tahun 1970an. Dengan ini, nilai dolar AS dikawal oleh kuasa pasaran dan sistem kewangan antarabangsa didasarkan kepada dolar dan mata wang kertas yaang lain.

Dominasi oleh dolar Amerika Syarikat

bagaimana kadar tukaran mata wang ditentukan

Dan pada hari ini, disebabkan dolar AS mendominasi banyak pasaran kewangan dunia, ia membuatkan kadar pertukaran sering dinyatakan dalam bentuk dolar AS. Dolar AS dan Euro membolot hampir-hampir separuh daripada semua transaksi tukaran mata wang di seluruh dunia.

Sistem kadar pertukaran terapung

bagaimana kadar tukaran mata wang ditentukan 22

Terdapat dua sistem utama yang menentukan kadar pertukaran sesuatu mata wang. Bagi kebanyakan negara yang mempunyai pasaran ekonomi yang stabil, mereka menggunakan sistem kadar pertukaran terapung, contohnya seperti Amerika Syarikat, Kanda dan Great Britain.

Sistem ini ditentukan oleh pasaran berdasarkan pembekalan dan permintaan. Banyak faktor yang boleh memberi kesan kepada sistem ini dan antara yang utama termasuklah inflasi, kadar faedah, kadar pengangguran, pelaburan asing dan nisbah dagangan.

Sistem kadar pertukaran tetap

bagaimana kadar tukaran mata wang ditentukan 5

Bagi negara yang lebih kecil atau yang sedang membangun dengan ekonomi yang kurang stabil dari masa ke masa, sistem kadar pertukaran tetap atau sistem tambat digunapakai. Sistem pertukaran ini ditetapkan dan dikawal oleh kerajaan.

Terma "tambat" merujuk kepada kadar tukaran ditambat kepada mata wang negara lain, biasanya kepada dolar AS. Kadar tukaran tambat biasanya tidak naik dan turun dari hari ke hari, dengan kata lain, tetapi.

Untuk mematikan kadar tambatan stabil, kerajaan negara tersebut harus melakukan pelarasan secara berterusan. Ini bermakna mereka harus menyimpan jumlah mata wang asing yang banyak bagi menampung turun naik kepada pembekalan dan permintaan 

Rujukan :

1. Wonderopolis

2. Investopedia

3. Britannica




Hakcipta iluminasi.com (2017)