Oleh pada 27 Mar 2017 kategori

Apa yang anda faham berkenaan penurunan nilai ringgit berbanding mana-mana matawang?

Masih ramai yang belum benar memahami konsep nilai matawang sebenarnya perlu dinilai secara terbuka, yakni naik tidak mencerminkan positif dan turun tidak mencerminkan negatif. Naik atau turun nilai matawang kita iaitu RM sebenarnya perlu dinilai menggunakan perspektif yang lebih besar dan tidak perlu dijeratkan kepada 'RM turun, teruk!'

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebenarnya, konsep nilai matawang ini perlu diperjelaskan supaya masyarakat dapat faham mengapa ada kalanya lebih baik nilai matawang RM kita berada di tahap yang rendah atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum kita bincangkan mengapa nilai RM yang rendah memberikan faedah, mari kita lihat dulu faedah-faedah matawang RM jadi mahal, kerana ini yang kita suka bincangkan.

nilai matawang rendah malaysia

Dengan mempunyai nilai RM yang tinggi, nilai barangan import menjadi murah. Itu adalah salah satu faktor besar kenapa ramai yang selama ini gemar melawat Amazon kini beralih ke arah gedung internet Asean atas nilai RM yang menyusut berbanding USD.

Kesemua barangan import yang dibawa masuk ke Malaysia akan menjadi lebih murah dan akan menyebabkan wujudnya lebihan belanja untuk masyarakat gunakan atau jadikan simpanan.

krisis kewangan

Yang lebih seronok, oleh kerana nilai RM tinggi, melancong ke luar menjadi lebih murah kerana kos yang akan dikenakan pada kita berkurangan. Dah la melancong jadi lebih murah, nak membeli belah di negara yang dikunjungi juga tidak membebankan.

Apabila bercakap mengenai sektor korporat pula, syarikat luar yang mempunyai pejabat di Malaysia juga bakal mempunyai kekukuhan kewangan yang lebih baik kerana nilai RM yang lebih baik jika mereka melakukan transaksi perniagaan mereka dalam pasaran Malaysia.

iluminasi ekonomi kewangan02

Apa pula keburukan nilai matawang tinggi?

Hendak memahami apa keburukannya, kita terbalikkan kesemua faedah yang dinyatakan di atas.

Oleh kerana nilai barangan import masuk menjadi murah, nilai barangan yang hendak dieksport pula menjadi mahal kerana nilai RM yang tinggi. Ini bermaksud kekurangan peluang pada peniaga tempatan untuk membawa keluar produk mereka kerana semakin kecil pasaran yang mampu membeli produk tersebut wujud.

Jika Indonesia membeli satu episod Upin Ipin pada contohnya harga RM1 atau 3000 rupiah, jika RM mengalami pengukuhan berbanding rupiah, mungkin Indonesia terpaksa membeli dengan harga lebih mahal. Persoalannya, berapa mahal sebelum mereka tak beli?

keburukan matawang terlalu tinggi

Kemasukan pelancong ke dalam negara kita pula akan terjejas kerana kos untuk melancong di Malaysia akan meningkat. Apa yang akan berlaku jika kemasukan pelancong kurang? Sumber pendapatan syarikat yang bergantung dengan pelancongan terjejas, sumber pendapatan negara terjejas dan besar kemungkinan ekonomi Malaysia sendiri akan terjejas.

Dalam bidang korporat pula, rasanya proses penjimatan dan penstrukturan semula syarikat luar negara akan berlaku kerana kos yang meningkat. Jika sebuah prosessor yang dipasang di Malaysia memerlukan kos RM250 satu unit pada awalnya dan kemudian meningkat menjadi RM300 kerana pengukuhan RM sebagai contoh, besar kemungkinan syarikat tersebut akan mencari peluang di negara lain untuk meminimakan kos.

Dalam bidang pendidikan, jelas pro dan kontranya isu nilai matawang ini. Matawang tinggi, pelajar kita mudah nak ke luar negara serta lebih banyak biasiswa akan disediakan. Matawang kita rendah, pelajar luar negara ramai akan datang belajar ke sini serta menggalakkan pembukaan banyak cawangan universiti luar di negara kita. Ini contoh yang kita nampak sekarang.

krisis matawang malaysia

Amat mudah untuk kita menilai positifnya mempunyai nilai matawang tinggi kerana perkara tersebut memberikan kesan kepada kita secara lebih tampak. Kita nampak keuntungan pada kita secara individu tetapi rakyat bukahlah hanya datang dari kelompok pengguna akhir sahaja.

Ada bermacam isu yang perlu diambil kira seperti keperluan mewujudkan budaya saing supaya produk Malaysia dapat dieksport keluar, keperluan kemasukan pelabur asing ke Malaysia dalam membawa masuk pelaburan serta mencipta peluang pekerjaan baru dan keperluan memastikan setiap rakyat mempunyai peluang pekerjaan yang lebih besar kerana jika terlalu bergantung kepada syarikat tempatan, rasanya sukar nak menampung permntaan pencari kerja.

Aku harap tulisan ni dapat membantu anda serba sedikit memahami kenapa nilai matawang ini bukanlah hitam putih semata. Ada nilai yang optimum yang negara kita perlu imbangkan untuk imbangi pelbagai keperluan yang wujud, supaya kita tak terlalu berat ke kiri atau ke kanan.

China sendiri dari era 80-an dengan sengaja menggunakan polisi merendahkan nilai matawang mereka dan dikawal kesan buruknya dengan memperbanyakkan eksport negara mereka. Apa yang berlaku pada mereka sekarang?




Hakcipta iluminasi.com (2017)