mata wang paling berharga tahun 2019

Mata wang boleh dianggap sama seperti organisma hidup di dunia kerana ia sentiasa berubah, menyesuaikan diri, dan berkembang. Oleh itu, mata wang boleh menjadi satu perkara yang sangat sukar difahami.

Sebagai contoh, mata wang yang paling mahal tidak semestinya menjadikannya mata wang yang paling berkuasa di dunia.

Sehingga hari ini, semua mata wang dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat, menjadikannya USD sebagai kuasa yang mendominasi dalam keadaan ini.

Namun, ia bukanlah mata wang yang paling mahal pada ketika ini. iluminasi.com kongsikan 7 mata wang paling bernilai bagi tahun 2019. 

7. Euro

euro mata wang ketujuh paling bernilai di dunia tahun 2019 163

Selepas dolar AS, Euro adalah mata wang kedua paling banyak diperdagangkan di dunia dan mata wang rizab kedua terbesar di dunia.

Ia lebih mengejutkan memandangkan bahawa mata wang Euro masih sangat muda yang hanya wujud pada tahun 1999.

Walau bagaimanapun, hal ini dapat difahami kerana banyak negara-negara Eropah menggunakan Euro dan juga beberapa negara Afrika, juga.

Nilai Euro pada hari ini bersamaan dengan USD1.12 atau RM4.61

6. Dolar Kepulauan Cayman 

dolar kepulauan cayman mata wang keenam paling bernilai di dunia tahun 2019

Dari segi tempat perlindungan cukai, Kepulauan Cayman sangat sukar ditewaskan.

Peranan mereka sebagai pembekal kuasa kepada beratus-ratus bank, dana lindung nilai, dan syarikat insurans, anda tak harus terkejut jika KYD berfungsi dengan begitu baik dan diiktiraf sebagai salah satu mata wang paling bernilai di dunia.

Dinilai sebagai KDNK ke-14 terbesar di dunia berdasarkan nilai PPP, Dolar Kepulauan Cayman dinilai di antara mata wang paling berharga di dunia, dan mungkin nilainya akan meningkat seiring waktu.

KYD1 kini bersamaan dengan USD1.20 atau RM4.94.

5. Pound Sterling British

pound sterling british mata wang kelima paling bernilai di dunia tahun 2019 1 66

Pernah menjadi mata wang paling berharga di dunia, pound British tidak berkuasa seperti dahulu. bukan kuasa yang dulu. Malah, nilainya mungkin terus menurun disebabkan peristiwa yang berlaku baru-baru ini.

Sudah tentu, mata wang naik dan turun mengikut masa, dan tidak ada sebab untuk mempercayai bahawa pound tidak boleh pulih.

United Kingdom adalah satu-satunya negara di Eropah untuk tidak menggunakan mata wang Euro, jadi hakikat bahawa pound masih wujud sahaja sudah menjadi satu keajaiban.

Sehingga hari ini, kadar pertukaran pound sterling British dinilai pada GBP1 bersamaan dengan USD1.30 atau RM5.35.

4. Dinar Jordan 

dinar jordan mata wang keempat paling bernilai di dunia tahun 2019

4 tahun selepas Jordan menjadi negara merdeka, Dinar Jordan secara rasmi menjadi mata wang sah Kerajaan Hashemite Jordan.

Secara tidak rasmi, mata wang berharga ini telah digunakan secara liar oleh Tebing Barat wilayah Palestin.

Dinar adalah salah satu daripada mata wang dunia yang asing dan alasan mengapa ia menjadi begitu berharga adalah agak misteri.

Negara ini sendiri tidak banyak dibangunkan dari segi ekonomi dan tidak ada sumber asli untuk ditunjukkan. Walau apa pun, Dinar Jordan telah menjadi salah satu mata wang yang lebih berharga yang boleh didapati hari ini.

Nilai JOD1 pada hari ini bersamaan dengan USD1.41 atau RM5.80

3. Rial Oman

rial oman mata wang ketiga paling bernilai di dunia tahun 2019

Negara Semenanjung Arab iaitu Oman tidak mempunyai sebarang misteri di sebalik nilai yang dimiliki Rial.

Lokasi strategik negara ini memberi rakyat Oman sebuah ekonomi yang maju serta kualiti kehidupan yang tinggi.

Ia memiliki salah satu mata wang paling berharga di dunia sekarang. Walaupun ekonomi berpelbagaian, Oman bergantung banyak terhadap eksport minyak, di mana ia merupakan simpanan minyak ke-25 terbesar di dunia.

Penarafan Rial Oman ketika ini adalah pada 1 OMR yang setara dengan USD2.60 atau RM10.69.

2. Dinar Bahrain 

dinar bahrain mata wang kedua paling bernilai di dunia tahun 2019

Merupakan sebuah destinasi pelancongan yang tersangat popular, Bahrain mendapat sedikit kelegaan dari industri pelancongan untuk meningkatkan pengeksportan minyaknya.

Memanfaatkan sumber-sumber semulajadi yang terdapat di pulau kecil itu, serta kesan daripada litar Grand Prix yang terdapat di sini, Bahrain telah memperlihatkan peningkatan yang baik selama bertahun-tahun.

Ini telah menyumbang kepada kejayaan Dinar Bahrain, yang merupakan mata wang kedua paling berharga di dunia pada ketika ini.

1 BHD kini bersamaan dengan USD2.65 atau RM10.90.

1. Dinar Kuwait

dinar kuwait mata wang paling berharga tahun 2019 346

Negara mata wang tertinggi dan paling berharga di dunia, Kuwait adalah sebuah negara kecil yang mempunyai kehebatan tersendiri.

Separuh daripada KDNK Kuwait terdiri daripada eksport berasaskan minyak dan itu sahaja boleh menjelaskan sebahagian daripada kekayaan milik negara ini.

Walau bagaimanapun, ia mempunyai pelan sandaran apabila mereka tidak lagi boleh mengharapkan pendapatan daripada perdagangan minyak, dengan mempunyai bursa saham kedua terbesar di kalangan negara Arab.

Dalam pasaran hari ini, 1 KWD adalah bersamaan dengan USD3.29 atau RM13.53.

Rujukan:

1. FXSSI

2. Legit

3. BMF



Hakcipta iluminasi.com (2017)