Oleh pada 01 Apr 2023 kategori

Dalam cabang pengajian bahasa, ada banyak perkataan atau istilah yang membawa bermacam makna berbeza, walaupun ejaan dengan cara sebutannya sama.

Istilah sebegini dalam bahasa Inggeris dinamakan sebagai istilah polysemy, membawa maksud sesuatu simbol, istilah, frasa atau tanda yang mempunyai pelbagai firasat atau word sense.

Terhasil akibat evolusi penggunaan bahasa di kalangan ahli masyarakat yang mungkin atau tidak mempunyai asal-usul serupa, berikut adalah 8 istilah bahasa Inggeris yang memegang banyak makna,

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. "Bank"

bank negara malaysia 151

Istilah Inggeris yang dipinjam daripada bahasa Itali 'banco', 'bank' seperti yang sudah kita ketahui merujuk kepada institusi kewangan profesional.

Masyarakat Inggeris juga menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada lokasi sungai iaitu 'river bank.'

Mereka juga menggunakan istilah bank untuk menggambarkan perbuatan bergantung harap kepada bantuan atau sokongan seseorang, seperti 'you can bank on me!'

2. "Man"

man lelaki banyak makna

Istilah ini kerap kontroversi sekarang, akibat tekanan gerakan feminis mengejar kesamarataan.

Penekanan kepada 'man' bukan saja mewakili lelaki, tetapi turut sama digunakan bagi merangkumi spesis manusia.

Selain itu, 'man' juga diguna bagi mewakili perbuatan seseorang mengemudi atau mengepalai sesuatu seperti kenderaan.

'To man the aeroplane' membawa makna seseorang itu akan mengawal kapal terbang itu sepenuhnya.

3. "Court"

court gelanggang mahkamah

Di negara kita, ramai sungguh pemimpin negara kita kena masuk court kan?

Kita tahu court merujuk mahkamah, jangan lupa court juga membawa makna gelanggang di mana acara sukan dipertandingkan.

Court juga mampu digunakan bagi menggambarkan usaha kita menarik minat seseorang, sama ada untuk menyertai organisasi atau kumpulan kita seperti 'courting voters' dan mewakili usaha seseorang menarik hati kekasih agar sudi menjadi teman kita.

4. "Right"

right kanan betul istilah

Bila kami tulis istilah di atas, apa makna pertama yang anda terbayang dalam kepala?

Kanan atau betul? Itu adalah dua penggunaan paling utama istilah ini, sama ada merujuk kepada arah kanan atau sesuatu yang betul.

Right boleh merujuk kepada hak seperti human rights dan juga seseorang yang betul seperti you got the right person for the job.

5. "Fan"

istilah fan makna

Walaupun kita duduk di Malaysia, ramai di antara kita die hard fan kelab bola sepak luar kan?

Fan mempunyai dua makna utama, di antara fan yang merujuk kepada peminat atau fan yang merujuk peralatan kipas.

Fan juga boleh merujuk perbuatan seseorang mengipas sesuatu sama ada menggunakan peralatan lain atau hanya dengan tangan, bagi menyejukkan apa yang sedang dikipasnya.

6. "Stand"

stand telefon

Bagi rakyat Malaysia, 'stand' dalam bahasa rojak kita adalah peralatan diguna untuk menyandarkan sesuatu seperti stand mikrofon, stand telefon dan sebagainya.

Penggunaan ini betul di kalangan penutur Inggeris.

Stand juga merujuk kata kerja berdiri menggambarkan seseorang berdiri tegak (please stand up), boleh digunakan untuk merujuk orang yang dibicarakan (stand for trial) atau perasaan kita (I stand by my opinion atau I cannot stand you anymore!).

7. "Check"

cek enjin kereta

'Boleh tak 'cek' kenapa kereta saya tak boleh start?'

Istilah 'check' popular di kalangan masyarakat kita, kerana kebolehgunaannya tinggi!

Kita biasa menggunakan check/cek untuk menggambarkan perbuatan memeriksa sesuatu untuk dipastikan berada dalam keadaan yang betul atau sempurna.

Dalam bahasa Inggeris, check juga menggambarkan:

1. perbuatan memeriksa persekitaran (please check your surrounding before opening the door),

2. menyerahkan sesuatu (check my luggage with the airline)

3. menanda sesuatu (check the answer in the correct choice)

4. memeriksa sesuatu yang kita belum tahu (check my exam result)

5. melanggar seseorang (just bodycheck him!).

Dalam permainan catur pun, setiap kali serangan kepada Raja dilakukan, pemain akan menyebut 'check!'.

8. "Set"

set perkakasan

Dari kiraan rasmi, istilah 'set' duduk di tangga kedua dalam jumlah makna berbeza, tewas kepada istilah 'run' yang mempunyai lebih banyak definisi.

Tetapi kami rasakan rakyat Malaysia lebih banyak menggunakan set berbanding run dalam dialog kita.

Set digunakan kita dalam situasi mirip dengan kegunaan asalnya dalam bahasa Inggeris, seperti:

1. perbuatan menyiapkan sesuatu (Please help set the table)

2. merujuk perhiasan atau kelengkapan (we need to arrange the set properly)

3. menetapkan sesuatu (we need to set a higher standard/price)

4. penjodoh bilangan (this books comes only as a set)

...dan banyak lagi.

Penulis juga bila diajak berjumpa kawan-kawan, biasanya akan menjawab 'set!' menandakan persetujuan penulis.

Siapa ini pun kerap guna set secara rojak?




Hakcipta iluminasi.com (2017)