Dunia pada abad ke-20 kini dipenuhi dengan persaingan, perbalahan dan permusuhan. Semakin banyak wang dan kuasa, semakin tinggi risiko nyawa melayang.

Dengan jumlah penculikan dan cubaan membunuh yang semakin meningkat, anggota kawalan keselamatan seperti pengawal peribadi diperlengkapkan kepada keluarga diraja, selebriti, tokoh perniagaan dan juga ahli polttik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebanyakan daripada individu ini membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memastikan keselamatan mereka dan keluarga terjamin.

iluminasi.com kongsikan 10 individu dengan kawalan keselamatan paling ketat di dunia. 

10. Putera Harry dan Megan Markle

putera harry dan megan markle pasangan paling ketat dilindungi

Kategori: Pasangan dengan kawalan keselamatan paling ketat 

Pasangan bahagia dari kerabat Diraja, Putera Harry dan Meghan Markle disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 orang yang paling dilindungi di dunia pada 2019.

Untuk memastikan pasangan muda ini dilindungi dengan baik dari sebarang bahaya dan risiko, lebih daripada 1,000 askar didedikasikan untuk mereka.

Malah, kediaman Putera Harry dan isterinya juga dilengkapi dengan sistem keselamatan yang tersangat ketat.

Rumah mereka di Frogmore Cottage yang bernilai RM2.7 bilion dan terletak berdekatan dengan Istana Windsor, mempunyai kawalan keselamatan seperti Fort Knox dengan kamera berteknologi tinggi dan sensor di sekeliling rumah.

9. El Chapo

el chapo banduan paling dilindungi

Kategori: Banduan dengan kawalan keselamatan paling ketat 

Salah satu nama yang paling terkenal di sebalik tirai besi iaitu Hawkin Guzman, yang terkenal dengan nama gelaran El Chapo adalah banduan yang paling dilindungi pada tahun 2019.

El Chapo yang merupakan raja dadah kartel Sinaloa, sentiasa berjaya melepaskan diri daripada penjara namun dia telah ditangkap beberapa kali.

Ketika ini, El Chapo berada di bawah pemerhatian 24 jam oleh pengawal bersenjata di sepuluh penjara Selatan di Manhattan, New York.

Untuk mengawal dengan lebih selamat dan mengelakkan dia daripada melarikan diri, El Chapo diarahkan untuk tidur di sel penjara yang berlainan setiap hari. 

8. Vladimir Lenin

vladimir lenin mayat paling dilindungi

Kategori: Tubuh manusia dengan kawalan keselamatan paling ketat 

Misteri mengenai mayat yang berada di bawah perlindungan ribuan pegawai polis bersenjata adalah benar.

Mayat bekas pemimpin Kesatuan Soviet iaitu Vladimir Lenin yang mati pada tahun 1924 kini berada di kubur di Red Square Moscow, Rusia dan dikatakan menjadi perkara terpenting yang pernah ada di Rusia.

Mayat yang sangat berharga bagi Rusia ini diletakkan di bawah kawalan pemerhatian 24 jam sepanjang 95 tahun yang lalu, menjadikannya sebagai tubuh manusia yang paling dilindungi di dunia.

7. Donald Trump

donald trump bilionaire paling ketat dikawal 830

Kategori: Bilionaire dengan kawalan keselamatan paling ketat

Presiden negara paling berkuasa di dunia iaitu Amerika Syarikat, Donald Trump berada di bawah kawalan 1,000 orang anggota pasukan keselamatan yang terlatih dengan pasukan kenderaan pengiring presiden, pasukan tindak balas pantas serta ejen perkhidmatan rahsia.

Trump juga disediakan dengan Air Force One (pesawat yang paling selamat di dunia), limosin presiden dengan nama julukan "The Beast", helikopter marin serta kenderaan dan kakitangan yang sokongan.

Bukan itu sahaja, Trump juga telah membelanjakan lebih dari RM64 juta untuk kereta sedan baru iaitu Cadillac CT6 dengan kaca kalis peluru, bekalan darah dan bekalan udara bebas.

Pada bulan Mei 2017, belanjawan persekutuan telah dikeluarkan yang termasuk RM480 juta untuk kawalan keselamatan selama setahun terhadap Presiden Trump dan keluarganya.

6. Mark Zuckerberg 

mark zuckerberg ceo paling ketat kawalan

Kategori: CEO dengan kawalan keselamatan paling ketat 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terkenal, termasuklah CEO Facebook iaitu Mark Zuckerberg telah berada di bawah perlindungan pegawai polis eksekutif bersenjata.

Zuckerberg yang juga dianggap sebagai eksekutif paling mahal, telah membelanjakan kira-kira RM80 juta untuk penjagaan keselamatan dirinya dengan RM29.2 juta untuk pengawal peribadi, rumah dan perjalanannya.

Dan setiap kali beliau keluar, pasukan utamanya akan memeriksa kawasan tersebut terlebih dahulu bagi memastikan ia selamat.

5. Ratu Elizabeth II

ratu elizabeth ii monarki paling ketat kawalan keselamatan

Kategori: Monarki dengan kawalan keselamatan paling ketat 

Sebagai raja Inggeris pertama yang pernah merayakan Jubli Sapphire (perayaan untuk menandakan ulang tahun ke-65 pemerintahan Ratu Elizabeth II), Ratu Elizabeth II berada di bawah pemerhatian orang ramai.

Dan disebabkan ini, beliau mempunyai pengawal Diraja yang sangat ramai dikenali sebagai "Pengawal Ratu".

Malah, setiap kali terdapat majlis di tempat awam, sekumpulan pengawal "halimunan" yang sangat ramai dan terlatih ditugaskan menjaga Ratu Inggeris ini.

Selain daripada pengawal peribadi, Ratu Elizabeth II dan semua ahli keluarga Diraja biasanya akan diiringi oleh polis ke mana-mana sahaja mereka pergi.

4. Xi Jinping

xi jinping ahli politik paling ketat dikawal

Kategori: Ahli politik dengan kawalan keselamatan paling ketat 

Salah seorang ketua negara yang sangat kontroversi dan berkuasa iaitu Presiden China Xi Jinping, berada di bawah perlindungan beribu-ribu unit pengawal bersenjata yang tangkas.

Pasukan ini dinamakan sebagai Biro Keselamatan Pusat dilengkapi dengan rangkaian drone helikopter.

Ke mana sahaja yang dilawati oleh Xi Jinping, pastinya ada sekumpulan pengawal bersamanya, seperti dalam satu lawatan ke Hong Kong pada tahun 2017 di mana beberapa buah bandar ditutup dengan 11,000 pegawai polis.

3. Jay-Z dan Beyonce

pasangan selebriti dengan kawalan keselamatan paling ketat jay z dan beyonce

Kategori: Pasangan selebriti dengan kawalan keselamatan paling ketat

Sebagai antara selebriti yang paling popular di dunia, Jay-Z dan Beyonce seringkali menjadi sasaran oleh peminat tegar atau penjenayah.

Selepas satu insiden di Brazil di mana seorang peminat berjaya naik ke atas pentas dan menarik Beyonce jatuh ke lantai, Jay-Z memutuskan untuk meningkatkan kawalan keselamatan dengan kos berjuta-juta ringgit.

Jay-Z mengambil 5 pengawal peribadi baru yang mana semua daripadanya merupakan bekas pegawai perisikan untuk mengiringi Beyonce bersama 5 lagi pengawal sedia ada.

Pasangan ini juga membeli dua buah SUV kalis bom, kenderaan berperisai gred tentera, serupa seperti yang digunakan oleh bekas presiden Barack Obama.

Selepas memastikan keselamatan peribadi mereka terjaga, pasangan ini merancang untuk membina kompaun keselamatan di sekeliling mahligai mereka di Los Angeles yang dianggarkan bernilai RM352 juta.

Penaiktarafan itu melibatkan pembinaan 10 port kereta, sebuah garaj untuk 2 kereta, serta kuarters dan bilik untuk para pengawalnya.

2. Kim Jong-un

kim jong un 208

Kategori: Diktator dengan kawalan keselamatan paling ketat  

Presiden dan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un tidak diragukan lagi merupakan salah seorang ahli politik yang paling kerap berbalah di dunia.

Dengan pemerintahannya yang terdiri daripada salah satu pasukan totalitarian  yang paling kejam dalam sejarah, Jong-un dianggap sebagai orang yang paling berkuasa dan dilindungi di bumi.

Pasukan keselamatannya terdiri daripada 12 tentera yang sangat terlatih yang berada di sekelilingnya dan berlari bersama limosin milik Jong-un bila-bila masa beliau bergerak.

Selain itu, Jong-un juga mempunyai 90,000 tentera untuk perlindungannya pada bila-bila masa.

1. Vladimir Putin

vladimir putin presiden paling ketat kawalan keselamatan

Kategori: Presiden dengan kawalan keselamatan paling ketat 

Dan manusia yang paling dilindungi di atas muka Bumi jatuh kepada presiden Rusia, Vladimi Putin.

Putin adalah tokoh politik kontroversi yang mana sama seperti ahli politik Rusia yang lain, dilindungi oleh Perkhidmatan Perlindungan Persekutuan.

Namun, kumpulan pengawalnya terdiri daripada pasukan yang berbeza dengan tiada data awam tentang operasinya dan juga tanpa laporan awam yang tersedia.

Disebabkan sistem keselamatan Putin tersangat rahsia, hanya andaian sahaja yang boleh dibuat.

Dan disebabkan banyak korupsi politik dan kewangan dalam kabinetnya, Putin menerima ancaman protes dan cubaan bunuh yang sangat banyak, membuatkan tahap keselamatannya perlu berada di tahap tertinggi.

Selain itu, Putin mempunyai 3,000 pengawal yang berpakaian biasa untuk menjaga keselamatannya, dengan kereta berperisan dan drones serta unit keselamatan psikologi yang berdedikasi yang mengumpulkan perisikan mengenai sebarang kemunginan ancaman.

Dan dengan ini, beliau dianggap sebagai manusia yang paling dilindungi di dunia.

Rujukan:

1. Business Insider

2. Gist

3. Victor Mochere 




Hakcipta iluminasi.com (2017)