kim kardashian queen elizabeth mansion

Utamakan keselamatan. Pasti anda sering terdengar ayat ini ke mana sahaja anda pergi. Selain daripada keselamatan ketika bekerja, pelbagai lagi keselamatan yang penting perlu dijaga, termasuklah keselamatan kediaman.

Walaupun kediaman orang biasa juga berhadapan dengan ancaman perompak, namun risiko lebih tinggi tertumpu kepada rumah-rumah orang berada terutamanya kediaman jutawan.

Dan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku memandangkan perompak masa kini juga sangat kreatif dan berkebolehan, makan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pemilik kediaman juga semakin canggih dan ketat. iluminasi.com ingin kongsikan dengan pembaca antara 7 kediaman yang mempunyai kawalan paling ketat di dunia.

7. Maximum Security Mansion

maximum security mansion rumah dengan kawalan paling ketat di dunia

Nama kediaman ini diberikan bukan semata-mata kerana nama, tetapi ia memang sangat ketat. Kediaman yang terletak di Colorado ini adalah definisi sebenar kawalan ketat. Berkeluasan 32 ekar, ia mempunyai sistem sekuriti nya bernilai RM23.4 juta sahaja sudah melebihi harga rumah orang kaya yang lain.

Salah satu ciri-ciri keselamatan yang sangat menakjubkan terdapat dalam kediaman ini adalah sesiapa yang memiliki telefon pintar iPhone boleh log masuk ke dalam sistem dan melihat kamera CCTV yang dipasang di seluruh kawasan kediaman.

Malah, kediaman ini mempunyai sistem pengimejan terma yang sangat luar biasa di mana sebarang cap jari yang ditinggalkan dalam rumah ini boleh diperiksa dan dikenali dalam masa 20 minit sahaja, jadi anda tak akan boleh pergi jauh.

6. Xanadu 2.0

xanadu 2 0 rumah dengan kawalan paling ketat di dunia

Mahligai yang diberi nama Xanadu 2.0 adalah kediaman Bill Gates, manusia kedua terkaya di dunia. Walaupun beliau sememangnya seorang bilionaire yang kelihatan sangat mesra, namun ia tak bermakna anda boleh menyelinap masuk ke dalam rumahnya begitu sahaja.

Juga dikenali sebagai antara rumah yang paling mahal di dunia, ia juga merupakan rumah dengan sistem keselamatan paling ketat dan canggih di dunia.

Untuk tidak membazirkan wang dengan memasang pagar elektrik dan periuk api, rumah Bill Gates ditanamkan pokok-pokok adan tanaman yang memberikan privasi dan mengelakkan ia diintai oleh jurugambar dan paparazi.

Antara ciri-ciri keselamatan yang paling menarik dan menakjubkan di rumah ini adalah ia dilengkapi dengan sistem sensitif tekanan. Ia berfungsi dengan mengesan tekanan, yang mana jika ada sesiapa yang tidak dikenali yang tiada dalam rekod memijak mana-mana kawasan di rumah ini, pengawal keselamatan akan dapat mengetahui dan segera mengambil tindakan.

Jika terdapat pelawat, mereka harus memakai pin khas yang telah diprogramkan untuk peka terhadap suhu dan pencahayaan mengikut kesukaan anda. Patutlah rumah ini dikatakan sebagai antara rumah paling selamat di dunia.

5. Kediaman Kardashian

kediaman kardashian rumah dengan kawalan paling ketat di dunia

Tak perlu dijelaskan mengapa keluarga Kardashian memerlukan kawalan ketat dan rapi. Kebencian yang tinggi terhadap keluarga selebriti ini dan insiden buruk yang berlaku di Paris membuatkan mereka lebih memberikan perhatian kepada keselamatan diri.

Selepas memecat pengawal peribadinya iaitu Pascal Duvier, Kim Kardashian juga meningkatkan tahap keselamatan di kediamannya bagi mengelakkan sebarang risiko. Pasukan keselamatan yang mengendalikan kawasan kediaman ini diperiksa latar belakang mereka dengan sangat rapi dan teliti. Tiada siapa yang dibenarkan masuk tanpa kebenaran pengawal.

Untuk bergerak, Kim tidak hanya menaiki sebuah kereta, sebaliknya dia mempunyai berpuluh-puluh buah kereta yang ditukar-tukar dalam perjalanannya ke suatu tempat untuk memastikan tiada sesiapa yang mengikutinya.

Beberapa pengesan pergerakan dan kamera tersembunyi dipasang di sekitar kediaman ini. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa terdapat bilik keselamatan yang sangat canggih untuk kegunaan kecemasan yang membuatkan rumah ini sangat selamat.

4. Kediaman keluarga Corby

rumah kediaman corby rumah dengan kawalan paling ketat di dunia

Kediaman keluarga Corby yang terletak di California ini sangat terkenal dengan penggunaan sistem keselamatan yang mahal dan berlebihan. Jutawan pemilik kediaman ini sangat dilindungi oleh perisian pengenalam biometerik dan teknik pencegahan gempa bumi.

Rumah kalis gempa bumi adalah sesuatu yang sangat biasa di Amerika Syarikat. Kediaman ini dibina menggunakan kongkrit yang tertanam 30 kaki di bawah tanah bertujuan untuk kegunaan kecemasan. Ia juga dapat menampung bencana yang dilakukan manusia seperti serangan nuklear dan kimia. 

Terdapat bunker bawah tanah (bilik panik) yang dilengkapi dengan bekalan makanan dan minum yang mencukupi untuk keluarga ini bagi tempoh 6 bulan. Dalam kes pencerobohan, mereka tidak memerlukan telefon kerana terdapat butang kecemasan dipasang di sekitar rumah ini. 

Bilik panik ini juga dilengkapi dengan CCTV yang membolehkan mereka memantau kawasan keseluruhan rumah dan mengawal pembebasan kabut bagi menakutkan pencuri.

3. Kediaman Ryongsong

kediaman ryongsong rumah dengan kawalan paling ketat di dunia

Berada di tangga ke-3 adalah sebuah kediaman yang terletak di Korea Utara. Dan pasti anda sudah dapat meneka kediaman siapa yang paling ketat dikawal di negara ini, kalau bukan Kim Jong un kan?

Kediaman Ryongsong yang juga dikenali sebagai Central Luxury Mansion oleh penduduk tempatan adalah istana kediaman utama diktator Korea Utara ini. Bukan sahaja ia terletak di negara yang sangat terpencil dan terasing, malah teknologi dalamannya yang sangat menakjubkan membuatkan ia menjadi antara kediaman yang paling selamat di dunia.

Kim Jong Un telah melakukan perkara yang sama terhadap kediamannya, seperti mana dia menjaga keselamatan negaranya. Kediaman ini dikelilingi oleh pagar elektrik, pengawal bersenjata dan periuk api. 

Dinding-dindingnya pula dilindungi batang besi yang disalut kongkrit bertatahkan plumbum yang dapat menahan letupan nuklerar. Jika berlaku sebarang bencana, rumah ini dihbungkan dengan kediaman diraja yang lain seperti Rumah Chanyoung yang juga dikenali sebagai Kediaman No.26 melalui terowong bawah tanah rahsia. 

Jika pun rumah ini dipecah masuk, tak dapat dibayangkan bahan kimia apa yang akan disemburkan ke udara apabila penggera keselamatan berbunyi. Bukan senang kan nak ceroboh kediaman Supreme Leader?

2. Istana Buckingham

istana buckingham rumah dengan kawalan paling ketat di dunia

Dari satu sudut, Istana Buckingham merupakan antara lokasi pelancongan paling popular di London, dan dari sisi lain, ia merupakan lokasi dan kediaman yang paling selamat di United Kingdom.

Beberapa jalan di sekeliling istana ditutup setiap kali istana ini dilawat oleh Ratu Elizabeth II dan kerabat diraja yang lain, sementara polis mengambil alih kawasan larangan di sini untuk memastikan semuanya berjalan lancar.Michael Fagan is a British man who famously broke into Buckingham Palace and entered Queen Elizabeth II's bedroom in 1982. The incident was one of the 20th century's worst royal security breaches

Oleh disebabkan seorang lelaki yang bernama Michael Fagan telah memecah masuk ke istana ini dan memasuki bilik Ratu Elizabeth II pada tahun 1982 yang mana kes ini dikatakan sebagai pelanggaran peraturan keselamatan diraja paling teruk di dunia, langkah berjaga-jaga semakin diperketat.

Jika anda pernah ke sini, pasti anda perasan akan sistem pertukaran pengawal keselamatan istana ini yang sangat popular. Pengawal-pengawal yang menjaga di sekeliling istana ini sangat berwibawa dan fokus, sehinggakan sangat sukar untuk melihat mereka bergerak atau kedipkan mata.

1. White House

white house rumah dengan kawalan paling ketat di dunia

Dan tak hairanlah jika White House berada di tangga pertama senarai kediaman paling ketat di kawal di dunia oleh kerana Presiden Amerika Syarikat adalah pemimpin yang paling ketat di kawal di atas muka bumi.

Tahap kawalan White House sangat tak dijangka oleh anda, sebagai permulaan, pagar besi yang mengelilingi kediaman ini. Ia kelihatan seperti pagar biasa, namun kekukuhan pagar ini mampu menampung impak daripadaa dilanggar mana-mana kereta. Senang cerita, tak ada kereta apa pun yang mampu untuk memecahkan benteng White House ini.

Selain itu, kawasan ini dikawal oleh agen khas pada setiap masa yang membuatkan hanya pelawat yang "sopan-santun" sahaja yang dibenarkan masuk. Proses pengimbasan makanan juga agak menakjubkan dan dilakukan di luar kawasan premis bagi mengelakkan sebarang perkara tak diingini berlaku di kawasan White House.

White House juga mengawal ruang udara yang menjadi larangan daripada didekati oleh helikopter. Dan jika ia berlaku, tak perlu dirisaukan kerana kediaman ini mempunyai tingkap kalis peluru, radar dan sensor inframerah yang mampu mengesan sebarang pergerakan beberapa batu dari premis.

Jadi, memang mustahil untuk memecah masuk ke White House.


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)