Sambungan daripada Bahagian 1

6. Sergey Brin

sergey brin

Sumber Foto: cnet.com

Sergey Brin dilahirkan di Soviet Union (Rusia) dan berpindah ke AS pada usia 6 tahun. Jadi apa yang membuatkan beliau seorang immigran yang berjaya di AS dengan nilai kekayaan dianggarkan sebanyak US$39.3 bilion?

Beliau merupakan salah seorang pengasas Google dan juga presiden Alphabet Inc., yang merupakan syarikat induk Google. Beliau merupakan individu ke-12 terkaya di dunia. 

Boleh dikatakan Sergey merupakan seorang yang genius. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang matematik dan PhD dalam sains komputer di Stanford University, salah sebuah universiti terbaik dunia. 

Sergey percaya semua manusia patut diberi peluang yang sama terhadap maklumat. Antara misi peribadi dan syarikat beliau adalah untuk 'menyusun maklumat dunia dan memastikan maklumat ini boleh diakses di mana-mana agar ia berguna'.

Bagaimana Google Bermula

Percaya atau tidak, Sergey dan pengasas bersama beliau iaitu Larry Page memulakan Google dari bilik dom mereka di Stanford. Kisah mereka membuktikan anda boleh melakukan apa saja sekiranya anda betul-betul fokus, di mana jua anda berada. 

Ibu bapa Sergey melarikan diri daripada Soviet Union kerana bapa beliau tidak dapat mencari kerja bagus kerana berlatar belakang Yahudi. Disebabkan hal ini, mereka sekeluarga berpindah ke AS.

Sejak berpindah, beliau tidak pernah pulang ke tanah air sehinggalah berusia 17 tahun. Ketika kembali ke Rusia, beliau berkata beliau sangat bersyukur kerana bapa beliau membawa mereka sekeluarga ke AS.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah di sebalik kejayaan Sergey Brin membangunkan Google, sila KLIK SINI.

7. Pierre Morad Omidyar

pierre morad omidyar

Sumber Foto: moneyinc.com

Pierre Morad Omidyar dilahirkan di Paris, Perancis. Beliau merupakan pengasas syarikat dalam talian yang terkenal iaitu eBay. eBay merupakan antara syarikat terawal yang terlibat dalam perniagaan berkenaan.

Beliau merupakan Pengerusi eBay dari tahun 1998 hingga 2015 dan mempunyai nilai kekayaan sebanyak US$8.1 bilion. Selepas persaraan sebagai Pengerusi syarikat tersebut, beliau mula berjinak-jinak dengan journalisme dalam talian.

Pada tahun 2013, beliau menubuhkan First Look Media. Syarikat ini adalah sebuah organisasi berita yang bebas.

Ibu bapa Pierre berasal daripada Iran. Ibu beliau mendapat pendidikan di Perancis manakala bapa beliau bekerja sebagai pakar urologi di John Hopkins Hospital. Beliau membesar di Virginia dan mempunyai Bachelor's in Computer Science daripada Tufts University.

Dengan ilmu IT yang dimiliki, beliau membantu mengasaskan sebuah syarikat teknologi software iaitu Ink Development yang kemudiannya menukar nama kepada eShop.

Kisah Di Sebalik Penubuhan eBay

Pierre berumur 28 tahun ketika beliau mula menulis kod bagi eBay. Nama asalnya adalah Auction Web, yang beliau kemudiannya menukar eBay dan nama tersebut kekal hingga kini. Jadi apakah barang pertama yang terjual di laman sesawang tersebut?

Sebuah laser penunjuk yang rosak. Daripada situ, laman ini berkembang dan semakin lama pelbagai barangan yang pelik dan aneh telah terjual di sini, dan menjadi lebih bervariasi.

Hanya selepas 2 tahun daripada penubuhannya, eBay telah menjalankan transaksi sebanyak lebih kurang 80,000 lelongan. Pada tahun 2008, Pierre memiliki 178 juta saham eBay yang bernilai US$4.45 bilion.

8. Patrick Soon-Shiong

patrick soon shiong

Sumber Foto: csq.com

Patrick Soon-Shiong dilahirkan di Afrika Selatan. Ibu bapa beliau adalah immigran dari China yang meninggalkan negara tersebut ketika ianya dijajah Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

Patrick melanjutkan pelajaran ke universiti dan menerima 2 ijazah masing-masing dalam bidang perubatan dan pembedahan daripada University of Witwatersrand di Johannesburg.

Beliau menjalani latihan praktikal di Johannesburg's General Hospital dan kemudiannya berpindah ke AS bagi mendapatkan latihan untuk menjadi seorang doktor pakar bedah. 

Jadi apakah yang membuatkan beliau mempunyai nilai kekayaan sehingga US$19 bilion? Sumbangan paling besar yang membuatkan beliau dikenali adalah penemuan sejenih dadah iaitu Abraxane (digunakan bagi rawatan barah payudara).

Beliau juga merupakan doktor bedah yang menjalankan transplan sel pankreas pertama di dunia. Beliau mengasaskan sebuah syarikat farmaseutikal dengan pegangan stok sebanyak 80%.

Perkembangan Terkini Beliau

Pada tahun 2007, Patrick mengasaskan sebuah syarikat yang dinamakan NantHealth. Syarikat ini membekalkan sistem yang membantu menganalisis dan berkongsi data genetik antara pembekal penjagaan kesihatan.

Sistem ini mampu menganalisis maklumat berkenaan tumor dalam masa hanya 18 saat. Patrick sangat meminati bidang penyelidikan dan mengasaskan sebuah lagi syarikat yang membangunkan sejenihs dadah bagi rawatan kanser. Syarikat tersebut dinamakan NanOmics.

Selain 2 syarikat ini, beliau turut menubuhkan Healthcare Transformation Institute yang diharapkan akan mengubah dan menambah baik sistem kesihatan AS.

Pelaburan beliau tidak hanya terhad kepada penyelidikan perubatan. Pada tahun 2014, beliau melabur sebanyak US$2.5 juta kepada AccuRadio, yang merupakan sebuah webcaster muzik yang sedang berkembang.

9. Jan Koum

jan koum

Sumber Foto: canaltech.com.br

Jan Koum dilahirkan di Ukrain yang merupakan sebahagian daripada Soviet Union pada ketika itu.

Beliau bersama ibu dan nenek berpindah ke California ketika berusia 16 tahun akibat tekanan peperangan dan isu perkauman terhadap kaum Yahudi di tanah air beliau. Di Amerika Syarikat, hidup atas elaun kebajikan.

Beliau pernah bekerja di kedai runcit, manakala ibu beliau mengambil upah menjaga kanak-kanak bagi menyara hidup mereka.

Selepas tamat sekolah menengah, beliau melanjutkan pengajian ke San Jose State University. Di universiti, beliau telah menerima perintah larangan mendekati bekas kekasih beliau kerana menyerang dan memaki hamun gadis tersebut.

Mengingati peristiwa tersebut, Jan mengaku beliau menyesal dengan cara beliau berkelakuan sehingga bekas kekasih beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang.  

Mencipta Aplikasi WhatsApp

Jan tidak menghabiskan pengajian beliau di universiti kerana menerima tawaran kerja di Yahoo sebagai seorang jurutera infrastruktur. Setelah penat bekerja selama 9 tahun di Yahoo, beliau mengambil cuti selama setahun dan mengembara ke Amerika Selatan.

Sekembalinya beliau ke AS, beliau memohon kerja di Facebook namun ditolak. Kecewa, beliau menubuhkan WhatsApp Inc. dan mencipta aplikasi tersebut, menarik perhatian Mark Zuckerberg pada tahun 2012.

WhatsApp akhirnya telah dibeli dan diambil alih oleh Facebook dengan harga US$19 bilion. Pada tahun 2016, Jan menjual sebahagian besar daripada sahamnya di Facebook yang ketika itu bernilai US$2.4 bilion.

Jan tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang IT, namun beliau berjaya menjadi sebahagian daripada kumpulan hackers yang elit di Yahoo. Kumpulan hackers tersebut dikenali sebagai w00w00, yang mana pengasas Napster Sean Parker juga sebahagian daripada mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah rags-to-riches Jan Koum, sila KLIK SINI.

10. Rupert Murdoch

rupert murdoch

Sumber Foto: moderateindependent.com

Rupert Murdoch dilahirkan di Melbourne, Australia. Bapa beliau merupakan seorang wartawan perang yang terkenal dan juga seorang penerbit akhbar. Beliau mengikut jejak langkah bapa beliau dalam bidang yang sama.

Beliau mendapat pendidikan awal di Worcester College, Oxford pada tahun 1953, dan sempat bekerja sebagai auditor di syarikat akhbar Daily Express. Di sinilah beliau mendapat pendedahan awal dalam bidang journalisma yang banyak mempengaruhi kehidupan beliau yang mendatang.

Pada tahun 1954, beliau pulang ke Australia setelah kematian bapa beliau untuk mewarisi syarikat akhbar Sunday Mail dan The News. Pada tahun 1973, Rupert berjaya menembusi pasaran perniagaan di AS dengan membeli San Antonio News.

Rupert kini memiliki kekayaan bernilai US$5 bilion. Antara syarikat lain yang dimiliki beliau termasuklah 21st Century Fox, HarperCollins dan The Wall Street Journal.

Memilik syarikat konglomerat yang besar dan sebagai orang luar di AS bukanlah sesuatu yang mudah, dan kerana itu hidupnya terpalit dengan pelbagai kontroversi terutamanya sejak 6 tahun lepas. Jadi apa yang terjadi beberapa tahun kebelakangan ini?

Aktiviti Penggodaman

Pada tahun 2011, syarikat-syarikat beliau, serta Rupert sendiri menghadapi tuduhan menggodam telefon bimbit orang awam, keluarga diraja serta selebriti-selebriti.

Ini merupakan skandal antarabangsa yang melibatkan rasuah terhadap polis serta salah guna pengaruh bagi mendapatkan berita-berita sensasi.

FBI dan kerajaan Britain turut bersama menyiasat tuduhan berkenaan, pada waktu beliau turun daripada jawatan CEO kepada 21st Century Fox.

Pada tahun 2016, Rupert telah dipilih sebagai CEO Fox News apabila penyandang jawatan tersebut iaitu Roger Ailes meletakkan jawatan disebabkan tuduhan gangguan seksual.

Ada ura-ura yang berpendapat Rupert terlibat dalam plot menjatuhkan Roger agar beliau dapat menjadi CEO Fox News. 

Rujukan:

  1. smartchoiceshealthyliving.com
  2. britannica.com

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)