Mereka di dalam senarai ini adalah immigran daripada pelbagai negara yang bersama keluarga mereka berpindah ke Amerika Syarikat bagi membina hidup yang lebih baik. 

Ada di antara mereka yang berjaya mencipta aplikasi dan laman sesawang yang mempunyai impak yang besar kepada hidup kita dan masih lagi dalam proses mengubah dunia sekeliling kita. 

Senarai ini adalah secara rawak dan tidak mengambil kira nilai kekayaan masing-masing. 

1. Shahid Khan

shahid khan

Sumber Foto: forbes.com

Shahid Khan asalnya dilahirkan di Pakistan dan berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusi 16 tahun supaya beliau boleh melanjutkan pengajian ke University of Illinois di Urbana-Champaign.

Shahid kini mempunyai harta yang bernila US$7.2 bilion dan merupakan pemilik Jacksonville Jaguars (NFL), Fulham F.C. (EPL) dan Flex-N-Gate yang merupakan pengeluaran alat ganti di Illinois.

Beliau memiliki Bachelor's of Science dalam kejuruteraan mekanikal dan kemudiannya mendapat anugerah Mechanical Science & Engineering Distinguished Alumni Award pada tahun 1999.

Bagaimana Beliau Bermula

Ketika di universiti, Shahid bekerja sambilan di Flex-N-Gate. Tamat pengajian, beliau menjadi pengarah kejuruteraan dan akhirnya memulakan syarikat sendiri iaitu Bumper Works. 

Akhirnya, beliau membeli Flex-N-Gate daripada majikan beliau dan menggabungkan kedua-dua syarikat ini. Pada tahun 2011, syarikat tersebut mempunyai pendapatan sebanyak US$3 bilion. 

Tahun yang sama, Shahid membeli Jacksonville Jaguars, namun pembelian tersebut hanya muktamad pada tahun 2012. Harga anggaran transaksi pembelian ini adalah sebanyak US$760 juta. 

Pembelian beliau ini membuatkan beliau sebagai orang pertama dari etnik minoriti yang memiliki sebuah kelab NFL. Pada tahun 2013, beliau telah membeli kelab bola sepak London iaitu Fulham.

2. Elon Musk

elon musk

Sumber Foto: medium.com

Elon Musk merupakan nama yang pasti anda pernah dengar sekitar beberapa tahun kebelakangan ini. Seperti anda sedia maklum, Elon merupakan pengasas syarikat kereta elektrik iaitu Tesla Motors.

Selain Tesla Motors, beliau juga merupakan Chief Technology Officer (CTO), CEO dan pengasas kepada syarikat teknologi angkasa lepas, SpaceX. Selain 2 syarikat ini, beliau turut menubuhkan beberapa syarikat lain seperti Zip2, OpenAI dan SolarCity. 

Tidak lupa, beliau turut mengasaskan X.com yang kemudiannya bergabung dengan Cofinity dan PayPal. 

Kesemua perusahaan perniagaan ini bernilai US$11.5 bilion. Nilai kekayaan tersebut meletakkan beliau sebagai salah seorang individu terkaya di dunia. Beliau turut tersenarai di dalam majalah Forbes dalam kategori The World's Most Powerful People pada kedudukan ke-21. 

Elon dilahirkan di Afrika Selatan, namun berpindah ke sekolah di Kanada kerana beliau teruk dibuli. 

Apakah Impian & Cita-Cita Beliau?

Elon mempunyai impian yang agak menarik dan mengagumkan apabila berbicara tentang arah tuju syarikat-syarikat beliau. SpaceX pastinya projek yang paling bercita-cita besar antara semua. 

Beliau kini sedang menarik perhatian ramai berkenaan penerokaan ruang angkasa. Beliau sangat terpengaruh dengan buku bersiri tulisan Isaac Asimov, iaitu Foundation.

Dalam buku tersebut, Isaac percaya manusia perlu menerokai ruangan angkasa bagi meneruskan kesinambungan spesis manusia. Elon terpengaruh dengan idea ini. 

Elon berharap untuk mengurangkan kos bagi menempatkan manusia ke angkasa dan bermatlamat untuk menghantar manusia ke Marikh dalam masa 10 ke 20 tahun akan datang. 

Pada tahun 2018, SpaceX mempunyai misi untuk melancarkan sebuah kapal angkasa Dragon ke Marikh. Menurut beliau, penerbangan kapal angkasa bermanusia pertama yang akan ke Marikh mungkin akan berjaya dicapai pada tahun 2024. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah hidup Elon Musk, sila KLIK SINI.

3. George Soros

george soros

Sumber Foto: nytimes.com

George Soros dilahirkan di Hungary dan berpindah ke AS bagi mendapatkan jawatan sebagai pedagang arbitraj di F.M. Mayer. Beliau berjaya diterima masuk ke firma berkenaan, sebelum berpindah ke Wertheim & Co. yang mana beliau berjaya membuat simpanan sebanyak US$500,000.

Beliau pernah menuntut di London School of Economics dan mempunyai ijazah dalam Bachelor of Science serta sarjana Master of Science (Falsafah) dari universiti yang sama. 

Dengan modal yang ada daripada simpanan beliau, akhirnya beliau menubuhkan sebuah syarikat sendiri iaitu Soros Fund Management pada tahun 1970an.

Pada satu masa, Soros berjaya membuat keuntungan sebanyak US$1 bilion hasil short sale pound sterling yang bernilai US$10 bilion ketika Black Wednesday krisis kewangan di UK.

Akibat peristiwa tersebut, beliau dilabel sebagai 'The Man Who Broke the Bank of England'. Beliau mempunyai nilai kekayaan sebanyakn US$29.4 bilion. 

Kontroversi 

Soros pernah disiasat kerana perdagangan dalaman apabila beliau mempunyai maklumat tentang sekumpulan pelabur yang akan mengambil alih Societe Generale di Perancis. 

Undang-undang berkenaan perdagangan dalaman pada masa itu adalah tidak jelas dan ianya susah untuk diambil tindakan undang-undang terhadap beliau, jadi tiada apa-apa caj yang diambil. 

Pada tahun 2005, Soros telah didapati bersalah berdasarkan tuduhan sebelum ini oleh Mahkamah Rayuan di Perancis. Penalti telah  ditentukan oleh Mahkamah Agung Perancis yang mengurangkan penalti kepada 940,000 Euros. 

Pada tahun 2003, The Washington Post telah menemubual Soros. Dalam temu bual tersebut, Soros berkata beliau ingin mengeluarkan George W. Bush daripada Rumah Putih dan turut membayar wang kepada beberapa kumpulan elit bagi tujuan tersebut. 

Tahukah anda, George Soros adalah orang yang sama menyebabkan krisis ekonomi pada tahun 1997/1998 di Asia? 

4. Thomas Peterffy

thomas peterffy 599

Sumber Foto: forbes.com

Thomas Peterffy dilahirkan di Hungary dan berpindah ke Amerika Syarikat ketika bekerja sebagai seorang pelukis pelan seni bina. Beliau kemudian menukar bidang ke arah IT. 

Thomas mula belajar menulis kod dan akhirnya menjadi seorang programmer komputer, dan beliau membantu membangunkan teknologi keselamatan perdagangan dalam talian yang terkini. 

Pada tahun 1980an, Thomas memperkenalkan komputer genggam kepada pedagang stok dan ianya menjadi kegilaan ramai daripada bidang tersebut. Jadi, berapakah nilai kekayaan beliau? Tidak banyak manapun, US$10.9 bilion sahaja. 

Beliau menubuhkan Interactive Brokers Group, iaitu sebuah firma broker kos rendah dalam talian. Menurut Majalah Barron, syarikat ini adalah venue perdagangan paling murah bagi pelabur. 

Mereka beroperasi dalam futures, bon, stok, forex dan pertukaran mata wang asing seluruh dunia. 

Antara Nilai Hartanah Beliau

Thomas baru-baru ini telah menyenaraikan ladang beliau yang berkeluasan 80 ekar untuk jualan. Anda pasti boleh agak harganya yang memang bukan dalam bajet kita. Ladang yang ditawarkan beliau mempunyai nilai pasaran setinggi US$65 juta, 20 juta melebihi harga belian. 

Apa yang akan anda dapat sekiranya anda membeli ladang tersebut? Anda akan mendapat 22 slot rumah kuda, sebuah banglo berkeluasan 8,000 kaki persegi dengan peralatan rumah berkualiti tinggi, 8 bilik tidur dan ruangan pemanas hampir di setiap bilik. 

Selain itu, dengan harga US$65 juta, anda juga akan mendapat sebuah gelanggang tenis dan kolam renang. 

5. Jeffrey Skoll

jeffrey skoll

Sumber Foto: skoll.org

Jeffrey Skoll dilahirkan di Kanda dan berpindah ke Amerika Syarikat bagi melanjutkan pengajian ke Stanford University. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan dan bekerja di eBay pada tahun 1995.

Beliau menulis pelan perniagaan untuk syarikat tersebut yang masih merupakan sebuah start-up. Jeffrey merupakan pemegang saham kedua terbesar syarikat berkenaan, di belakang pengasasnya Pierre Omidyar. Beliau kemudiannya menjual pegangannya itu dengan harga US$2 bilion.

Dengan modal yang ada, beliau menubuhkan sebuah syarikat produksi iaitu Participant Media. Syarikat ini telah menghasilkan filem-filem seperti North Country, Good Night & Good Luck, Syriana dan Murderball. 

Antara kejayaan penting lain syarikat tersebut termasuklah penghasilan filem seperti An Inconvenient Truth, Fast Food Nation dan Lincoln. 

Seorang Yang Dermawan

Jeffrey tidak hanya menghasilkan filem, beliau juga merupakan seorang yang sangat dermawan. Yayasan beliau iaitu Skoll Foundation menyokong 'keusahawanan sosial'.

Beliau telah menyumbang sebanyak US$1 bilion, menggunakan hasil wang yang diperolehi daripada eBay kepada yayasan ini. Selain itu, beliau turut menyumbang geran sebanyak US$80 juta setiap tahun kepada yayasan yang sama. 

Jeffrey telah memenangi banyak anugerah, termasuklah 'The Producers Guild of America Visionary Award', 'The National Leadership Award for Commonwealth Club Silicon Valley', dan 'Outstanding Philantropist Award' dari the International Associated of Fundraising Professionals. 

Beliau juga merupakan antar pelabur utama di Tesla Motors dan memiliki beberapa jenis kereta daripada syarikat tersebut. 

SAMBUNGAN: 10 Immigran Paling Berjaya di Amerika Syarikat (Bahagian 2)

Rujukan:

  1. smartchoiceshealthyliving.com
  2. britannica.com

tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)