Hari ini, Amerika Syarikat dianggap sebagai negara terkuat di dunia. Amerika Syarikat merupakan negara dengan peruntukan ketenteraan yang paling tinggi di dunia.

Ini secara langsung memperkuatkan barisan tentera yang sememangnya sudah sangat kebal sejak lama dahulu. Namun, dalam beberapa peperangan yang lalu, Amerika Syarikat agak goyah dan hampir-hampir ditakluk oleh beberapa kuasa besar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan disebabkan oleh beberapa faktor, mereka terselamat daripada ditakluk lalu terus menjadi kuasa yang sukar ditandingi mana-mana negara.

iluminasi.com kongsikan 5 insiden di mana Amerika Syarikat hampir ditakluki oleh negara lain.

1. Pelan Jepun menyerang Hawaii 

pelan jepun serang hawaii

Pengeboman Pearl Harbor masih merupakan salah satu kehilangan nyawa terbesar dari Amerika Syarikat dalam satu insiden. Jadi, bayangkan betapa buruknya jika Jepun melakukan pencerobohan Hawaii?

Kembali pada tahun 1941, ia adalah satu kemungkinan yang menakutkan. Sekiranya tentera Imperial Jepun meneruskan serangan, ia mungkin menjadi kenyataan.

Idea ini datang dari Isoroku Yamamoto, ahli strategi angkatan laut Jepun yang mengatur pengeboman Pearl Harbor.

Isoroku yakin bahawa Amerika Syarikat jauh lebih kuat daripada Jepun dan kemenangan besar awal diperlukan untuk menggoncang semangat Amerika. 

Dengan pencerobohan tanah besar Amerika Syarikat tidak lagi menjadi perhatian, Hawaii menjadi satu-satunya sasaran yang masuk akal.

Pelan Isoroku menyeru Jepun untuk melakukan serangan susulan selepas Pearl Harbor dengan pencerobohan pulau itu, menjamin kemenangan Jepun dengan cepat.

Melihatkan bagaimana orang awam AS ketakutan apabila Jepun menduduki beberapa pantai di Alaska, wajar dikatakan bahawa serangan ke atas Hawaii mungkin akan membuatkan daerah itu hilang akal.

Namun, di saat-saat akhir, pihak atasan Isoroku tidak bersetuju. Pearl Harbor dibom, tetapi Hawaii terselamat.

2. Pelan Nazi Jerman untuk mengebom New York

pelan nazi bom new york

Selama kira-kira setengah abad, rejim Jerman cuba untuk mengebom New York City. 

Menurut Albert Speer, Hitler sangat obses dengan idea melihat New York dalam api yang marak.

Dari tahun 1937 dan seterusnya, sekurang-kurangnya sebahagian daripada mesin perang Nazi secara konsisten mencari cara menyerang Negara Empayar itu.

Pelan pertama mereka adalah untuk mencipta pengebom jarak jauh yang boleh terbang ke Amerika dan kembali ke Perancis yang mereka duduki tanpa perlu mengisi minyak.

Dikenali sebagai pesawat "Amerika", ia akan dilakukan ke NYC seperti pengeboman Blitz ke atas London.

Ketika Nazi akhirnya berjaya membangunkan pesawat yang hampir mampu terbang sejauh 10,000 kilometer dengan tangki tunggal, jarak itu tidak mencapai 11,800 kilometer yang diperlukan untuk mengebom NYC.

Jadi mereka beralih kepada roket. Ketika roket V2 terhempas di London, Nazi memulakan pembinaan "roket Amerika" yang akan menghentam New York pada kelajuan supersonik.

Bahagian yang paling menakutkan adalah sejauh mana beberapa projek ini hampir siap. Roket Amerika hampir siap pada akhir perang.

Sekiranya Nazi mampu bertahan beberapa bulan lebih lama, mungkin impian Hitler untuk melihat New York terbakar menjadi kenyataan. 

3. Jepun menduduki sebahagian Alaska

pendudukan jepun di kiska

Walaupun Alaska belum lagi menjadi sebuah negeri pada tahun 1942, ia adalah wilayah Amerika Syarikat.

Selepas Pearl Harbor, ia mungkin merupakan pukulan psikologi terbesar terhadap keseluruhan perang. Orang ramai sentiasa bimbang tentera Jepun akan meneruskan rantaian serangan sehingga mereka menakluki Alaska.

Namun, kebimbangan itu tidak benar-benar menjadi kenyataan. Jepun tidak mempunyai sumber dan kecenderungan untuk menakluki keseluruhan Alaska.

Malah, beberapa ahli sejarah beranggapan bahawa Jepun menakluki Pulau Attu dan Kiska hanya untuk menggangu perhatian AS daripada serangan mereka ke atas Pulau Midway.

Apa pun kebenarannya, pendudukan di kedua-dua pulau itu oleh Jepun hanya bertahan selama 14 bulan sebelum AS menaklukinya semula. 

4. Pelan pencerobohan Kanada selepas Perang Dunia Pertama

kanada rancang serang amerika

Ya, betul. Kanada, sebuah negara yang begitu baik sehinggakan Denmark pun menganggapnya sebagai lembut, pernah merancang untuk menyerang Amerika Syarikat.

Pelan ini telah dicadangkan hanya tiga tahun selepas negara-negara ini telah bertempur secara bersatu dalam WWI. Dikenali sebagai Pelan Pertahanan No. 1, ia adalah dianggap sebagai satu pelan gila.

Rasional terhadap perancangan ini adalah Kanada takut Amerika Syarikat akan menyerang mereka terlebih dahulu, jika mereka tidak bertindak.

Daripada duduk dan menunggu diserang, Ottawa memutuskan bahawa mereka harus menyerang terlebih dahulu. Masalahnya ialah tentera AS jelas lebih terlatih, lebih kelengkapan dan jauh lebih besar daripada Kanada.

Jadi Leftenan Kolonel James "Buster" Sutherland Brown menyusun pelan serangan yang langsung tidak memerlukan tentera Kanada untuk bertempur sama sekali. 

Sebaliknya, tentera Kanada akan melancarkan serangan kilat di bandar-bandar utara Amerika, menduduki Maine, menghancurkan Detroit serta membakar Seattle dan Portland.

Mereka kemudiannya akan berundur ketika tentera AS maju, berhenti hanya untuk meletupkan jambatan. Apabila selamat kembali ke Kanada, mereka akan menjerit "Lihat, Amerika Syarikat sedang menyerang!"

Dengan ini, mereka hanya perlu duduk dan lihat Britain menghantar pasukan tentera untuk menyelamatkan mereka.

Tidak menghairankan, semua orang beranggapan bahawa ini adalah perkara yang paling dungu yang pernah mereka dengar. Pengganti Leftenan Kolonel James mengarahkan semua salinan pelan gila ini dibakar. 

5. Japan berjaya menduduki Guam 

pendudukan jepun di guam

Pulau kecil di Pasifik, Guam, diambil dari Sepanyol semasa Perang Sepanyol-Amerika dan telah diklasifikasikan sebagai wilayah AS yang tidak diperbadankan sejak itu.

Pada Perang Dunia II, ia juga menjadi lokasi pencerobohan Jepun yang paling berjaya di wilayah Amerika.

Beberapa jam selepas pengeboman Pearl Harbor, Tentera Imperial merampas pulau itu. Ia diikuti dengan insiden rogol yang seram, buruh paksa, pembunuhan dan penyeksaan selama 3 bulan.

Penjajahan Guam adalah keadaan yang paling hampir bagi Jepun untuk membunuh rakyat Amerika secara beramai-ramai. Chamorros (orang asli Guam) dipenggal kepala, dipaksa bekerja hingga mati dan dihantar ke kem-kem tahanan di tengah-tengah hutan.

Mereka dipukul, wanita mereka diperkosa dan anak-anak mereka disembelih. Kemudian angkatan laut Amerika menyerang untuk merebut kembali wilayah itu dan serangan itu telah membunuh lebih banyak lagi orang Chamorros.

Akhirnya, pada 8 Ogos 1944, pasukan AS berjaya membebaskan Guam. Ia menandakan berakhirnya harapan Empayar Jepun untuk menyerang dan menduduki Amerika.




Hakcipta iluminasi.com (2017)