Oleh pada 31 Oct 2017 kategori

filem yang sangat genius

Kadang-kadang tanpa kita sedari filem sebenarnya bukan sahaja dapat menghiburkan kita tetapi dapat juga mengajar kita sedikit sebanyak tentang kehidupan. Ramai daripada kita yang berasa berat untuk mempelajari sesuatu benda jadi diwujudkan pembelajaran berbentuk hiburan.

Hari ini iluminasi ingin berkongsi filem-filem yang boleh mengajar kita dan dalam masa yang sama dapat memberi motivasi kita dalam kehidupan. Sambil bersantai dalam masa yang sama kita dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat yang mana mampu memberi kelebihan kepada kita dalam kehidupan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini bukanlah ranking tetapi hanya sekadar senarai untuk pembaca. Terdapat banyak lagi filem selain filem yang disenaraikan tetapi ini antara filem yang terbaik untuk ditonton. Sekalung apresiasi diberikan kepada Mahathir Amir (@Madet9) di twitter kerana berkongsi senarai ini.

1. A Beautiful Mind

filem beautiful mind

Filem yang menceritakan tentang kisah benar kehidupan John Nash, seorang pemegang anugerah penarang dalam subjek ekonomi. Nash merupakan seorang lepasan graduan Princeton University, university ivy league yang terkemuka di Amerika Syarikat. Nash yang pandai dalam subjek matematik dan ekonomi terpaksa menghadapi mimpi ngeri selepas didapati menghidap penyakit mental skizofrenia paranoid.

Dia mengalami beberapa episod delusi seperti dia mempunyai kawan imaginasi yang dia anggap benar-benarnya wujud. Isterinya juga mengetahui tentang perkara ini dan filem ini juga menunjukkan suka duka yang mereka berdua hadapi dalam kehidupan. Kisah ini memberi inspirasi kerana walaupun dengan penyakit yang dihadapi, Nash masih lagi mengeluarkan teori dalam subjek ekonomi.

2. Gifted

ted 56

Kisah antara seorang lelaki bernama Frank yang mengambil keputusan untuk membesarkan anak saudaranya yang genius (Mary) tetapi dihalang oleh ibu Frank (Evelyn). Ibunya menghalang Frank untuk membesarkan Mary itu setelah Evelyn mendapat tahu tentang kepakaran Mary dalam subjek matematik. Banyak cabaran diharungi oleh Frank kerana ibunya mahu memisahkan Frank dan Mary

3. Good Will Hunting

good will hunting

Filem ini sangat memberi inspirasi kerana kisahnya bermula apabila seorang lelaki genius (Will Hunting) mempunyai IQ yang tinggi tetapi memilih hanya untuk bekerja sebagai penyapu sampah di universiti kejuruteraan paling hebat di dunia MIT. Bakatnya dilihat oleh Professor Gerald apabila dia menyelesaikan soalan matematik yang susah dan professor ini mengambil keputusan untuk mengasah bakatnya.

4. The Pursuit Of Happiness

the pursuit of happiness

Ini juga antara filem yang unik dan boleh memberi motivasi kepada bapa tunggal. Filem lakonan Will Smith yang memegang watak sebagai Chris Gardner menyaksikan bagaimana dia membesarkan anaknya dalam kesusahan sebagai seorang bapa tunggal. Setelah dihalau daripada pangsapuri mereka, Chris dan anaknya tidak mempunyai tempat tinggal. Mampukah dia membesarkan anaknya dalam keadaan yang susah?

5. Steve Jobs

steve jobs 503

Filem ini diadaptasi daripada kisah benar yang menceritakan susah payah Steve Jobs dalam membangunkan syarikat Apple. Dalam filem ini juga menceritakan bagaimana Steve Jobs menjalankan hidup daripada awal untuk membangunkan Apple sebelum dia sendiri dipecat daripada syarikatnya sendiri. Steve Jobs juga merupakan seorang ayah dan banyak babak di mana dia bertelingkah dengan anaknya tentang kehidupan mereka.

6. The Social Network

the social network

Ini sama juga seperti filem Steve Jobs tetapi bezanya filem ini mengisahkan bagaimana Mark Zuckerberg mendapat idea untuk mencipta satu media di mana media ini mampu menghubungkan manusia di seluruh dunia yang terkenal pada hari ini. Banyak yang perlu dilalui Mark Zuckerberg sebelum dia dapat mencipta Facebook yang menjadikannya jutawan termuda yang paling kaya.

7. The Man Who Knew Infinity

the man who knew infinity

Filem ini diadaptasi dari kisah sebenar seorang lelaki genius di India bernama Srinivasa Ramanujan. Dia hidup dalam keadaan serba kemiskinan pada tahun 1910 ketika British menjajah India. Kepintarannya menarik perhatian seorang professor British yang kemudiannya menawarkannya peluang untuk belajar di Cambridge dan dia terpaksa meninggalkan isterinya.

8. The Imitation Game

filem imitation game

Kisah ini menceritakan bagaimana sebuah agensi perisikan British MI6 merekrut seorang pakar Matematik daripada Cambridge iaitu Alan Turing dalam menyelesaikan kod-kod rahsia pasukan Nazi. Filem yang diadaptasi dari kisah sejarah peperangan sebenarny ini menunjukkan kehebatan Turing dalam menyelesaikan kod-kod tersebut.

9. The Theory Of Everything

theory of everyything

Kisah tentang seorang ahli fizik yang paling dikenali ramai iaitu Stephen Hawking. Dalam filem ini bukan sahaja menceritakan tentang kejayaan dia tetapi banyak juga menceritakan kisah cinta antara dia dan isterinya Jane Hawking. Banyak iktibar boleh diambil seperti sikap tidak putus asa Hawking yang terus belajar walaupun dia menghidap penyakit selain pengorbanan isterinya yang besar.

10. Bad Genius

bad genius movie

Ini merupakan pilihan penulis kerana ramai pelajar sekolah boleh kaitkan filem ini dengan mereka. Bad Genius yang mengisahkan tentang pelajar yang meniru dalam peperiksaan bukan sahaja di peringkat sekolah tapi peringkat antarabangsa. Kisah ini memberi pengajaran tentang bagaimana sistem sekolah sebenarnya terdedah dengan gejala meniru

sumber: Twitter @Madet9




Hakcipta iluminasi.com (2017)