Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Drama "Lelaki Itu" mencetus fenomena sejak penayangannya pada 19 Mac lalu.
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Siri ini dipersembahkan oleh barisan pelakon terkemuka seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Aedy Ashraf, Hannah Delisha, Sophia Albarakbah, Fadlan Hazim, Nadia Brian and Ameerul Asyraf.
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Namun, di sebalik popularitinya, masih terdapat fakta menarik yang tidak ramai ketahui.
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Di sini, kami kongsikan 10 fakta mengenai drama ini!
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
1. Lelaki Itu bukanlah adaptasi dari sebuah novel. Ia adalah hasil karya yang asli dan tidak berdasarkan mana-mana sumber tulisan.
2. Siri ini bukanlah sekuel kepada drama Perempuan Itu. Kedua-duanya mempunyai watak yang berbeza sepenuhnya.
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Walaupun judulnya hampir serupa, namun kisahnya adalah berasingan dan unik dalam pendekatan masing-masing.
3. Meski begitu, "Lelaki Itu" ditulis oleh penulis terkenal Erma Fatima (Eirma Fatima), yang juga penulis skrip bagi siri "Perempuan Itu". "Perempuan Itu" merupakan salah satu siri yang paling popular sepanjang tahun 2023 dengan lebih dari 3 juta tontonan di platform Tonton.
Tarikh mula tayang Lelaki Itu pada 19 Mac 2024. Kredit foto: Instagram Nadia Brian
4. Setelah ditayangkan sebanyak 4 episod, siri Lelaki Itu berjaya mencapai 6.2 juta penonton di televisyen, 90 juta capaian di media sosial dan menjadi drama paling popular di platform Tonton. Kejayaan ini menunjukkan penerimaan yang luar biasa daripada penonton dan populariti drama ini yang terus meningkat sepanjang penayangannya.
Kredit foto: Instagram Tonton MY
5. Kemunculan Che Puan Sarimah Ibrahim dalam drama ini menandakan kembalinya dia ke pentas lakonan selepas hampir 15 tahun tidak berlakon di televisyen.
Kredit foto: Instagram Ameerul Asyraf
Dia sebenarnya menanti sehingga anaknya membesar sebelum kembali ke set penggambaran.
Kredit foto: Instagram Sophia AlBarakbah
6. Erma Fatima, penulis siri, akui menghadapi cabaran dalam merealisasikan hasratnya mengangkat karya ini kerana sebahagian stesen televisyen enggan menerima naskhah yang membawa isu-isu komuniti dan moral.
Kredit foto: Instagram Sophia AlBarakbah
Walau begitu, dia bersyukur apabila TV3 memilih untuk menyiarkan Lelaki Itu.
Kredit foto: Instagram Sophia AlBarakbah
7. Lelaki Itu bukanlah seperti drama slot TV3 yang lain dan penonton akan dapat menyaksikan perbezaannya selepas episod sembilan. Erma Fatima sendiri terkejut dengan penerimaan TV3 terhadap naskhah yang mengandungi isu-isu berat dan serius.
8. Nabila Huda mendedahkan bahawa dia perlu menangis sebanyak 18 hingga 21 kali bagi satu hari untuk peranan Sarina. Walaupun mencabar, dia menekankan bahawa kesedihan itu tidak dia bawa pulang ke rumah. Baginya, menangis adalah untuk watak sahaja dan tidak pernah untuk kehidupan peribadi yang bahagia.
Kredit foto: Instagram Sophia AlBarakbah
9. Sarimah Ibrahim pula menyatakan pengalaman lakonannya dalam drama ini merupakan yang paling mencabar secara emosi, dengan lapan babak menangis diikuti gembira dalam satu hari, tetapi dia berasa puas dengan hasilnya. Dia berharap penonton menerima wataknya kerana ia tidak lazim atau klise.
Kredit foto: Instagram Sarimah Ibrahim
10. Penonton mempunyai akses awal untuk menyaksikan drama ini di platform Tonton di mana mereka boleh menonton episod baharu bermula jam 12 tengah hari setiap Isnin hingga Jumaat.
Kredit foto: Instagram Nur Fazura
Sementara itu, drama ini ditayangkan di TV pada jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Dengan pilihan penstriman, penonton dapat menikmati drama kegemaran mereka mengikut keselesaan dan waktu yang sesuai dengan jadual mereka.
Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Khunsa (Astro Ria & Sooka) Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lelaki Itu (Slot Samarinda TV3)
Tajuk cerita? Lelaki Itu
Berapa episod? 30 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat
Bila tayang? Pukul 10 malam
Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton
Kredit video: [HIGHLIGHT] Lelaki Itu (2024) Episod 1 | Tonton
Sumber:
1. Isu moral makin sakit, parah - Erma Fatima
2. Tonton Apa Hari Ni: ‘Lelaki Itu’
3. Nabila Huda Perlu Menangis 18 Hingga 21 Kali Demi Menjayakan Watak Sarina Dalam Drama ‘Lelaki Itu’
4. Sarimah menangis lapan kali sehari demi Lelaki Itu