Kredit foto: Instagram @che_nom

Siapa Che Nom? Personaliti masakan dengan nama sebenar Normah Bakar ini merupakan seorang pembikin kandungan (content creator) Youtube yang tercalon dalam kategori Youtuber Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 (2021).

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenar: Normah Bakar

Nama komersial: Che Nom

Umur: 39 tahun (2021)

Asal: Kedah

Tarikh lahir: 13 Oktober

Keluarga: Syed Ridzuan Syed Nopal (suami)

Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Jurusan Pengkomputeran Matematik

Kerjaya: Youtuber

Instagram (IG): @che_nom

Youtube: Che Nom

periuk che nom

Anak jati Kedah yang menceburi arena Youtube sejak tahun 2012 ini menamatkan perkhidmatan sebagai jurutera di sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi tempatan pada pertengahan tahun 2019 - selepas 13 tahun berkhidmat - bagi menjadi seorang Youtuber sepenuh masa.

che nom ig

Berjinak-jinak dalam dunia perkongsian resipi menerusi web iresipi.com, beliau meminati bidang masakan sejak berada di zaman pengajian universiti lagi. Minatnya bercambah selepas kelahiran anak keduanya pada tahun 2012.

che nom youtube

   

Namanya tular di media sosial selepas video masakannya mendapat tontonan ramai sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan negara. Trademark pembuka kata videonya yang berbunyi ‘hai semua’ menjadi identiti yang cukup diingati para pengikutnya.

   

suami che nom

Che Nom berkahwin dengan Syed Ridzuan Syed Nopal dan hasil perkongsian hidup mereka sehingga kini telah dianugerahkan tiga orang anak.

   

resipi che nom

Meletakkan figura masakan terkenal, Chef Wan sebagai idola, beliau menyimpan angan-angan untuk mempunyai buku masakan sendiri di masa mendatang.

Fakta Che Nom

1. Wanita  yang gemar memasak masakan melayu ini suka menjamah hidangan nasi lemak dan kopi.

2. Warganet menyamakan wajahnya dengan pelakon Uqasha Senrose kerana rupa paras yang dikatakan hampir seiras.

3. Video resipi ayam masak butter yang dikongsinya pada Julai 2019 memberi pulangan pendapatan yang lumayan iaitu berjumlah RM7,762!

4. Menafikan pendapatan bulanannya sekitar RM120 ribu sebagaimana pendedahan sebuah portal kerana menganggap ianya keterlaluan dan tidak tepat.

5. Mewujudkan laman web sendiri iaitu resipichenom.com.

6. Suaminya adalah orang kuat dalam pembikinan video-video masakan beliau yang bertanggungjawab sebagai jurugambar dan penyunting rakaman.

7. Ibunya meninggal dunia pada 15 Oktober lalu.

        

Baca: Biodata Rozana (Rozek TV), Youtuber Resipi

         

Gambar

resepi che nom

pendapatan che nom

gambar che nom

keluarga che nom

che nom

che nom wikipedia

Kredit foto: Instagram @che_nom , Facebook Che Nom , Facebook Syed Ridzuan

Video

Kredit video: Resepi Ayam Masak Merah | Ala Kenduri Special

Sumber:

1. Rindu belajar memasak dengan mak? Jangan risau, Che Nom ada

2. Dari Engineer Ke Dapur, Kenali Chef Yang Mempunyai 1.29 Juta Subscribers Di Youtube

3. Ketahui rahsia ‘air tangan’ Che Nom, semua tampak sedap!




Hakcipta iluminasi.com (2017)