Untuk mencapai gelaran jutawan bukanlah mudah, apatah lagi gelaran sebagai bilionaire. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika anda bekerja keras, ataupun mewarisi harta kekayaan keluarga yang banyak.

Walaupun kebanyakan bilionaire wanita mewarisi harta keluarga, namun terdapat sebilangan yang memperolehinya dengan usaha titik peluh sendiri.

iluminasi.com kongsikan 10 bilionaire wanita paling cantik dan jelita di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Holly Branson - RM15.9 bilion

holly branson

Holly Branson merupakan anak kepada usahawan Sir Richard Branson. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan di kolej perubatan dalam bidang neurologi.

Selepas menamatkan pelajaran, Holly bekerja di jabatan neurologi di Hospital Chelsea dan Westminster.

Beliau juga mengembara ke seluruh dunia dengan melakukan kerja-kerja kemanusiaan. Kekayaan Holly Branson dianggarkan bernilai RM15.9 billion.

2. Marie Besnier Beauvalot - RM20.9 bilion

marie besnier beauvalot

Marie Besnier Beauvalot yang kini berusia 38 tahun memiliki kekayaan bernilai RM20.9 billion. Marie mewarisi syarikat tenusu Perancis yang dikenali sebagai Lactalis.

Beliau dan 2 adik-beradiknya yang lain memiliki 100% daripada syarikat ini. Lactalis yang berpangkalan di Laval, barat Perancis, mengeluarkan produk seperti keju brie Président, yang mana telah mempopularkan syarikat ini.

3. Serra Sabanci - RM4.6 bilion

serra sabanci

Wanita berusia 43 tahun ini mempunyai kekayaan bernilai RM4.6 bilion. Serra Sabanci adalah pemegang saham dan ahli lembaga Sabanci Holdings, yang merupakan konglomerat industri dan kewangan terbesar di Turki.

Beliau juga merupakan individu ke-28 terkaya di Turki. Serra melanjutkan pelajaran di Universiti Portsmouth dan lulus dengan kepujian dari Jabatan Ekonomi di Universiti Bilgi Istanbul.

4. Aerin Lauder - RM7.7 bilion

aerin lauder

Aerin Lauder dengan kekayaan RM7.7 bilion merupakan pewaris kepada jenama Estée Lauder.

Beliau juga mempunyai jenama fesyen, minyak wangi, kosmetik dan perabotnya sendiri yang diberi nama AERIN.

Bagi syarikat Estée Lauder pula, Aerin memiliki 16 juta saham.

5. Tamara Ecclestone - RM15 bilion

tamara ecclestone

Tamara Ecclestone adalah pewaris berusia 36 tahun, sosialit dan personaliti televisyen dengan kekayaan RM15 bilion. Bapa Tamara adalah Bernie Ecclestone, seorang jutawan yang merupakan ketua eksekutif Kumpulan Formula Satu.

Beliau bekerja sebagai penyampai untuk Sky Sports Italia dan telah terlibat dalam produksi perlumbaan lain.

Pada tahun 2013, Tamara menjadi tajuk utama apabila pendedahan tentang bekas tunangnya yang telah cuba memerasnya sebanyak RM1 juta untuk tidak menjual "rahsia intim" mereka kepada akhbar.

Derek Rose telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman empat tahun penjara kerana cubaan memeras ugut.

6. Dylan Lauren - 19.7 bilion

dylan lauren

Dylan Lauren, anak kepada pereka terkemuka dunia Ralph Lauren, memiliki kekayaan RM19.7 bilion. Beliau merupakan pemilik kedai gula-gula terbesar di dunia, yang dikenali sebagai Candy Bar Dylan.

Walaupun Dylan memilih untuk tidak mengikuti jejak langkah ayahnya, namun beliau memberikan peluang kepada bapanya untuk menghasilkan rekaan pakaian perkahwinannya ketika melangsungkan perkahwinan dengan dengan Paul Arrouet pada tahun 2011.

7. Kylie Jenner - RM3.8 bilion

kylie jenner 140

Pada Julai 2018, Kylie Jenner muncul di muka hadapan majalah Forbes, yang mengisytiharkan bahawa beliau bakal menjadi jutawan hasil usaha sendiri yang paling muda di dunia.

Bintang televisyen realiti berusia 21 tahun dan kakak tirinya Kim Kardashian mempunyai jenama kosmetik terkenal dikenali sebagai Kylie Cosmetics, yang memperoleh RM3.8 bilion dalam tempoh kurang daripada tiga tahun.

8. Amanda Hearst - RM36.4 bilion

amanda hearst

Amanda Hearst memiliki kekayaan RM36.4 bilion dan merupakan pemilik Perbadanan Hearst. Ia pada asalnya diasaskan oleh datuknya yang terkenal.

Amanda menubuhkan sebuah organisasi bernama "Friends and Finn" yang mencegah penganiayaan terhadap anak-anak anjing di kilang anjing.

Beliau juga bekerja dengan organisasi tanpa keuntungan untuk mempromosikan mesej positif mengenai hak haiwan.

9. Charlotte Casiraghi - 23.8 bilion

charlotte casiraghi

Charlotte Casiraghi adalah seorang model dengan kekayaan RM23.8 bilion. Beliau merupakan anak kedua kepada Caroline, Puteri Hanover, dan ahli perindustrian Itali Stefano Casiraghi.

Charlotte adalah pewaris takhta ke-8 Monaco. Beliau yang menerima ijazah falsafah dari Sorbonne University adalah seorang ekuestrian yang hebat dan juga wajah bagi jenama Gucci.

Pada tahun 2013, Charlotte menjadi tajuk-tajuk utama akhbar kerana memiliki anak luar nikah bersama pelakon terkenal Perancis, Gad Elmaleh, yang hanya berusia dengan mempunyai anak lelaki luar nikah dengan pelakon terkenal Perancis, Gad Elmaleh.

10. Yang Huiyan - RM1.7 bilion

jutawan wanita termuda yang huiyan

Yang Huiyan merupakan anak kepada pengasas sebuah syarikat bernama Country Garden Holdings. Syarikat itu kemudian diwarisi oleh beliau, memberikan kekayaan bernilai RM19.7 bilion.

Beliau juga terlibat dalam perniagaan pembangunan hartanah Australia. Syarikat tersebut juga menjual saham, menaikkan nilai syarikat sebanyak RM1.7 bilion.

Yang Huiyan memiliki ijazah sarjana muda dalam pemasaran dan logistik dari Ohio State University.




Hakcipta iluminasi.com (2017)