pasukan e sport malaysia

Kemunculan fenomena sukan elektronik atau 'e-sport' membuka satu dimensi baru dalam aktiviti sukan di seluruh, sehingga mampu melahir jagoan-jagoan maya yang bertanding merebut membuktikan mereka yang terbaik.

Isu sama ada anda menganggap mereka ini benar-benar seorang 'atlit' atau hanya sekadar penekan butang yang handal, kita ketepikan sebentar kerana kami tidak mahu berbicara tentang itu sekarang. Dalam sukan bentuk tradisional, selain merebut ganjaran pingat - atlit juga diberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai yang lumayan.

Sama seperti atlit tradisional, atlit e-sport juga ditawarkan peluang serupa - tetapi dalam sukan maya kompetetif manakah ganjaran terbesar ditawarkan pada mereka?

5. PlayerUnknown's Battlegrounds

pubg mobile best

Sebuah permainan yang sangat popular serta kini mampu dimainkan dalam pelbagai format, selepas terbitnya versi mobil - PlayerUnknown's Battlegrounds atau PUBG merupakan permainan berbentuk 'Battle Royale' yang sangat popular, sehinggakan mempunyai barisan pemain daripada generasi muda sehinggalah ada yang bercucu lima.

PUBG mula dipandang serius sebagai sukan maya selepas PUBG Corporation mula mengambil serius kehendak peminat permainan itu untuk menjadikannya salah satu nama terbesar industri e-sport. Dalam permainan itu, 100 orang pemain akan dijatuhkan serentak ke sebuah pulau maya dan pemain yang terakhir hidup, diangkat sebagai pemenang.

Oleh kerana formatnya yang mesra e-sport, populariti PUBG sebagai judul utama meningkat mendadak pada tahun 2018, hanya selepas setahun lebih dilancarkan. Jumlah hadiah terkumpul bagi pertandingan PUBG tahun 2018 adalah RM28.18 juta.

4. League of Legends

leagueoflegends lol moba

Lebih dikenali dengan nama LoL, judul ini merupakan salah satu judul paling lama kekal bertahan sebagai sukan tradisi e-sport sejak mula diterbitkan lagi. Dibangunkan berdasarkan indpirasi kepada modifikasi judul popular Warcraft 3 'Defense of the Ancient', LoL memberikan pemain seorang watak yang akan mengepalai satu pasukan dengan tujuan mengambil alih kubu lawan.

Berikutan usianya yang sudah panjang, siri pertandingan LoL juga sudah mempunyai format-format tertentu yang telah ditetapkan, malahan mempunyai kejohanan peringkat dunia yang dianjurkan setiap tahun.

Dalam kejohanan dunia yang dianjurkan oleh pengeluar LoL, Riot Games sendiri - tawaran wang tunai berjumlah RM27 juta ringgit. Itu hanya untuk satu kejohanan. Sekiranya dikumpulkan kesemua pertandingan LoL yang ada untuk tahun 2018, jumlah wang tunai terkumpul untuk pemenangnya direkodkan sebanyak RM59.11 juta keseluruhannya.

3. Fortnite

fortnite battle royale

Dikeluarkan oleh syarikat gergasi Epic Games serta membawakan sentuhan grafik yang segar semasa diterbitkan, 'Fortnite' membawa format judul yang serupa dengan PUBG namun mempunyai pendekatan lebih bersifat kartun.

Bagi mempromosikan Fortnite, Epic Games tidak takut mengeluarkan belanja besar dengan memperuntukkan RM418 juta bagi tempoh dua tahun daripada mula tahun 2018 sehinggalah akhir tahun 2019; sebagai ganjaran kepada pemenang kejohanan anjuran mereka.

Sehingga tahun 2018, beberapa kejohanan yang telah berlangsung membawa jumlah hadiah terkumpul sebanyak RM83.52 juta. Ini bermakna bagi tahun 2019, ganjaran untuk pemenang kejohanan Fortnite bakal merebut lebih RM300 juta keseluruhan. Lumayan kan?

2. Counter-Strike: Global Offensive

cs global operation game popular

Judul paling tua di antara semua judul yang layak dalam senarai ini, Counter-Strike: Global Offensive atau CS:GO merupakan versi terbaru modifikasi permainan Half-Life yang menjadi tajuk rasmi kafe internet, semasa demam cybercafe berlangsung di negara kita.

Mempunyai format tradisional dengan dua pasukan iaitu pasukan keselamatan dan pasukan pengganas berentap, bagi memenuhi objektif masing-masing - prinsip kerjasama amat diperlukan dalam membentuk team CS:GO yang kukuh.

Pada tahun 2018, sebanyak 370 kejohanan CS-GO dianjurkan dan menjadi salah satu judul terpenting dalam kejohanan World Electronic Sports Games. 7 kejohanan menawarkan hadiah lebih RM4.2 juta setiap satu untuk pemenangnya, dengan jumlah keseluruhan tawaran ganjaran untuk judul ini berada pada tahap RM94.07 bagi tahun 2018.

1. DOTA 2

dota 2 piala kejohanan

Sebuah judul yang dikatakan sangat kompleks daripada mekanisme permainannya, DOTA 2 merupakan sambungan rasmi kepada modifikasi judul 'Defense of the Ancients', yang memulakan demam 'genre MOBA' atau 'multiplayer online battle arena' di seluruh dunia. Boleh dimainkan secara berkumpulan atau secara solo, kejohanan DOTA 2 biasanya dilangsungkan dalam format 5 lawan 5, dengan setiap pemain membawakan kebolehan yang berbeza antara satu sama lain.

Kejohanan terbesar DOTA 2 dianjurkan sendiri oleh penerbitnya, Valve Corporation yang digelarkan sebagai 'DOTA 2 The International' menjadi kejohanan e-sport nombor satu di dunia, daripada segi jumlah ganjaran kepada pemenang. Pada tahun 2018 saja, kejohanan ini menawarkan hadiah RM104.24 juta kepada barisan pemenang. Hanya dalam satu kejohanan!

Sekiranya dicongak kesemua tawaran hadiah kepada peserta pertandingan DOTA 2, jumlah terkumpul ganjaran dilaporkan sekitar RM172 juta, jauh meninggalkan CS-GO di belakang. Walau demikian, diramalkan bagi tahun 2019 - takhta ini bakal bertukar tangan kepada judul 'Fortnite'.



Hakcipta iluminasi.com (2017)